Dia, Suami Orang

Hi, aku Murni. Ini kisah aku. Aku dah lama tak bercinta sejak “first love” aku curang. Dalam 5 tahun jugak aku bawa diri pulun habiskan study and achieved first class.

Sampai lah tahun lepas, bila dah kerja hidup terasa sangat sunyi since aku takda parents dah. Hujung minggu keluar jugak dengan kawan kawan tapi ada lah hari yang rasa nak juga “attention” dari “lelaki”. Yelah, hidup aku pergi kerja, balik kerja.

Kawan aku ada bagitau aku untuk cuba explore benda baru, keluar dari comfort zone contohnya cuba kenal dari dating apps ke. Aku reject banyak kali sebab aku ni quite introvert.

But one day, aku push diri untuk cuba jugak. Salah satu dating apps tahun lepas. Aku try satu je ye. Aku kenal ramai lelaki tapi hanya sampai chat jelah. Ada yang dari keluaran universiti islamik (luar negara) tapi manjang cakap suka physical touch, pervert, dirty talk tu semua aku block siap2. Jijik ya.

Ada yang aku setuju untuk jumpa but end up balik tu ajak hold hands pulak. Balik dari jumpa tu aku block. Settled. Sejak kes tu, aku dah tak main apps tu, means dah tak bukak.

Fast forward, awal tahun ni datang sorang lelaki approach aku, masa tu hati aku dah almost give up untuk kenal lagi. Tapi this guy lain dari lain, dia approach dengan cara yang baik (tak gatal, tak pervert). Aku namakan dia as M.

Kami pun jumpa after 3 minggu chat, so our first impression quiet ok. Dia pun takda buat apa2 atau bercakap yang pelik2. Aku akui dia bukan lelaki yang boring, pandai melawak & kemas.

So nak jadikan cerita kami rapat day by day. Aku ada try stalk dia dekat any platform tapi takda jumpa apa2. Ada gak tanya dia kot2 dia suami orang, dia nafikan.

Masuk bulan ke-3 kami kenal, aku tanya “What are we”. Dia kata dia tak ready lagi untuk more than a friend and dia minta untuk berkawan dulu. Dia pun kata financial dia tak stabil lagi since dia baru angkat kereta baru. Kami pun bagi closure, dan aku pun angkat kaki lah kan, dah orang tak nak.

Dalam phase healing tu, datang sorang laki (teman sekerja tapi dia based on site, so jarang jumpa). So nak jadikan cerita, dia banyak lah bagi hint nak try. Then one day dia call untuk tolong dia submit claim ot dekat main office since dia offday esoknya.

Aku pun ok je untuk tolong since due date untuk submit claim tu mmg esok. Dia singgah rumah aku dan kemudian ajak aku dinner malam tu. Nak belanja sebab tolong katanya. Since kedai tu dekat sebelah rumah aku je, aku pun ok.

Dalam tengah tunggu makanan sampai, tiba2 datang sorang perempuan. Haha. Girlfriend dia gais. Aku kat situ dah jadi macam penyondol pulak. Aku pun blah, dengan air makanan pun tak sempat jamah.

Dia spam aku balik tu kata tu ex dia, bla bla. Aku malas nak kait dengan drama dorang, so aku pun angkat kaki, deleted number sebab tanak amik tahu.

Dalam 3 minggu kami tak contact, datang lelaki M dalam hidup aku lagi. Dia tanya khabar and ajak jumpa. Sejak haritu kami berkawan “rapat” balik. One day, dia dah berani pegang pegang aku. Aku suruh dia behave since kita “kawan” tapi dia sendiri mengaku hati dia dah attracted dengan aku.

Makin lama kenal, makin dah tahu his true colour. Tbh, lelaki ni banyak ciri-ciri yang aku nak, cuma dia takda (tak jaga solat dan perokok).

Aku takdalah nak cakap aku ni baik, tapi bab solat alhamdulillah masih terjaga. Aku mengaji dan buat tahajud hari hari (bangun 30 min awal subuh). So, kita pun mestilah nak partner kita pun “menjaga” jugak kan.

Dia pun dah slow slow cakap dirty dengan aku. Aku ada tegur tapi buat lagi. Ye, aku tahu korang akan kata, aku patut run dari dulu lagi tapi hati aku dah attached dengan dia weh. Cinta ni sejujurnya memang buat kita bodoh lah, sebab aku tutup mata dengan perkara yang terang2 dia itu redflag.

One day, aku fikir sampai bila macam ni. Kami tak declare apa pun, nak kata kawan macam tak. Seminggu dua tiga kali jumpa, oncall & sleepcall pun pernah. Text pun rindu rindu.

Dan apa yang aku noticed, weekend dia selalu tak reply text atau angkat call. Aku keep doa supaya tuhan tunjuk dekat aku kalau betul dia ni suami, tunang atau boyfriend orang sebab instinct aku kuat mengatakan yang dia ni ada sorok something dari aku cumanya aku takda bukti.

Nak jadikan cerita, aku try stalk lagi dan lagi, dan akhirnya tuhan tu tunjuk semuanya. Semuanya.

Ya, dia suami dan ayah seseorang.

Retak weh hati aku.

Aku shaking gila2. Jantung aku laju. Aku scroll gambar, tengok anaknya masih kecil lagi dan dah berkahwin almost 4 years.

Weh, aku keluar dengan suami orang weh. Ayah kepada seseorang. Aku decided deleted and block dia terus. Aku plan nak confront dia tapi bila fikir untuk apa.

So now aku dalam fasa move on. Tapi aku sedih la sebab aku dah kenal dia kira lama lah, aku dah invest hati, perasaan, duit dan masa aku dengan laki orang weh.

Aku hilang fokus dengan kerja aku seminggu dua ni. Mana taknya, dia rajin teman call aku pergi balik kerja. Jadi bila takda semua ni, aku jadi “hilang something”.

Yang suami/ isteri/ tunang tu at the first place jangan la untuk cuba2 main dating apps ke apa. Untuk apa lagi? You had a beautiful family dah, ada anak ada wife. Apa lagi yang tak cukup?

Ya aku tahu korang akan cakap, what do you expect bila kenal tru online kan. Tapi tak semua macam tu, sebab kenalan aku ramai je yang berkahwin yang kenal dari dating apps. Cuma rezeki aku bukan dekat sini.

Sembang pasal jodoh ni, akak ofismate aku hari hari bengkak mata datang kerja sebab suaminya asyii kantoi curang, mesej sayang sayang dengan wife orang. Bukan sekali, dah banyak kali. Sampai kantoi tanya “Colour rambut you warna apa?”. Adoi la.

Akak tu pun nasihat aku, cari lah suami yang elok. Yang faham agama. Kalau nampak dari awal redflag, blah. Dia pun sampai cakap kalau boleh undur masa, dia takkan kawin dengan laki dia sekarang ni.

Aku penat weh. Aku pun dah almost 30. Tapi masih stuck dengan benda macam ni. Aku dah penat berharap, penat mencari dah. Takut nak kenal pun ya.

Aku cuba positif dengan apa yang jadi. Tuhan tu nak tunjuk yang dia bukanlah yang terbaik untuk aku. Tapi syukurlah kan, tuhan tu tunjuk semuanya sekarang. Better late than never.

Korang yang baca ni, mana tahu ada doa yang diangkat. Doakan aku kuat, cepat lupakan si dia. Jumpa jodoh yang more more better than him. Yang boleh terima baik buruk aku, baik akhlaknya & dapat keluarga mentua yang sayang dan anggap aku macam anak sendiri since aku dah lamaa takda mak ayah.

Aamiin!

– Murni (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Hai Murni, saya faham perasaan sunyi awak tu lebih2 lagi bila dah takde ibu ayah kan. Umur pon dah nak masuk 30 awak kata. Satu pesan saya, kadang jodoh yang baik ni datang bila kita tak tercari-cari pon. Fokus je pada diri awak, hubungan dgn Allah dan kawan2. Kadang jodoh datang dalam keadaan yang sangat unexpected sebab Allah tahu masa tu awak dah tak pedulikan jodoh, hanya fokus pada DIA, so DIA pon ‘hadiahkan’ seseorang yang awak sentiasa nak dulu tu.

    Good luck!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *