Dia Suami Saya

Hai assalamualaikum semua pembaca IIUM Confession. Short story just call me A.

Maaf sebab aku tak pandai nak mengarang cerita tapi harap korang faham lah apa yang aku nak cerita nie. Aku cuma nak luahkan perasaan dan mengharap ada yang memahami.

Tahun 2016 aku ada bekerja di sebuah kilang. Masa ni aku ada bercinta dengan seseorang lah dan aku bercinta dengan dia hampir 3 tahun.

Aku ada seorang kawan perempuan yang aku gelarkan Z. Dia nie boleh dikatakan kawan dari sekolah, nak cakap kawan baik tu tak la sangat.

Kami sama2 bekerja di kilang tu. Sewa rumah sama2. Tapi kami keja berlainan shift. Aku shift A dan dia shift B.

Dipendekkan cerita, dekat kilang tempat kami kerja tu ada seorang lelaki yang aku gelarkan B.

Waktu si B nie mula kerja dekat kilang tu, dia bergelar tunangan orang. Tapi tak lama lepas tu dia putus tunang. So nak dijadikan cerita si B nie bercinta dengan kawan perempuan aku si Z dan aku tak tahu pun.

Yelah tak sama shift kan, jarang ada masa nak bercerita hal masing2. Tapi lepas seminggu bercinta, si B nie bagitau aku yang dia tengah bercinta dengan si Z. Aku ok saja lah kan.

Dua minggu lepas tu, si Z nie boleh dikatakan curang lah kot dengan si B nie sebab dia diam2 keluar jumpa sorang kawan lelaki dia. Aku tak pasti diorang jumpa sebab apa tapi aku sendiri tak tahu pun pasal nie.

Lepas tu si B nie ada tanya aku si Z keluar dengan aku ke hari tu dan of course aku jawab tak sebab memang aku tak tahu menahu dia bagi alasan yang dia keluar dengan aku.

So memang macam terkantoi lah dekat situ dan malam tu jugak depan mata aku si B nie hantar whatsapp dekat si Z nie nak putus.

Eh lupa cakap, si B nie kerja satu shift dengan aku sebab tu aku agak rapat dengan dia tapi sebagai kawan saja lah.

So bermula dari malam tu memang si B nie langsung tak layan dah si Z. Memang putus terus kiranya tapi si Z nie masih nakkan dia. Dia mintak tolong aku pujukkan, tapi memang tak la sebab aku taknak terlibat masalah percintaan orang nie.

Tak lama lepas tu si B nie dah dapat pengganti, orang satu shift dengan kitaorang jugak. Tapi tak lama jugak bercinta. Masa nie kawan aku si Z tu dah berhenti kerja dekat situ.

Aku pendekkan cerita, lepas putus dengan si Z nie, si B nie bercinta lebih kurang 3 4 orang macam tu la sebelum last sekali dia tersangkut dengan aku.

Masa si B nie nak mengorat aku, aku tengah patah hati putus cinta dengan boyfriend aku. Dan masa tu dia pun tengah patah hati putus cinta. Tak tahu la macam mana terlintas dekat fikiran dia nak mengorat aku.

Aku tak terima sebab kami memang rapat sebagai kawan sekerja tapi aku masih ‘shock’ kenapa dia pilih aku.

Tak lama lepas tu, aku terima dia lepas aku nampak effort dia yang betul2 nakkan aku. Bayangkan hari pertama dia whatsapp aku, esok tu dia bawak bunga ros sejambak ke tempat kerja semata2 nak bagi dekat aku.

Hari2 lepas balik kerja dia call aku sampai 2 3 jam sedangkan kami kerja satu shift dan memang setiap hari berjumpa kecuali weekend la.

Kami kawan lebih kurang 4 bulan, dia bawak aku jumpa family dia dan lepas tu kami bertunang dan tahun 2018 kami berkahwin.

Nak dijadikan cerita, si Z nie satu kampung dengan aku dan memang aku ada jemput dia kenduri kawin aku tapi aku tak ada niat nak sakitkan hati dia atau apa. Cuma aku jemput dia sebagai kawan sekampung, itu sahaja.

Dan dia memang tak datang la seperti jangkaan aku tapi mak dia datang. Mungkin sebab dia tak sanggup tengok aku kahwin dengan bekas boyfriend dia kot.

Tak lama lepas tu mak aku ada cerita, mak si Z nie dah tak pernah bertegur dengan mak aku kalau terjumpa dekat mana2. Tapi aku tak ada la fikir yang bukan2.

Tak lama lepas tu, baru la aku tau rupanya si Z nie cerita dekat semua ahli keluarga dia yang aku nie “rampas” boyfriend dia.

Kiranya aku kahwin dengan boyfriend dia la maksudnya. Sebab tu mak dia masam muka kalau jumpa mak aku. Kiranya family dia semua bermusuh dengan family aku disebabkan cerita dia tu.

Lepas tahu hal nie aku memang agak terkilan. Sebabnya aku tak rampas boyfriend dia. Aku terima B jadi suami aku lepas diorang dah putus agak lama, dan si B nie dah bercinta 3 4 orang lepas putus dengan si Z nie baru la dia bercinta dengan aku.

Jadi macam mana dia boleh canang cerita dekat orang yang aku rampas boyfriend dia. Seriously i cannot brain.

Dan mak dia pernah jugak cakap dekat kawan aku masa hari kenduri kahwin aku yang dia lambat kahwin sebab jodoh dia dah diambil orang. Korang boleh imagine tak perasaan aku? Jodoh ajal maut semua tu kat tangan Allah.

Dan saat nie tahun 2021 nie aku dah 3 tahun berkahwin dengan suami aku, dan ada anak sorang. Tapi cerita nie masih wujud dan belum berhenti lagi ya. Dan family dia masih bermusuh dengan family aku disebabkan aku berkahwin dengan suami aku si B nie.

Untuk pengetahuan korang, si Z nie belum berkahwin sampai sekarang ya, mungkin belum jumpa jodoh.

Aku ada mengadu dekat suami aku si B tentang hal nie tapi dia cakap abaikan. Tu masa silam dia dan dia yang buat keputusan untuk kahwin dengan aku. Tak ada istilah “perampas” sebab bukan aku bercinta dengan suami aku masa diorang tengah bercinta.

Minggu lepas aku ada dengar lagi kisah nie. Kakak dia ada la cakap dekat orang kampung aku nie kalau boleh dia tak nak jumpa mak aku ke aku ke sebab aku kan rampas boyfriend adik dia.

Korang boleh imagine tak aku dah 3 tahun kahwin tapi cerita nie masih tak habis dan aku kadang2 stress.

Apa salah aku? Salah ke kalau Allah dah tetapkan jodoh aku dengan suami aku? Setakat sekarang alhamdulillah kami bahagia dan tak da masalah apa2 cuma aku saja kadang2 terfikir tentang nie.

Suami aku ada jugak nasihat abaikan benda yang tak penting, just jaga rumahtangga kita tapi aku as perempuan, memang susah nk lupa benda nie. Sekarang si Z tu dah tak tinggal dekat kampung aku dan aku pun memang dah lama lost contact dengan dia.

Kalau ikut hati aku nak saja bersemuka dengan dia nak tahu apa masalah dia canang cerita sana sini yang aku rampas boyfriend dia a.k.a suami aku la.

Setiap hari sebelum tidur aku sentiasa cuba maafkan sesiapa saja yang pernah buat salah dengan aku termasuk la dia sebab fitnah aku rampas boyfriend dia sampai family dia bermusuh dengan family aku tapi still aku tak boleh terima apa yang dia cakap tentang aku.

Dah la aku pun penat dah menaip. Aku cuma nak luahkan apa yang terbuku dekat hati aku saja. Thanks korang yang sudi baca kisah aku.

Doakan aku sentiasa bahagia dengan suami dan anak aku. Dia suami aku dunia akhirat dan aku akan jaga hubungan rumahtangga nie sebaik2nya.

Yang benar,

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *