Dia Wanita Terpilih

Dia wanita terpilih.

Disaat dia hamil, suaminya berlaku curang. Dia maafkan.
Disaat dia sakit, suaminya berlaku curang. Dia maafkan.
Dia selalu menunggu suaminya balik rumah sampai lewat malam, dia sabar.
Rasanya sering kali dia bagi peluang atas kecurangan suami di belakangnya.

Mengapa masih kuat untuk bertahan ?
Dia bertahan demi anak. Andai dia tahu, anaknya juga mahu ibu mereka bahagia dan tidak kisah andai berpisah sbb anak juga sedih melihat ibu mereka diperlakukan begitu. Entah apa kurangnya ibu. Di mata kami ibu lah yg terbaik .
Ibu aku seorang mualaf. rupa parasnya cantik, peribadi lemah lembut dan penyabar. Semangat nya kuat dalam belajar mendalami ilmu agama , siap beli buku2panduan solat, hukum hakam islam, ilmu tauhid,fardhu ain n kifayah etc. Dia rajin gaisss,. Kalau aku lelaki dapat bini mcmni aku dah tak cari lain.

Namun ?
Ayat “ lelaki yg baik untuk perempuan yg baik” ni kdg2 tak jd jugak. Mungkin ini ujian yg Allah bagi kat ibu aku. Sepatutnya dia bimbing ibu aku, yg aku nampak cuma ibu usaha bimbing diri sendiri untuk paham tentang Islam. Gigih dia siap tulis dalam tulisan rumi setiap ayat untuk di baca dan hafal.

Kemuncak cerita dia, suatu hari tu diorg gaduh besar. Ibuku terbaca mesej yg berbaur lucah dlm phone ayah aku. Aku syak something happen between them. Aku kecik lagi masa tu tapi aku masih ingat setiap apa yg berlaku.
Kesian ibu. Sudahla sakit, jiwa dan emosi juga sakit. Dia nangis sembunyi2 , aku tau. Kdg2 sakit dia dtg, kami beradiklah yg jaga ibu, urutkan ibu, . Risau sangat masa tu.

Kadang2 aku terfikir, Kenapa Allah uji Ibu seberat ini, kenapa temukan dia dengan lelaki seperti ini ?
Allahuakbar. Kuatnya ibu.

Suatu hari, ibu disahkan mengandung. Tapi dlm masa yg sama ibu sakit dan keadaannya tidak mengizinkan dia untuk teruskan kandungannya kerana boleh menyebabkan kematian. Kira 50-50 la peluang untuk hidup.
Ibu aku pilih untuk teruskan kandungannya. Aku sebagai anak aku risau dan sedih . Aku dapat rasa aku akan kehilangan ibu. Haritu ibu tidur sebelah ibu, aku pandang muka dia, aku nangis senyap2 aku taknak dia tau aku nangis. Sebak gaisss. Aku tak kuat.

Deep inside aku tau knapa ibu pilih untuk teruskan kandungannya. Dia siap bagitau dia ada baca kalau meninggal masa bersalin dikira mati syahid. Aku syak hati dan perasaan dia terluka teruk. Dia bagi hint suruh aku kemas rumah, cuci pinggan pastikan dapur kemas sebab kalu dia xda sapa nak tlg kemaskan. Aku diam gais, aku sebak. Mungkin ini tanda2 ibu nak pergi. Sampai termimpi2 ibu aku pergi tinggalkan kami.

Sampai satu masa, ibu bergegas ke hospital.Dia arahkan aku untuk bawak beg pakaian dia bila aku ke sana nanti. Entah kenapa perasaan masa tu lain. Aku takut. Aku harap ibu dan adik aku selamat.
Tapi, perancangan Allah lebih hebat untuk ibu.

Memang wanita hebat diuji dan diganjarkan dengan sesuatu yg hebat.
Ibuku tidak sedarkan diri , anaknya selamat Cuma dia masih kritikal. Duniaku gelap, jantungku berdegup kencang, jangan ambil ibuku terlalu awal ya Allah.
Dan akhirnya dia di sahkan meninggal, pada bulan yang mulia, mati dalam keadaan yg mulia.
Pengakhiran yang baik buat wanita sehebat ibu. Mungkin di akhirat dia bertemu bidadara sempurna untuknya .

Sekarang aku sudah dewasa, Belum pernah aku jumpa wanita sehebat ini. Seringkali aku titipkan doa buat ibu. Mudahan ibu temui kebahagiaan cinta sejati di sana.

Untuk suami di luar sana,
Isteri yg baik Cuma dtg sekali. Walau kau jumpa ramai pegganti, takkan sehebat yang pertama itu :’)

Al-Fatihah

– Bukan dia.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *