I am married for several years now. He is someone that my parents introduced to me. They let me get to know him, at first. After meeting up and being on call with him, I just can’t. He is not the one. They asked me, why? What is the reason? And everything that I told them, they will have answers to back him up. I have no choice but to accept his hand in marriage. My parents was so in love with him, yes, they’re. Not me.
Amazingly, a heart of a woman is easily melt. Just by the fact that I am his wife, sudah cukup untuk memberi aku reason untuk menyayangi dia. Unfortunately, he is not someone yang tahu how to treat his wife. A clueless one. I always looked at him, hoping that he’ll look at me back. I learned everything that he love. I tried my hardest to make things better for us.
Aku tidak pernah mengharap dia perfect, kerana aku pasti nobody’s perfect. We have to be realistic, aren’t we? Aku pasti, ia adalah normal seorang lelaki itu clueless, kurang pandai menjaga hati seorang perempuan. While, seorang perempuan pula merupakan makhluk yang kompleks, yang sukar untuk difahami. But in my husband cases, he is at a WAY different level.
He never gets jealous, never asked how was my day, never ask whenever I cried, never get angry, never jokes, never complaints, we never have a serious conversation, never ‘menggila’ sama-sama (Aku ni gila2 sikit perangai), we never fight, never, anything. I don’t know how to put this but he is just plain.
Puas aku mencuba, selama 2 tahun lamanya. Aku cuba buat sesuatu yang aku harap dia buat untuk aku, seperti acah2 jealous, tanya about his day at work, jokes, ajak dia “menggila”, ajak gaduh (gaduh2 manja), belajar apa yang dia suka, ajak dia buat aktiviti kesukaan dia dan sebagainya. He received them dengan hati terbuka, but he never try to do the same for me. I asked him, that I wanted him to be like this and that, I did.
Adakah dia dipaksa berkahwin dengan aku. Tidak sama sekali. Aku tahu dia sayang aku tapi sedihnya dia tak tahu menyayangi, tak tahu caring, tak tahu macam mana menggembirakan hati isteri dia. Dikeranakan sikapnya begitu, aku akhirnya menjadi seorang yang dahagakan perhatian dan kasih sayang. Aku bertukar menjadi seorang pemarah. Hal-hal kecil sahaja pun boleh membangkitkan kemarahan aku.
Lebih malang lagi, walaupun setelah aku bertukar menjadi seorang ‘monster’, suami aku tetap seperti biasa. A plain guy. He never worried about my changes. Dia dengan penuh kesabaran menjalani hari-hari bersama isteri ‘monster’-nya tanpa ada apa2 inisiatif untuk membetulkan keadaan. I gain nothing from being a ‘monster’, letih, penat, kosong, aku akhirnya berdiam. Aku tidak banyak bercakap, selalu termenung dan tidak lagi kisah tentang apa-apa. Not Him, not myself, house chores, dan lain2. I am completely a different person. Sadly, sampai ke tahap ini pun, he did nothing.
Aku tidak faham bagaimana dia boleh menjalani hari-harinya seperti biasa. Seolah-olah, tiada apa yang berubah. Aku yang stress, dan akhirnya depressed. Sometimes, I got panic attack. When that’s happened, it’s impossible for me to stand up, I am hardly breathing, kekejangan, heart pounding like crazy, that I need to force myself to lay down, keras terbaring diatas lantai. While at that moment, he is there talking to me. He saw me, but never truly see (For your information, there’s something that triggers the attack but I don’t want to elaborate it here). Sometimes, bilamana moodswing aku datang, aku menangis, aku marah, dia cuma melihat aku yang meroyan, never truly tried to understand or cuba mencari the cause of me being like that.
I know that I need help. I thought of having a marriage counselling, but aku tidak merasakan yang anything will change, because the cause of these is He, himself. I did get some help for myself, I am quite better now. Unfortunately, sometimes when I am with him, aku akan jadi plain, kosong. When he talked, all I heard is mumbling. I hated it when he touch me. Maybe, the flower that once blooms graciously in my heart has now wilted.
The reason kenapa aku menulis ni, aku pun tak pasti. Maybe, I just want to let it out. While, the reason kenapa suami aku berperangai begitu, aku tak pasti. Dia naif, lurus, bila aku nasihat atau ajak berbincang, dia akan berbaring sambil menutup mukanya. Lagaknya seperti seorang anak kecil yang sedang dimarahi ibu. Perkara mudah dan simple untuk difikirkan, dia tak mampu nak fikir, dan akulah yang beri jalan penyelesaian. Bercakap dengan dia, tidak pernah tentang perkara-perkara serius, seperti perancangan masa hadapan, perbualan orang dewasa. Aku cuma boleh berbual tentang perkara2 kecil yang tidak melibatkan penggunaan otak yang banyak. 3-4 jenis barang yang aku kirim untuk dibeli dikedai pun terpaksa ditulis di kertas, sedang tidaklah susah mana nak mengingatkan. Nak kata dia lembab dan tak boleh menghafal, itu tak mungkin. Dia mampu ingat seluruh keturunan aku dan keturunan dia punya no plat kereta, why? I don’t really know. He’s just into plate number so much. So, apa reasonnya untuk dia tak mampu mengingat 3-4 barang yang dikirim aku. Aku ajar dia mencongak, sekejap dia mampu dapat dengan cepat. Tapi dia seorang pemalas, sehari dua belajar, give up. I just want to upgrade him. Because, he’s previous work needed him to calculate a lot. Now he’s working dekat tempat lain, this time kerja dia require him to think a lot. But all the thinking, he’ll let me do it. He did think, usually the unnecessary part and nothing important for the task he was asked.
Dia seorang unik, pemikiran dia unik. Suatu hari, aku came up with satu soalan penyelesaian masalah, to all people I asked, they will pick that perfect one answer I created for the problem. But he pick a different solution. It’s amazing actually, nobody’s think about it that way. Soalannya – “If one day you are locked in a room with no way out except for sebuah pintu yang berkunci and there’s a box inside that room. Dalam box tu terdapat 4 barang, which one will you pick first to unlock the doors? – Kunci – Hammer – pin – gunting – .” Which one will you choose first? Pretty much I’d say, first you’ll try the key lah. But it isn’t for him, he say, that key might not the key to the locked. So he pick gunting. I asked him why is that? He say that dia boleh gunting terus the locked. By gunting, I really means gunting la. Scissors. Tapi die interpreted that gunting as a bolt cutter. Wow kan. Reason kenapa aku tiba-tiba buat soalan ni adalah sebab aku baru tahu dia tak pandai mengaji (masa baru2 kahwin), so I bought Iqra’ to teach him. It was a good start with ‘a’,’ba’,‘ta’. Muka surat berikutnya masuk huruf ‘tsa’. ‘abatatsa’. Dia dah mula salah sebut ‘ba’, ‘ta’, dan ‘tsa’. Seolah2 dia tak pasti mana ‘ba’, mana ‘ta’ dan mana ‘tsa’. He’s just confused. Aku tanya dengan dia, kenapa dia macam tu. Baru 4 huruf, macam mana nak habis sampai ‘Ya’ kalu macam ni. Bermulalah pelbagai persoalan, adakah dia dyslexia? Ataukah dia ada learning disability? Atau apa? Aku pun tak pasti. So, soalan yang aku bagi tu just to check cara dia berfikir macam mana.
Benda unik lain tentang dia adalah, pada suatu hari, kami pergi makan asam pedas. Both of us, order asam pedas ikan pari set. Kerana lapar, sampai-sampai sahaja terus kami makan. Tak pandang keliling dah. Hampir separuh pinggan habis, perut sudah mula terisi, had kelajuan makan pun semakin menurun. Waktu ni, aku terperasan suami aku sedang terkuis-kuis didalam mangkuk claypot-nya. Maybe he’s searching for chunks of ikan parinya yang tertinggal, “laju juga dia makan” fikir aku sambil memandang kedalam claypot aku yang masih berbaki setengah ketul ikan. Lalu aku memandang pula pada pinggannya, lain benar rupa ikan pari suamiku. Perasan aku sedang memandang dia, dia cuba untuk wujudkan conversation dengan aku, “Hancur” Kata suamiku. Terkesima aku mendengarnya, “Hancur? Really? Seriously?” bisik hatiku. Biar betul dia ni, aku yang dari jauh pun nampak apa yang sedang dia makan itu ‘daging’. Ya, daging! Lalu aku hulurkan claypot aku pada suami aku. Dia pula yang terkejut, tersedar yang sedari tadi dia makan asam pedas daging, bukan ikan pari yang hancur. “Eh… Salah…?” kata suamiku. Macam tu lah pretty much macam mana aku dan dia, tak banyak yang kami bualkan. Memang masalah hidup ni kalau tiada conversation, tapi apakan daya. Suami aku tak mampu. Sepanjang hari tu, aku cuma mampu termenung, terkesima, confuse, confound. Kenapa, dia tak boleh membezakan apa yang dia sedang makan? Dimana perginya function semua deria yang ada pada manusia, he can see it with his eyes, feel it with his hand, and taste it with his tastebuds. Tapi kenapa?
In the end aku pun tak pasti apa yang boleh aku buat. Dia lelaki yang baik, sangat menghormati orang lain. Tahap respect dia pada orang yang lebih tua memang sangat tinggi, rarely jumpa orang yang macam dia. I believe that is why my parents like him so much. Dia juga penyabar orangnya, dalam pada aku meroyan (walaupun he’s the reason behind it), dia tak pernah marah-marah. Tapi sedih sekali, aku tiada tempat bergantung. Seharusnya dialah orang pertama yang pegang tangan aku dan selamatkan aku. Walaubagaimanapun, aku percaya dia sayang aku tapi dia ni memang rare, a very rare person maybe. I always doing a research why is he that way. I wanted to find out if there’s any explainable reason why he is this way. Meanwhile, inside I am tormented. Sometimes, I am struggling and came back to my senses. Ntahlah. Doakan ajelah kami, doakan juga supaya kami dikurniakan zuriat. Maybe, thing will change a bit dengan kehadiran cahaya mata, insyaAllah.
– Moana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit