Dia Si Fearful Avoidant

Assalamulaikum semua. Aku berkawan dengan seorang yang avoidant, aku gelarkan dia Izzy.

Izzy ni cantik, dia pandai make up, girly, senang cakap macam perempuan melayu terakhir tu. Ramai lelaki yang cuba ngorat dia. Tapi hanya sorang dua je yang boleh betul-betul tarik minat Izzy untuk berkenalan dengan lelaki tu.

Bila dia rasa cara mereka ‘berkawan’ tu dah lain (maksud lain di sini, lelaki tu dah mula tunjuk minat lebih selain dari erti berkawan) benda tu akan trigger Izzy.

Ya, dia typical avoidant dan modus operandi dia sama je.

First- dia akan reply lambat atau ghosting chat tu sebagai signal yang dia lost interested.

Second- Kalau lelaki tu jenis yang tak over react, dia hanya akan block di platform yang diorang chat sahaja.

Third- Kalau lelaki tu jenis tak faham bahasa, dia akan block di all platform, termasuk orang-orang yang berkaitan tanpa explaination.

Just gone, macam tak pernah wujud.

Lain pulak cerita bila Izzy yang suka someone.

Okay, let me tell you. Aku namakan lelaki itu Shaz.

Di mata aku dan bila aku dengar apa yang dia cerita pasal lelaki tu.

Dia cakap lelaki tu sangat menjaga percakapan, gentleman, tak merokok, jaga solat, pemikiran mereka pon sekufu, lelaki tu jenis suka mengusik.

Kalau dari segi fizikal, Shaz ni kulit kuning langsat, tinggi dalam 180, badan tegap, muka maskulin, hidung mancung. Senang cakap aku rumuskan Shaz ni average handsome guy.

Kalau pendapat aku, diorang berdua ni sesuai sangat. Izzy pon dalam 160.

Ada beberapa perkara yang Shaz buat yang membuatkan ego Izzy ni drop.

1- Dia belikan makanan kegemaran dia hanya untuk Izzy rasa.

2- Tolong cedokkan makanan untuk Izzy waktu diorang rehat sama-sama.

3- Tolong bukakan pintu untuk Izzy.

4- Hantarkan makanan unutk Izzy walaupun haritu dia cuti.

5- Rela kena cubit bagi pihak Izzy dengan manager psycho.

6- Concern bila tengok orang merokok yang berhampiran sewaktu mereka makan dikedai.

7- Ambil berat perihal Izzy.

Despite of thattttt,

Izzy cakap-

“Dia terlalu sempurna untuk aku.” (KALAU SEMPURNA TU MALAIKAT JE DEK)

“Orang handsome macam dia mesti dah ada gf” (DIA ASSUME JE YE, TAK TANYA/ TAK RISIK PON)

“Takkan la dia suka aku.” (HINT TU JELAS DERRR)

“Kalau dia suka mesti dia dah confess.” ( WEHH, BARU KENAL SEBULAN LEBIH, MAMAT TU PON TAKKAN GELOJOH NAK CONFESS AWAL-AWAL)

“Tapi dengan orang lain, dia tak layan macam ni pon.” (YE LAH SEBAB DIA MINAT KAU)

“Aku rasa tak layak untuk dia, dia deserve better.” (INSECURE TAHAP DEWA PADAHAL DIA CANTIK NAMAMPOS)

Lepas tu dia cakap, “Better aku tinggal dia, aku ingat aku nak block dia.. tapi aku suka dia..suka sangat-sangat.”

OFC aku tak bagi dia buat perangai dia tu, mahu aku hempuk dia. Aku suruh bagitahu lelaki tu elok-elok..kalau lelaki tu betul2 orang baik, mesti dia akan faham. Tak perlu block orang tanpa penjelasan. Tak adil..

Izzy taknak Shaz tersakiti sebab dia, tapi deep down… Izzy yang paling sakit sebenarnya, ya.. dia pengecut.. pengecut nak ambil risiko. Terlalu selesa duduk dalam safe zone sendiri sampaikan hati tu terluka. Dia tak boleh tipu perasaan dia.

Apa yang mampu aku buat hanyalah.. biarkan dia penat sakitkan hati dia sendiri.. Takkan ada siapa yang boleh ubah dia kecuali diri dia sendiri.

Wallahualam.

– R (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *