Dia Terlalu Istimewa

Assalamualaikum kepada para pembaca yang budiman.

Tujuan aku menulis entri ini bukan untuk meluahkan masalah aku tetapi lebih terpanggil untuk kongsikan sedikit kisah cinta ku yang tak kesampaian..

Based on true story, my story begins…

Cukup aku kenalkan diri aku sebagai Nurin, aku berusia pertengahan 20an dan kini telah berkahwin.

Aku pasti majoriti pembaca dekat sini pun pernah ada crush masing-masing kan. Samalah juga dengan aku.

Sepanjang hidup ni, aku pernah ada crush. Si dia, cukup aku namakan Evan (bukan nama sebenar), si dialah yang aku crush paling lama. Dekat 6 tahun.

Sebenarnya, suka Evan ni sejak zaman study lagi. Jarak usia aku dengan Evan lebih dari 10 tahun. Tak tahulah macam mana boleh tercrush dekat dia. Tapi hati ni tak boleh menipu, sebab entah kenapa aku rasakan Evan adalah lelaki yang lain dari yang lain.

Dia terlalu istimewa untuk aku. He’s the one and only, lelaki yang aku impikan. Bukan sebab harta, bukan sebab kerjaya dia. Tapi sebab “dia terlalu istimewa”. Ada part yang aku nampak sisi dia yang mungkin perempuan lain tak nampak.

Jujur aku katakan, aku tak rasa aku bertepuk sebelah tangan. Ini kerana aku dapat merasakan Evan juga menyukai aku dalam diam tapi entah kenapa aku rasa dia seorang yang ego.

Dulu, Evan selalu layan aku dengan baik. Tapi lepas ada satu salah faham yang berlaku antara kami, dia bermasam muka dengan aku berbulan-bulan. Tapi dengan kawan aku, semua dia tegur macam biasa. Aku sedih sangat masa tu, tahu tak silent treatment itu menyakitkan..

Evan ni lelaki yang introvert. Selalu weird, pendiam lepastu suka menyendiri. Meskipun pada masa tu Evan tak layan aku dah dengan baik lepas peristiwa salah faham tu, aku tetap mahukan perhatian dari Evan.

Macam-macam aku buat supaya Evan melayani aku seperti dahulu. Hampa. Dia tetap berkeras dengan diri dia. Egonya lelaki bernama Evan ini sangat tinggi melangit.

Lama kelamaan, aku hampir putus harapan. Kerana aku pernah whatsapp Evan untuk tanya soalan, tapi Evan cuba memotong soalan aku dan dia seakan mengesyaki yang aku ingin bertanya soalan peribadi kepada dia.

Sebenarnya aku ingin bertanya soalan dari hati ke hati, aku dah lama sukakan dia, aku berhasrat nak ajak dia kahwin, jumpa family aku. Haha. Berani betul kan aku.

Tapi apa boleh buat, hasrat termati disitu. Lama kelamaan, aku sedar diri. Aku faham di mana posisi wanita yang bernama Nurin ini. Mungkin aku yang perasan. Bak kata pepatah, hidung tak mancung tapi pipi tersorong. Hihi.

Akhirnya, aku ambil keputusan untuk undur diri. Sebelum tu, aku sempat titip permohonan maaf dekat whatsapp dengan Evan atas salah faham yang berlaku antara kami. Dia maafkan aku. Hati aku rasa lega tapi masa ni, aku dah slowly nak undur diri. Lupakan Evan.

Bila aku dah mula jarakkan diri dari Evan, aku rasakan Evan pula semakin mendekati aku. Entah. Aku keliru. Bila aku pula tak pandang dia, dia selalu pandang aku dari jauh. Evan selalu kelihatan gugup dan tak keruan bila kami bertembung atau terserempak dekat mana-mana.

Ada beberapa kali aku perasan yang Evan ada pandang aku dari jauh, dengan wajahnya yang serius tapi tersenyum bila dah beredar jauh dari aku. Dan begitulah yang aku lalui sehingga aku habis belajar.

Hari terakhir sebelum aku habiskan final paper, sempat aku titipkan hadiah buat Evan. Itu pun dekat 3 hari aku perhati sekeliling supaya line clear. Aku rasa happy sangat lepas dah bagi hadiah pada Evan tanpa pengetahuan dia.

Dalam ucapan, memang aku tak tulis pun nama aku sebab aku risau dia akan buang hadiah tu. Ya, aku takut Evan benci aku. Itulah kali terakhir kisah aku dengan dia. Tak mengharap sebarang balasan dari si dia pun.

Selepas tamat belajar, aku pun dah kerja. Masih single pada ketika itu. Selalu juga stalk dia di sosial media. Sering tersenyum dengan insan yang paling aku rindui pada waktu dulu. I miss the sweet memories with him. Miss so much.

Evan macam biasa, menjalani kehidupan dia di media sosial seperti biasa. Lama benar aku single, dengan harapan ada sinar antara aku dan dia. Sangat mengharap Evan cari aku. Hubungi aku, malah semua itu hanya angan-angan aku semata.

Entah Evan tu save atau tidak nombor telefon aku. Sudah la off tick pula tu. Geram betul.. haha.

Kadang, aku pelik sebab entah kenapa aku rasa Evan ni macam ada tengok status whatsapp aku. Entah, maybe perasaan aku je.

Pernah satu hari tu, lepas aku dah lama tak stalk dia, tiba-tiba hati ni terdetik nak stalk sosmed dia. Sebab rasa macam Evan ni tak sihat. Rupanya telahan aku benar. Evan tu sakit. Dia masuk hospital. Masih bersisa rasa sayang dan cintaku pada Evan.

Tapi aku dah janji, tak mahu whatsapp Evan, sebab nanti dia dapat hidu yang aku ni pula tersua pada dia. Jadi aku guna nombor telefon lain untuk hantar mesej pada dia. Macam-macam aku pesan pada dia dalam mesej tu. Aku masih kekal sebagai anonymous masa tu.

Tahun berganti tahun, aku akhirnya bertemu dengan someone, iaitu suami aku. Kami kenal tak lama, aku pun memang tak menunggu, terus jalan dulu. Pujuk hati ni yang orang dah tak sudi. Jangan peduli. Lama benar aku menunggu.. Menunggu pada yang tak pasti.

Jadi aku pilih suami aku sebagai teman hidup. Dia suka aku. Mak pesan, bila nak cari pasangan, biarlah cari lelaki yang nakkan kita. Supaya nampak dia ada usaha untuk halalkan kita. Akhirnya, aku berkahwin dengan suamiku..

Beberapa hari sebelum nikah, tak fikirkan dah pasal Evan, aku memang dah slowly boleh move on, tapi Evan ni kerap hadir dalam mimpi aku beberapa hari sebelum aku nikah. Bayangan dia menusuk dalam hati aku.

Aku benci perasaan ni, sebab aku rasa cinta aku tak berbalas. Aku ignore ja. Aku anggap je itu ujian bertunang, mungkin juga gangguan iblis.

Lepas aku dah kahwin, aku rasa happy sebab akhirnya ada lelaki yang sayang aku. Sudi nak halalkan aku. Tapi rupanya, barulah aku tahu bahawa aku bukanlah cinta pertama suami. Tak apa, aku terima dengan hati yang terbuka. Siapalah aku untuk mengawal hati seseorang.

Masa ni, rasa cinta yang memutik kepada suami mulai pudar, lama kelamaan terus terhenti. Tak tahu kenapa. Sampai sekarang, cuma ada rasa sayang saja kepada suami. Bukan cinta.

Makan masa, makan tahun juga untuk aku dan suami saling nak cari keserasian bersama. Mungkin ada sedikit rasa tawar hati dengan suami atas layanan acuh tak acuh dia pada aku di awal usia perkahwinan kami dulu.

Tahu, kami berkahwin pun bukan dasar cinta, tapi sebab masing-masing single. Lagipun suami pernah kata dia suka aku tapi antara sebab dia pilih aku pun sebab itu je pilihan yang dia ada.

Lagipun umur dia pun makin meningkat usia. Sedih haha tapi takpe, janji dia jujur. Lepas suami katakan begitu, makin bertambah kuatlah rasa tak boleh move on aku pada Evan.

Cuma yang aku tahu,sampai ke hari ini, Evan masih belum berkahwin. Bujang terlajak. Aku ingatkan Evan ni dah kahwin. Yelah, Evan dengan aku umpama langit dengan bumi. Lagipun, aku fikir mungkin Evan dah ada someone yang sama-sama pendidik macam dia juga kan.

Aku tahu, berdosa besar bila mana seorang isteri mempunyai perasaan terhadap lelaki lain, yang bukan halal untuk dia. Sebab itulah sepanjang perkahwinan, aku fokus dengan current life aku, suami aku. Aku sering berdoa dan melakukan solat sunat taubat di atas kekhilafan diri ini.

Pada tahun ini, aku sudah berazam dan berdoa semoga aku dapat melupakan Evan sepenuhnya dari ingatan aku. Aku berdoa semoga Allah membimbing aku untuk lupakan “Dia terlalu istimewa” ini dalam fikiran aku.

Semoga aku kekal istiqamah dalam mencari cinta Allah melebihi dari cinta manusia. Alhamdulillah good news, suamiku juga semakin hari dah semakin sayang dan menghargai aku.

Biarpun aku bukan cinta pertama dia, tapi tak salah untuk aku menjadi yang terakhir kan. Jika kami ada jodoh yang panjang. InshaAllah.

Kepada awak, Evan. Seandainya, awak ada terbaca confession saya ini. Saya harap awak tahu apa isi hati saya. Saya harap awak mengetahui ini tulisan saya. Kerana kisah ini hanyalah kisah saya dengan awak suatu ketika dulu.

Apa pun, terima kasih pernah berada jauh di sudut yang paling dalam di hati saya suatu masa dulu. Jujur saya katakan, awak terlalu istimewa pada saya.

Saya doakan semoga awak bahagia, dipermudahkn segala urusan dan dipertemukan jodoh yang baik untuk awak. Jangan risau, saya sedar diri. Mungkin saya yang terbuai dengan perasaan saya sendiri. Mungkin. Maaf..

Terkadang, Allah itu mempertemukan tetapi bukan menyatukan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

– Nurin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *