Dia Suamiku Hanya Pada Jasad

Aku dan suami baru 4 tahun berkahwin. Belum ada anak. Ku namakan suami ku Eiq. Eiq lelaki yang aku cinta sejak dari zaman sekolah menengah. Tapi ketika itu kami hanya berkawan rapat kerana menurut Eiq dia cuma anggap aku sebagai kawan baik.

Disebabkan kami rapat, keluarga masing-masing juga mengenali. Aku rapat dengan keluarga Eiq. Keluarga ku juga baik dengan Eiq, tapi Eiq takdelah rapat dengan keluarga aku macam aku rapat dengan keluarga dia.

Fast forward, habis sekolah, aku merantau sambung belajar. Eiq pulak sambung belajar dekat tempat asal kami je atas kekangan kos. Kami semakin renggang, jarang berhubung walaupun boleh je nak whatsapp bagai tu.

Tapi dengan aku Eiq tak macam tu. Dia jarang contact aku untuk menegaskan dia takde hati dengan aku. Tapi ada lah dia message/call seminggu 2-3 kali bertanya khabar.

Aku yang tak reti bahasa. Aku paksa Eiq terima aku lebih dari seorang kawan. Aku kata bagi aku peluang untuk buktikan yang aku mampu jadi kekasih hati dia. Eiq memang taknak walaupun dia single. Tapi lama lama dia setuju juga.

Bila keluarga Eiq tahu kami ‘bercinta’, mereka semua happy. Memang mak Eiq mengharapkan aku jadi menantu. Aku bangga sebab mampu buat keluarga Eiq sayangkan aku walaupun aku tahu Eiq takde perasaan lebih dari seorang sahabat.

Bertahun kami ‘bercinta’, Eiq tetap sama. Jarang menghubungi ku. Kami pulak long distance. Banyak kali dia memutuskan hubungan kami, aku tetap nakkan dia semula. Bila aku habis belajar, mak Eiq cakap nak pinangkan aku untuk Eiq. Aku setuju.

Aku tahu Eiq sangat sayangkan keluarga dia, Eiq akan dengar cakap keluarga dia. Kami bertunang. Sepatutnya ikatan hanya 6 bulan. Tapi Eiq asyik tangguhkan pernikahan. Tangguh punya tangguh sampai 2 tahun. Persediaan dah 80%.

Aku tahu Eiq taknak nikah dengan aku. Tapi aku nak Eiq jugak kerana aku tahu dia memang single takde sesiapa cuma dia tak cintakan aku.

Awal tahun 2020 kami selamat menikah. Aku bahagia sangat. Tapi Eiq biasa-biasa je. Persiapan nak kahwin pun Eiq tak ambil tahu. Family dia yang uruskan semua.

Malam sebelum pernikahan kami pun Eiq kerja, pukul 10 baru balik dari office. Punya lah dia nak tunjuk protes dia. Aku memang perasan & nampak semua tu. Tapi kerana sayang aku butakan mata.

Lepas nikah, Eiq tak sentuh aku pun di malam pertama. Kami hanya berborak tentang persiapan majlis persandingan.

Kami cuma bersama selepas 3 bulan, itupun setelah aku yang paksa dia. Tapi kami jarang bersama. Kalau bersama pun, aku tengah syok, tiba-tiba Eiq lembik. Nampak kan dia takde perasaan dan nafsu pada aku?

Setahun menikah, Eiq semakin berubah. Kalau dulu aku cakap kat Eiq ‘i love you’ dia balas juga walaupun dia sekadar cakap ‘love you’, tak pernah sekali pun dia sebut ‘i love you’. Aku perasan tu. Yelah love you tu kan macam general je. Aku faham tu.

Kalau ‘i love you’ tu macam specific orang tu memang nak cakap dia sayang kita. Pastu kan, bila cakap love you tu tak pernah pun dia pandang muka aku. Aku tahu dia nak jaga hati aku je. Aku pulak jenis apa-apa bagitahu mak dia, mak dia akan ceramah lah Eiq lepas tu. Eiq akan marah aku.

Dia cakap aku dengan mak dia macam mengongkong dia. Tapi aku rasa puas sebab mak kesayangan Eiq sayangkan aku. Sekurangnya ada sebahagian dari Eiq yang jadi milik aku juga.

Pendek cerita, di tahun ke 3 pernikahan kami ni, terbongkarlah rahsia Eiq. Dia rupanya mencintai perempuan lain. Dah 2 tahun setengah hubungan mereka. Maknanya beberapa bulan lepas kami menikah Eiq dah curang dengan aku isterinya yang sah ni.

Masa Eiq tidur, aku check phone dia. Tak jumpa apa-apa dekat whatsapp mungkin dia dah padam message sebelum tidur.

Aku scroll contacts dia pulak. Rasa nak pecah dada aku jumpa salah satu contact dia tertulis ‘my love’ siap ada emoticon love lagi. Nombor aku? Dia cuma letak nama pendek aku je.

Aku ambik nombor perempuan tu. Aku namakan dia Ika. Esoknya, aku ambik cuti kecemasan, aku whatsapp perempuan tu.

Pendekkan cerita, Ika tu rupanya tak tahu Eiq berstatus suami orang. Aku percaya, sebab dalam social media Eiq, tak pernah ada gambar aku langsung. Gambar kahwin pun tak ada. Dia pun sejenis yang jarang nak post apa-apa dekat social media kecuali pasal kerja dia untuk tujuan promosi.

Ika call aku. Menangis nangis dia meminta maaf. Dia kata dia akan putuskan hubungan dengan Eiq. Aku jawab, ya sila putus. Dia suami aku dan dia sayangkan aku. Aku tahu kau hanya tempat persinggahkan sebab sebelum ni kami PJJ.

Tapi dalam hati aku, aku tahu aku menipu diri sendiri. Mana mungkin Eiq sayangkan aku. Aku call mak Eiq ceritakan semuanya. Bagi aku mak Eiq sahaja cara aku untuk tetap memiliki Eiq.

Beberapa jam selepas aku berhubung dengan Ika, Eiq pulang ke rumah. Pulangnya awal dari kebiasaan. Aku memerhati dari tingkap, nampak Eiq sugul & melangkah lemah masuk ke rumah. Bila dia dah masuk ke rumah baru nampak jelas wajah Eiq kemerahan, matanya berair. Dia menangis.

Eiq ajak aku duduk di meja makan. ‘Saya minta maaf, saya tak mampu cintakan awak, saya dah kecewakan awak. Tapi hari ni awak nampak betapa kecewanya saya bila Ika putuskan hubungan kami’. Aku cuma diam je.

‘Saya kenal Ika masa dekat kolej. Saya sukakan dia, cintakan dia dari masa tu lagi, tapi Ika tak pernah tahu’. Aku tanya kenapa? Sebab dia kata masa tu dia rasa tak layak untuk Ika. Ika cantik sangat orangnya, anak orang berkedudukan. Eiq pula hanya orang biasa.

Lepas habis kolej, mereka lost contact. Mereka berjumpa semula 2 bulan sebelum pernikahan aku dan Eiq sebab masa tu company Eiq hire company Ika jadi menguruskan segala event company mereka.

Mereka berhubung semula dan semakin rapat. Eiq mula ada keyakinan untuk mendekati Ika. Tapi mereka tak ada apa-apa hubungan masa tu, hanya sekadar berkawan. Hanya selepas beberapa bulan kami bernikah, Eiq berani meluahkan perasaan pada Ika.

Rupanya Ika pun merasakan yang sama malah Ika mengaku, yang Ika telah menyimpan perasaan pada Eiq sejak di zaman kolej. Saat Eiq bercerita, nampak penyesalan di air mukanya. Aku hanya mampu menahan rasa marah dan kecewa.

Mak Eiq mengamuk. Mak Eiq cakap takkan terima perempuan tu. Aku? Masih cuba buat Eiq sayang dan cintakan aku. Aku tahu Eiq masih cuba pujuk Ika. Dia dah tak padam message kat whatsapp, nama Ika masih lagi ‘my love’ dalam contacts dia. Eiq semakin dingin dengan aku.

Aku ajak Ika berjumpa. Ya, Ika sangat cantik orang nya. Berpewatakan menarik, pandai bergaya. Lemah lembut dan baik orangnya. Nampak penyayang. Patutlah Eiq tergila-gilakan dia.

Aku tau Eiq masih mencari-cari Ika. Aku nampak betapa tak keruan nya dia. Selalu keluar rumah secara tiba-tiba. Aku tahu dia ke rumah Ika. Ika cakap, dia selalu nampak kereta Eiq dekat luar rumah dia.

Aku tanya Ika, masih sayangkan Eiq tak? Ika angguk. Ika cakap dia pun merana. Ini salah dia periksa betul-betul status Eiq. Aku percaya Ika tak tahu sebab aku baca message dorang berdua dalam telefon Eiq. ‘Sampai hati Eiq tipu Ika, apa salah Ika, Ika betul sayangkan Eiq’. Antara message Ika.

Balasan Eiq pada message tu pula, tak sanggup aku nak cerita. Memang nampak sangat Eiq sangat cintakan Ika.

Dekat rumah macam budak kecik yang kematian ibu. Makan taknak, asyik termenung je. Mengigau sebut nama Ika pun pernah. Aku pernah juga mengamuk dengan Eiq pasal tu, tapi Eiq hanya diam dan minta maaf.

Dari segi nafkah zahir, Eiq bertanggungjawab. Dia beri aku beribu2 setiap bulan walaupun aku ada pendapatan sendiri. Tapi sekarang, aku tak kisah pasal nafkah. Tak bagi pun takpe. Aku cuma nak hati Eiq. Dua hari lepas, Eiq tiba-tiba buka mulut.

Dia kata, dia takkan lepaskan Ika. Kalau dia berjaya pujuk Ika, dia akan menikahi Ika. Dia warning aku jangan sesekali aku cuba untuk buat Ika tinggalkan dia lagi. Aku cakap, ‘mak awak takkan terima’.

Dan dia balas, takpe, Ika tak perlu jumpa mak. Buat apa jumpa mak nanti mak cuma akan sakitkan hati Ika je. Takde sesiapa boleh sakitkan hati Ika atau buat Ika menangis.

Habis je Eiq cakap macam tu, aku terduduk menangis. Eiq biar je. Takde cuba peluk aku tenangkan aku. Lepas tu dia cakap,

‘Sampai saya mati, Ika cinta hati saya, cinta hidup saya, cinta mati saya. Dia terima saya seadanya, ketika susah senang saya, jatuh bangun saya. Tak pernah dia suruh saya buat benda yang saya taknak buat, dia satu-satunya yang memahami saya’. Masa ni dunia aku rasa gelap.

Sekarang aku tak tahu apa status Ika dengan Eiq. Aku lemah selemahnya walaupun aku cuba buat macam biasa. Mak Eiq yang aku cuba jadikan senjata untuk buat Eiq hanya milik aku seorang pun tidak lagi berkesan.

Eiq minta ampun dan menangis nangis pada ibunya. Dan hanya berkata dia layak bersama dengan orang yang dia cintai. Dia layak bahagia kerana sebelum ini hanya memikirkan kebahagiaan orang lain. Yang lebih membunuh Eiq, Ika tidak lagi respon kepada calls & messages Eiq.

Eiq pernah cakap kat aku, yang dia takkan biarkan Ika jatuh ke tangan lelaki lain, dia takkan lepaskan Ika lagi. Dia tau Ika sayangkan dia dan satu hari nanti Ika akan kalah juga kalau Eiq tidak berputus asa.

Aku hanya mampu pasrah. Tak mampu aku nak labelkan Ika jahat, penyondol atau sebagainya sebab dia memang perempuan yang baik hatinya. Kita dapat rasakan aura seseorang tu kan.

Dan berhubungan dengan suami orang tak menjadikan Ika tu jahat, dia hanya membuat pilihan yang salah. Manusia mana tak buat silap. Tapi dia cuba perbetulkan dengan memutuskan hubungan dengan Eiq. Aku hargai itu.

Mungkin aku yang salah kerana dari awal memaksa Eiq dan menggunakan keluarganya untuk mengikat Eiq. Biarlah begini asalkan Eiq di depan mata aku sentiasa.

Doakan aku kuat.

– Aira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

12 Comments

  1. Orang yang sama ke buat confession yang sebelum ni .macam sama je . Gunakan keluarga untuk dapatkan orang yang dia sayang . Hmm sendiri buat sendiri lah tanggung

  2. Sometimes sayang itu tidak semestinya memiliki, kamu SELFISH. HATI dan PERASAAN Tidak boleh dipaksa & JANGAN BERSAMA DENGAN SESEORANG KERANA ADA ITU PERKATAAN TERPAKSA. ini menyeksa namanya, kamu bukan saahaja menyeksa diri sendiri tetapi juga membuatkan pasangan yang TERPAKSA itu menderita.

  3. awak layak mendapatkan kebahagian yg lain. tinggalkan laa lelaki tuu. awak bukan saja aniaya dia tapi diri awak juga. Awak layak dapat yg lebih baik.

  4. Setiap hati manusia, Allah yang pegang, Allah shj yg boleh buat suami sis tu balik/suka pada sis. Sis xperlu gunakan keluarga suami sebagai senjata utk ikat suami sis. Doa pd Allah, andai suami sis tu terbaik utk sis, dekatkanlah hati suami sis pd sis, tp jika sebaliknya, mohon bawa jauh dari sis. Lagi lama sis genggam suami sis tnpa kerelaan dia, sis sendiri juga akan rasa kesakitannya.

  5. Hmmm taktau nak kata mcm mana. Nak kata awak paksa dia pun, awak bukan tau sebelum kawin rupa2nya suami awak suka kat wanita lain. Suami awak patutnya terus terang since day 1 awak confess yg dia cintakan ika. Nak kata salah awak sorang pun tak juga. Tapi, benda dah jadi kan, kalau Eiq nikah dgn Ika, sama ada awak bermadu or bercerai, saya rasa awak pun mangsa juga.

    Macam ni lah sis, awak kena belajar utk lupakan Eiq, mungkin 1 hari nnt Eiq betul2 menikah dgn Ika, jadi awak takkan rasa sakit hati sgt. Jika awak rasa dianiaya, Allah tu tak tidur, Allah akan balas balik. Tak semestinya jika kita menikah dgn org yg kita cinta,kita akan bahagia kan? Lebih2 lg tanpa restu keluarga.

    Dan sy tgk Eiq ni lebih kpd memandang rupa, nak kata Ika terima jatuh bangun dia, bukan Ika sorang sahaja, awak dan family pun terima dia seadanya, awak siap bersungguh sungguh walaupun kena reject byk kali. So, bg saya Eiq hanya nampak kebaikan Ika sbb dia cantik dan cintakan Ika.

  6. Just nak bgitau. Kita tak dapat nak paksa hati org. paksalah mcm mna sekali pun, awak cuma dpt jasad dia tapi bukan hati dia. Dan bila hati dia tak hadir awak tak akan dapat suasana keluarga bahagia yg awak impikan.

    restu keluarga memang penting tapi keluarga juga boleh menjadi sumber tekanan dari segala hal dan memudaratkan situasi. Hormat org tua tak semestinya kena ikut segala arahan. Ibu bapa juga manusia yg ad buat salah dan silap.

    Carilah kebahagiaan awak sdri. jika kedua2 psgn saling mencintai dgn seikhlas hati, di situ lah kebahagiaan awak. Insyaallah sya doakan yg terbaik buat awak dan suami awak. amin.

  7. hmm, awak selfish…dari awal lagi awak dah tau yang eiq tak cintakan awak sampai tangguhkan nikah+minta putus semua, tpi awak paksa jugak.
    Semua orang pun tahu “hati dan perasaan tk boleh dipaksa”. semoga harapan yang baik2 untuk awak
    dia pun layak bahagia dengan orang yang tepat

  8. first time aku berpihak kepada lelaki. kesian dekat Eiq. berhenti paksa orang untuk sayang awak. berhenti aniaya Eiq. penat tau untuk paksa diri cintakan orang yang kita tak rasa cinta. tak semua cinta boleh disemai. awak pun, berhentilah menzalimi diri sendiri.

    • Kesiannya awak berdua. Lepaskanlah dia. Saya tak nampak jalan keluar kalau tiada yg mengalah. Awak layak dapat yg lebih baik. Jgn terlalu memaksa. Begitu tegar awak mempertahankan cinta awak, begitu tegar juga Eiq alan mempertahankan cintanya. You should understand better. Jng jadi melukut ditepi gantang. Awak tidak akan bahagia bersama orang yg hatinya bukan pada awak. Pergilah, diluar sana masih ramai yg menantimu. Awak hanya sandaran bagi Eiq, sepatutnya dia tegas untuk tidak menerima awak pada awalnya, sebagaimana dia tegas mempertahan Ika sekarang. Kenapa sekarang boleh tegas dulu tak boleh. Please move on. Saya doakan awak bahagia dng yg lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *