Dia Suami & Aku Isteri

Hi readers sekalian. Harap kalian semua berada dalam rahmat & lindunganNya. Sentiasa bersyukur selalu. Aku takde apa pun nak cerita, seperti tajuk di atas, ‘dia suami & aku isteri’. Aku dah berkahwin hampir 2 tahun.

Orang kata baru setahun jagung. Hehehee. Sekarang aku pregnant anak yang ketiga. Sekali miscarriage, sekali ectopic (luar rahim). Kalian doakan rezeki anak yang ketiga nie membawa rahmat dan berkat dalam hidup kami suami isteri. InshaAllah, aamiin.

Suami dan saya masing masing bekerja demi meneruskan kelansungan hidup yang maha mencabar ketika ini. Kami tak mewah dan kami tak susah.

Suami aku seorang yang sangat penyabar. Aku pulak jenis yang kurang sabar. Suami aku nak marah tuu punya payah, kalau aku hanger tersangkut dengan hanger yang lain pun boleh naik hangin. Orang kata pasangan kita akan terbalik sifat dan perangai dia.

Apa yang aku nak cerita adalah kisah suami aku. Suami aku siang bekerja macam biasa ikut office hour. Sebelum nie kerja retail, masa tak banyak dan gaji pun tak besar.

Pada waktu malam dengan weekend (kalau takde balik kampung) suami akan buat part time food delivery. Kadang ada order banyak balik lewat malam, kalau order tak banyak sebelum jam 11pm dah balik.

Aku tahu struggle suami aku kerja pagi petang siang malam untuk tampung kehidupan kami. Kami pula bakal menimang cahaya mata lagi struggle suami cari duit. Semoga suami aku dikurniakan rezeki yang halal, berkat dan tidak putus putus.

Aku pulak bekerja, tapi gaji aku pun takdela besar mana. Ada jugak bantu suami dari segi perbelanjaan rumah. Utilities bill aku willing untuk bayar, sebab berapa laa sangat tak sampai RM30 pun untuk bil api air.

Rumah kami takde wifi, takde penapis air, takde aircond. Tv guna astro je yang basic. Kelengkapan barang rumah alhamdulillah lengkap semua ada, semua hadiah kahwin. Ada yang kami beli sendiri. Mana yang beli sendiri tuu kami kumpul duit sama sama, tak terus beli ye.

Pada awal perkahwinan, aku agak berkira nak berkongsi duit or bayar commitment sama sama dengan suami. Rasa macam selalu je tak cukup duit. Padahal tak keleluar duit pun.

Kalau macam tengah bulan bawang habis ke, aku beli bawang sambil merungut kenapa pulak aku kene beli, patutnya suami yang kene beli sebab tanggungjawab dia. Sungguh kedekut dan berkira kira waktu tuu.

Lepas tuu aku luahkan masalah nie dekat kakak aku dan akhirnya aku yang kene ceramah balik dengan kakak kesayangan. Kakak aku cakap kau kene ubah perangai kau, setakat bawang tuu berapa sen sangat laa.

Nak jadi cerita, balik dari rumah kakak aku, aku ada terdengar ceramah mengenai rezeki.

Aku tak ingat ustaz/uztazah mana, tapi aku ingat point ceramah tuu. Sebagai isteri, kita kene redha dengan suami, redha setiap kali suami keluar mencari rezeki agar rezeki suami lebih berkat dan melimpah ruah.

Ustaz/ustazah tuu cakap kalau kita isteri tak redha bila setiap kali suami pergi cari rezeki, rezeki pun tak nak datang dekat suami. Masa tuu aku tersentak.

Aku tersedar dari mimpi. Aku pun muhasabah diri aku. Ya, aku selalu tak bersyukur dengan rezeki aku. Rezeki aku dikurniakan suami yang rajin bekerja, memberi nafkah tanpa culas, yang penyabar, yang ringan tulang, yang bertolak ansur.

Aku teringat sewaktu suami aku kerja retail, ada shift. Kalau shift petang, pagi pagi dah buat food delivery sampai tengahari.

Balik tengahari siap siap nak pergi kerja masuk pukul 1, balik tengah tengah malam. Kalau shift pagi pulak, balik petang terus buat food delivery sampai tengah malam.

Kalau waktu cuti pulak seharian buat food delivery. Pastu aku selalu bising sebab dia tiada masa dirumah, aku selalu merungut, aku macam tak redha dia asyik keluar cari duit je. Kesudahannya, bila dia balik dari buat food delivery mesti dia cakap order tak banyak.

Bila aku fikir dan kenang semula, betul apa yang ceramah aku dengar tuu. Bila setiap kali dia keluar cari rezeki tapi aku bising dan merungut mesti order dia tak dapat banyak.

Tapi bila suami keluar cari rezeki aku happy, nanti balik rumah muka suami ceria dan dia cakap banyak dapat order hari nie. Bila ingat balik perangai aku yang entah apa apa malunya lahaaaii. Maafkan saya wahai suami.

Setelah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, banyak perkara yang aku belajar.

Aku dah pandai bertolak ansur, kurang marah tapi ganti dengan merajuk (lebih better kot daripada marah marah), setakat topup barang dapur sikit sikit tuu macam beli roti ke dah tak berkira, hahaha.

Kelakor pulak ingat, beli roti untuk makan sama sama pun aku berkira yee. Perangai aku entah apa apa yee dulu.

Cuma sekarang kan dah jadi baik sikit, bila setiap malam suami buat food delivery, dalam hati aku berdoa ya Allah, suami aku rajin, suami aku tahu erti tanggungjawab, suami aku penyabar, suami aku baik dengan orang tua dia dan orang tua aku.

Kau kurniakanlah suami aku rezeki yang halal lagi berkat dan rezeki yang tak putus. Then ajaib, bila balik memang dia bawak rezeki.

Contoh rezeki yang dia bawak balik, aku masa tuu teringin nak makan durian. Aku cakap kat suami, nanti bila abang ada duit belanja durian yee, teringin. Suami akan cakap nanti dapat duit lebih dia belanja yee.

Tiba tiba esoknya dapat durian free masa buat food delivery dan aku excited, dia pun excited bawak balik durian.

Selalu kalau ada apa yang aku terigin nak makan dia akan cuba tunaikan even lambat sebab kene kumpul duit dulu, hehehee. Tapi kebanyakan makanan yang aku teringin, esok esoknya mesti aku dapat, suami aku dapat free masa buat food delivery. Memang ajaib.

Alhamdulillah, rezeki Allah tuu luas.

Aku satu hari tuu, aku cakap kat suami nanti bila bila kita banyak duit jom makan toppoki nak tak, tengok cerita korea nie makan macam sedap.

Ajaib betul esoknya aku dapat makan toppoki officemate beli, suami pulak officemate dia buat toppoki homemade. Jadi dapatlah kami rasa toppoki tuu, hahaha.

K laa, tuu je nak cerita. Takde point sangat pun, cuma bosan takde kerja nak buat tuu share dengan kalian cerita merapu. Hahahahaa, apa pun aku doakan kehidupan kalian diluar sana semoga baik baik sahaja.

Untuk suami aku, aku rasa bertuah sebab mempunyai suami yang baik dan penyayang. Inshallah, semoga Allah swt memberkati hidup kalian semua. Positif dan ceria selalu okay!!.

– -Puan S- (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *