Dia Tak Sama Dengan Expectation

Ramai yang berkata, “Dun judge a book by its cover”. Mungkin salah aku juga dalam keadaan ini. Namun, aku hanya berharap confession aku akan jadi ikhtibar buat semua.

Aku adalah anak yatim, kematian mak buatkan hidup aku tunggang terbalik. Aku yang menjaga mak selama mak sakit di hospital dan di rumah. Jarang berenggang. Bila mak meninggal, separuh hati aku juga mati.

Ayah aku pula, bukan seorang yang ambil berat tentang anak-anak. Barang keperluan rumah juga, kakak aku yang beli. Harap ayah, jangan harap.

Hubungan aku dan ayah juga bukanlah akrab, ini buatkan aku terawangan dengan kesedihan kehilangan seorang mak.

Aku akui, ilmu agama aku adalah cetek. Famili aku bukannya famili yang mengutamakan agama. Solat itu tidak pernah diberatkan dalam hidup aku. Pandai-pandai kami sendiri untuk menyedari pentingnya solat.

Ayah? Dia hanya solat setelah mak aku meninggal. Tak sampai 6 bulan, dia kembali seperti sedia kala. Namun, ayah aku tidak pernah menghalang kami adik-beradik dalam menjalankan kewajipan sebagai Hamba Allah.

Setelah mak meninggal, ayah memilih agar aku masuk uia. Akhirnya aku dapat belajar di uia walau sebenarnya aku benci uia. Yelah, penuh dengan aktiviti keagamaan, aku pula solat pun ikut rajin.

Sejak kehilangan mak, aku depress. Aku tak pasti samada korang memahami atau tidak. Tetapi masih terngiang-ngiang di telinga aku jeritan kesakitan mak dalam melawan penyakitnya.

Jadi, aku mula jalinkan hubungan dengan lelaki atas alasan ingin menghilangkan depress dan kurangnya perhatian dari ayah aku. Hubungan yang hingga mengheret aku ke zina.

Ya. Aku berzina dengan ramai lelaki. Dan aku juga sedih, jijik dan hina diri sendiri sebab aku tahu aku ini hina.

Akhirnya aku rasa hati aku kosong, dan aku mula solat. Adakalanya aku buat solat hajat di malam hari. Memohon agar iman aku dikuatkan dalam aku memerangi nafsu aku sendiri. Dan aku memohon agar Allah hadirkan dalam hidup aku, lelaki yang dapat membimbing aku jalan-Nya.

Satu hari, ada seorang mamat yang hulurkan perkenalan melalui di social media. Aku jarang layan lelaki dalam social media, tapi dengan lelaki ini, entah kenapa aku melayannya.

Akhirnya aku berjumpa dengan si dia. Mukanya yang cerah, lembut percakapannya, mata yang redup dan sukar untuk senyum.

Tapi sekali dia senyum, aku terpikat. Graduan dari Mesir. Dia yang aku rasa dapat membimbing aku ke jalan Allah. Dia yang selalu ingatkan aku mengenai solat, berzikir.

Trust me, aku cintakan dia bukan sebab senyumnya, namun sebab agamanya dan juga Allah.

Dia pernah menyuruh aku membaca Al-Fatihah, dia betulkan bacaan aku. Katanya, nanti kalau sudah nikah, abang akan ajarkan sayang baca Al-Quran dengan tajwid yang betul. Hati aku terharu.

Aku yang selalunya sakit, dia akan temankan pergi jumpa doktor, dia yang akan soal doktor tentang sakit demam aku. Sangat caring orangnya. Cuma dia kuat cemburu. Malahan rakan sekerja pun dia cemburu. Begitu juga dengan kawan baik aku yang perempuan.

Suatu hari dia bertanya samada aku ini masih dara atau tidak. Masa itu, aku dirundung perkara silam. Dengan segera aku mengaku aku masih dara. Hina kan aku?

Sejak itu, di kepala otak aku, ligat berputar perkara silam terkutuk aku. Terngiang-ngiang kata2 yang aku ini bukan perempuan terbaik untuk si dia. Aku tak suci lagi.

Jadi suatu hari, aku mengakui yang aku bukan dara lagi. Aku tak mahu dirundung rasa bersalah kerana menipunya. Reaksi dia? Mestilah terkejut.

Dia merayu agar aku membuat pemeriksaan. Memastikan yang aku takde penyakit kelamin atau AIDS. Aku memahami niatnya. Tapi aku yakin, aku tak punya penyakit itu.

Sejak dari itu, hubungan kami mula berubah. Dia kerap kali bertanya, adakah aku pernah dipegang dengan ramai lelaki? Adakah dada aku pernah disentuh. Apa rasa aku ketika berzina? Aku yang dengar persoalan itu, rasa sangat hina.

Ya Allah, kenapa aku memilih jalan dengan menceritakan kisah aku telah tiada dara. Kenapa tidak aku diamkan sahaja. Pedih sangat aku rasa, seolah-olah ditoreh kembali luka lama.

Aku yang cuba bangkit keluar dari peristiwa zina dalam hidup aku, tetapi lelaki ini mengungkitnya semula.

Aku salahkan diri aku yang bodoh. Bodoh kerana berzina. Bodoh kerana cetek agama. Bodoh kerana aku terlalu depress dan ikut rasa hati yang sedih. Tapi dia tidak memahami.

Aku rasa hari demi hari, dia seolah-olah mengungkit cerita lama. Dia nak tahu apa telah terjadi pada aku dulu. Aku yang sebolehnya ingin buang ingatan aku, dia pula cuba ungkit.

Maka, aku tekad untuk memutuskan hubungan dengan lelaki ini. Aku juga tahu betapa dia sayangkan aku. Maka bukan mudah untuknya lepaskan aku begitu sahaja.

Jadi, aku mereka situasi dimana aku bermain kayu tiga. Dan aku tahu dia akan kecewa. Biarlah dia kecewa, dari mendapat isteri yang tidak suci lagi. Tidak sesuci dirinya.

– Aku pendosa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *