Dia Tiada Perasaan Pada Wanita

Assalamualaikum semua.. ini pertama Kali Aku menulis di sini… Tak pernah terfikir pun Akan meluahkan sesuatu di sini dan inilah sedikit kisah hidup Aku. Jadikan pengajaran dan pedoman utk semua.

Aku seorang janda selepas berkahwin tak sampai setahun tempoh perkahwinan. Mesti tertanya kenapa kan??? Kisah Aku bermula di sini…

Aku kenali dia (bekas suami) beberapa tahun lepas, kami jadi rapat dan senang antara satu sama lain. Selepas dia menyatakan hasrat ingin jadikan Aku sebagai seorang isteri, Kami bertunang. Dalam fasa tempoh bertunang, biasalah Akan ada pasang surutnya. Tapi Kami Masih baik2, hubungan kami ok je. Tak Ada ape yg Aku perlu risaukan kerana Aku percaya pada dia. Aku yakin pada dia tak Akan sesekali khianati aku. Ya Aku yakin. Aku setia pada dia walaupun Kami long distance relationship.

Pada ketika itu, lagi beberapa bulan Kami Akan bernikah. Alhamdulilah. Rasanya ini la Salah satu impian seorang wanita untuk hidup bersama-sama dgn orang Yang disayangi. Namun satu khabar dukacita Aku terima dari seseorang. Aku memang tak percaya. Pada Malam itu, selepas Aku terima khabar tersebut. Dengan tenang, aku bersemuka dgn dia. Minta penjelasan dia. Benarkah apa Yang seseorang itu beritahu aku? Dia terkedu. Dapat kulihat dari mata dia penuh kegusaran. Aku Masih tenang, aku tunggu penjelasan dari dia. Dan dia mengaku. Ya!! Dia mempunyai perasaan pada lelaki.

Seperti terasa Aku dihentak dengan seketul Batu Yang besar, sakit dan pedih. Namun Aku Masih bertenang. Terasa ingin marah tapi rasa kecewa lebih banyak di hati aku. Tapi rasa sayang masih menebal lg. Banyak Yang kami bincangkan ketika itu, Hala tuju hubungan kami. Aku yakinkan dia Boleh berubah. Ambil masa, Aku sedia tunggu. Walaupun ketika itu dia seperti mahu putuskan pertunangan. Aku tetap yakinkan dia kerana Aku tak nak dia terus terjebak dgn perasaan seperti itu. Dan Kami teruskan hubungan dan berkahwin.

Selepas berkahwin, Kami PJJ kerana bekerja ditempat berbeza daerah. Keadaan totally berubah. Aku rasakan sesuatu pada dia. Tapi Aku diamkan. Aku tak nak beri tekanan padanya. Hinggalah pada suatu hari, Aku meminta pada dia untuk memanggil Aku “sayang”. Dia mula menyatakan hal Yang sebenar. Dia tak Boleh panggil Aku sayang. Dia tiada perasaan pada Aku. Perasaan dia sebelum ni dah hilang. Dia tiada perasaan lelaki normal terhadap wanita (hubungan suami isteri). Aku Masih pujuk dia, yakin Kan dia, jgn give up. Ini ujian Allah. Aku katakan Kita sama2 ambil masa untuk ini. Kami berusaha lagi memandangkan Kami PJJ, mgkin nnt dah tinggal bersama, situasi jd lain. Aku kembali tenang.

Selepas beberapa bulan, dia sekali lagi beri kejutan, dengan hanya meninggalkan pesanan, dia ingin meninggalkan Aku. Aku Masih memujuk. Tapi keegoan diri terlalu tinggi apabila Rasa diri telah buat sesuatu tindakan Yang betul. Dia berkeras mahu lepaskan Aku. Aku down, sungguh Aku dalam kemurungan. Beberapa bulan Aku dalam keadaan serabut. Bila bersama orang lain, Aku tunjukkan Aku ok, ceria ketawa. Ketika Aku sendirian, airmata la peneman tidur Aku.

Hinggalah satu hari Aku duduk bersendirian, muhasabah diri. Aku nyatakan pada diri Aku, Aku tak Boleh begini. Ini ujian untuk Aku. Allah sayang Aku sebab Tu dia nak Aku hadapi perkara ini. Aku positive kan diri. Lebih dekatkan diri pada Allah. Selepas itu, banyak pengajaran dan pedoman untuk Aku selepas tengok kehidupan orang lain. Dugaan orang lain lebih perit, lebih besar. Semua itu ditunjukkan pada Aku berturutan. Mata hati Aku terus terbuka.Syukur alhamdulilah. Aku Masih dipelihara oleh Allah dari buat perkara2 tak sepatutnya.

Namun bahagian paling sukar adalah untuk terang kepada keluarga Aku. Hati Aku semakin kuat andai Aku benar2 dilepaskan tapi hati Aku tak kuat bila terbayang wajah emak Dan abah. Terlalu byk aku fikirkan andaian2 jika mereka dapat tahu kisah ini. Tapi sampai bila Aku mahu rahsiakan perkara ini, dan Aku berterus terang pada mereka. Dan lagi sekali Aku bersyukur, keluarga Aku dapat terima dengan hati terbuka dan sgt2 memahami aku. Aku dikurniakan sebuah keluarga yg penuh kasih syg. Alhamdulilah.

Sampailah masa di mahkamah, proses perceraian berlangsung. Aku sedikit pun tak menitiskan air Mata. Entah dimana Aku dapat kekuatan itu. Mungkin kerana hati telah tawar. Terlalu banyak kata2 Yang menyakitkan dari dia hinggakan Aku dah tak kisah apa yg terjadi. oh ya, Ada beberapa orang mengatakan mengapa teruskan perkahwinan bila dah tahu dia begitu. Kerana Aku memikirkan keluarga. Ya inilah Salah satu sebab Aku teruskan juga.

Sekarang semua dah selesai. Aku jalani hidup sebagai seorang single dan berdikari. Alhamdulilah. Allah beri Aku org yg penuh dgn kasih syg. Apabila hal ni terjadi, Baru Aku sedar ramai yg sygkan Aku. Allah tarik seorang dari hidup aku tapi Allah kurniakan Aku insan yg lebih banyak kasih sygnya. Syukur.

Aku jalani hidup dgn gembira. Hidup kita terlalu singkat untuk Kita terus berasa sedih dan berduka. Sepanjang perkara ini terjadi, Aku Mohon pada Allah agar Aku dijauhkan dari kesedihan Dan kekecewaan Yang perpanjangan. Ini lah doa Aku. Tak pernah putus. Mgkin inilah kekuatan Aku dapat ketika proses perceraian itu. Jujur Aku katakan, jika dia bukan begitu, dia seorang suami yg baik. Anak yg baik. Mgkin Boleh jadi ayah Yang baik. Aku sentiasa doakan dia selalu dilindungi dan tidak terjerumus ke arah yg tidak baik.

Oleh itu, pada semua wanita diluar Sana, tak kiralah apa pun Yang anda sedang lalui. Sabar. Perlu kuat. Dan jgn sesekali lupa pada Allah. Kisah ini jadikan pedoman. Dugaan setiap orang tak Sama. Jgn sesekali compare. Apa yg Sama, dekatkan diri pada Allah. Allah tak kejam. Itu sahaja.

Assalamualaikum.

– Ailaz

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *