Assalamualaikum.
Pertama sekali, terima kasih admin sebab siarkan confession aku yang bertajuk dia superwoman. Terima kasih di atas doa-doa kalian. Semoga Allah membalas segalanya. Aku sangat terharu juga pada yang nak oder kuih dari kami. InsyaAllah aku akan respon pada yang mahukan kuih frozen kami. Tadi ( masa confession di siarkan, aku sibuk menyiapkan oder, serta kalut dengan baby aku yang baru masuk 6bulan), jadi memang tak menyempat lagi nak PM sesiapa yang respond confession tu.
Sebelum ni, dalam bulan 11, aku pernah hantarkan confession juga tentang dugaan menyambut orang baru, dan aku ada menerima bantuan dari beberapa individu dari page iium ni. Alhamdulillah. Rezeki anak, dan suami aku sudah mendapat kerja lain yang punya cuti untuk ada masa untuk bersama keluarga. Aku tak ada niat nak jadikan iium confession sebagai tempat untuk minta sedekah. Maaf kalau itu yang terlintas pada fikiran pembaca. Dan rasanya pada yang dah membantu, aku dah jelaskan aku tidak berniat untuk meminta-minta. Sama juga dengan confession ini. Aku harap jelas kenapa aku masih tak berikan apa-apa respond pada mana-mana individu yang ingin membantu.
Sebenarnya aku hampir terlupa yang malam semalam aku habiskan masa menaip confession. Dan pukul 3 pagi tadi, baby aku menangis minta susu. Bila terpandang hp, aku cuba ingat apa yang aku buat hari sebelumnya. Oder dari customer dah review balik atau belum. Dan masa tulah baru aku teringatkan confession yang aku tulis. Ingatkkan tak tersiar. Rupanya Allah aturkan jalan untuk admin siarkan lagi confession yang aku hantar. Terima kasih banyak-banyak admin.
Baiklah, berbalik tentang cerita Hanis, kenapa dia tak tuntut nafkah, bukan aku tak suruh. Bukan juga aku tak suarakan agar dia menuntut hak anak-anak. Alasannya susah bila dia bincang dengan suaminya tentang keperluan anak-anak. Suaminya akan menghilangkan diri. Ataupun menjanjikan yang dia akan selesaikan. Tapi, akhirnya hampa. Tak ada penyelesaian. Aku tak tahu bagaimana caranya lagi untuk aku bantu selesaikan masalah Hanis. Kerana bab rumahtangga, aku tak layak membuat keputusan. Ikutkan hati aku, nak sahaja aku pergi mahkamah dan failkan hak tuntutan nafkah sekali gus tuntut cerai. Tapi, aku bukan Hanis. Aku bukan orang yang akan turun naik mahkamah untuk selesaikan semua itu. Aku hanyalah kakak ipar. Tak lebih.
Alhamdulillah, Allah kurniakan Hanis anak yang rajin. Walaupun rakan seusia dengannya bermain di luar bergelak ketawa. Mereka duduk di rumah untuk membantu Hanis. Yang sulung suka menolong Hanis membuat kuih. Yang kedua suka bahagian packing kuih. Dan yang ke tiga rajin mengemas. Aku cemburu melihatkan kerajinan anaknya. Tapi, aku sedar, Allah tak akan membebani hambanya dengan semua masalah, pasti ada yang dapat meringankan beban itu. Dan bagi aku, anak-anaknya sudah cukup memainkan peranan itu.
Tentang kami berada di mana, kami duduk di selangor. Kawasan pinggir bandar yang mula sibuk. Dan kos sara hidup yang makin tinggi. Aku dan suami memang duduk di rumah milik suami bersama 2orang anak tiri dan seorang ank kami. Jadi, rumah kami tak lah besar untuk mengajak Hanis duduk sekali. Jadi, Hanis menyewa di kawasan kampung yang mana sewa rumahnya semakin meningkat. Kepada sesiapa yang nak mencari product kami, kakak- kakak aku ada membantu menjualkan hasil product kami. Seorang di gombak, seorang di kuala lumpur. Mungkin pada sesiapa yang mahu membeli terus dengan mereka, aku akan bagi detail kemudian. Allah beri laluan dan peluang untuk aku berniaga atas bantuan dua kakak aku. Kalau nak harapkan aku, aku tak mampu nak hantar product aku ke mana-mana memandangkan aku tak mempunyai kereta. Suami aku hanya memiliki motor buruk yang masih banyak berjasa. Jadi, maaf kepada sesiapa yang minta aku hantarkan ke mana-mana lokasi. Aku masih tak ada rezeki untuk membuat penghantaran. Cuma suami aku akan buat penghantaran untuk kawasan yang berhampiran sahaja. Itupun hanya hari dia cuti. Hari lain, aku terpaksa meminta orang ambil sendiri di rumah aku.
Aku dah ada page di fb untuk memperomosikan product kami. Cuma, kekangan masa dengan kesibukan tugasan harian yang menyebabkan kadang-kadang langsung tak berupdate page tu. Boleh cari page aku Siti Delicious. Dan mungkin kalau dah masuk page tu, akan ada contact number. Cuma aku dah tukar number. Tak ingat nak ubah setting dekat page macam mana. Lagi dengan anak kecil, masa aku dengan fb amatlah terbatas. Nanti munkin ada yang jumpa nama personal fb aku dekat sana. Kalau jumpa, boleh terus PM aku je sebab aku tak tahu siapa yang betul-betul serius nak membantu. Aku bukan nak minta simpati. Aku tekankan kat sini. Kalau nak product kami, aku akan jualkan. Cuma, kalau nak menerima sumbangan, aku takut kalau ada yang salah anggap pula. Jadi fokus aku untuk jual kuih sahaja. Yang nak bagi sumbangan, atau nak jumpa f2f, datang lah. Ada alamat dekat page aku tu. Tak ada penipuan atau pun cubaan untuk menipu di sini. Kenapa aku tekankan hal ini. Kerana confession aku sebelum ini. Ada yang anggap aku mencari simpati, sedangkan aku tak meminta. Jadi, elok lah aku berniaga dari meminta, walaupun masa itu aku tak minta apa pun.
Aku terus terang di sini, aku sangat takut apabila berkaitan dengan wang. Jadi, aku harap, kepada sesiapa yang mahu memberi sumbangan, membeli product kami, minta halalkan apa yang terkurang dan apa yang terlebih. Jika ada kekurangan dari segi rasa, aku minta maaf. Mungkin selera dan citarasa kita berbeza. Itu sahajalah yang dapat aku cakapkan. Dengan rendah diri, aku tak mahu mengatakan semuanya terbaik. Tapi, ialah yang paling baik yang dapat kami sediakan.
Tentang kursus, aku ada diploma kulinari. Jadi pengetahuan tentang makanan sudah ada. Hanis pula dah banyak mengikuti kursus-kursus yang di tawarkan. Aku pon tak pasti kursus apa sahaja yang dah dia pergi. Cuma, loan. Aku amat mengelak dari membuat loan sebab aku rasa, sekarang aku memang tak mampu nak membayarnya. Yelah, dengan komitmen yang banyak. Aku risau duit itu akan aku gunakan kepada keperluan harian. Kerana kami masih banyak hutang tertunggak. Jadi aku akan tolak dulu untuk membuat loan. Bagi aku, cukup lah aku dapat menyelesaikan dahulu hutang lepas, baru aku akan memikirkan untuk membuat hutang baru. Mungkin ada yang akan kata kenapa taknak ubah, tak berani ke hadapan. Maaf ya. Aku tak dapat nak lakukan semuanya serentak. Aku bukan manusia yang sukakan berhutang. Lagi pula bila mana nama dah sangkut CTOS. Jadi, minta faham akan pendirian aku. Aku tak nak korek lubang, tutup lubang. Cukup dulu dengan hutang yang ada.
Rasanya sampai sini dulu confession aku. Kejap lagi aku dah nak bersilat untuk menyiapkan oder kuih untuk kenduri. Jadi, mungkin komen-komen anda semua, akan aku tengok bila masa mengizinkan. Sekali lagi ucapan terima kasih banyak-banyak di atas doanya, di atas keperihatinannya.
SF
– SF
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit