Dia Yang Aku Kenal

Assalamualaikum pembaca IIUM Confession. Ini pertama kali aku hantar confession, berdebar pun ada. Hahaha.

Aku tak reti nak karang ayat ni. Tapi saja nak santai2, harap tak ada la kena kecam, hehe.

Masa sekolah rendah dulu, aku ada kenal seorang budak lelaki, aku bagi nama A jela, yang baru berpindah ke sekolah kami.

Masa tu biasa la bila ada je budak baru yang masuk, mula la semua orang duk bercakap sesama sendri.

Jadi bila dengar gosip ada budak lelaki baru, dari negeri lain, ada rupa pulak tu. Aku and the gang ni nak la juga tengok muka tu, yela betul ke hensem tu.

Bila ingat balik, entah pape la pegi intai budak kelas sebelah tu. Hahaha. Oh lupa masa tu aku darjah 6 ye.

Bila dah tengok tu, aku ingat lagi aku siap cakap. “Oh boleh la”. Patutlah semua budak2 perempuan ni dah menggeletis semacam hahaha.

Bila dengar aku cakap macam tu, kawan aku cabar aku untuk try cakap dan kawan dengan si A. Aku ni pulak pantang dicabar. Haa amik kau, kecik2 dah tak boleh kalah hahaha.

Aku cuba la konon nak say hii kat A, tapi rupanya dia tu sombong hidung tinggi. Mentang2 kau ada rupa eh. Korang tau, dia jeling macam tu je kat aku.

Pastu aku rasa macam dah la malas aku layan kawan aku ni. Nak dipendekkan cerita, ada satu hari tu, aku berselisih dengan budak laki ni kat koridor, tiba2. Aku dengar dia sebut nama gelaran aku.

(Masa kecik2, mesti korang ada jugak kawan2 bagi nama gelaran yang korang tak suka kan). Okay nama gelaran aku masa tu, Arnab. Sebenarnya aku pun tak tahu kenapa aku diberi gelaran Arnab tu.

Pernah jugak aku berdiri depan cermin, tengok gigi depan aku hahaha. Yela, sebab aku tak jumpa kaitan aku dengan nama gelaran Arnab tu. Jadi aku tak suka orang panggil aku macam tu.

Berbalik cerita tadi, bila aku dengar dia sebut nama gelaran aku, aku macam eh kenapa dia ni. Aku dah la tak pernah nak sembang dengan kau, tak pernah nak usik kau. (kecuali masa dia masuk2 dulu tu jela, setakat say hi).

Tapi aku diam je sebab aku spesis yang tak akan balas balik. Start dari hari tu, aku jadi anti dengan si A ni. Budak perempuan lain semua suka A, yela ada rupa, bijak pulak tu.

Berebut la dorang konon nak rapat m. Tapi bukan aku la. Nak dijadikan cerita, tiba2 ada gosip yang aku suka minat A tu.

Korang mesti tertanya dah kenapa tiba2 ada gosip pulak, cerita tak habis ke apa ni. Tak tak, sebenarnya aku pun macam korang. Aku pun blur kenapa aku tetiba digosip dengan A.

(Jangan ingat artis je ada gosip tau hahaha). Aku malas nak layan gosip tu. Baik aku layan cerita Jericho Rosales lagi bagus.

Masa tu, kat TV ada cerita tu, tapi aku lupa tajuk dia, haha. Masa sekolah rendah, aku ramai peminat dari kelas sendri ada, dari kelas2 lain pun ada. Jadi bila keluar gosip yang aku suka laki tu.

Laki2 lain yang suka aku banyak tulis surat bagitau sedih, kecewa. Budak2 lahai. Hahaha.

Aku ni jenis yang ignorant. Sebab aku dah biasa terima surat, org kirim salam. Jadi aku rasa tak minat mende ni.

Tapi bila lama2 aku dikenen dengan A, tetiba aku rasa aku tersuka pulak dekat dia. Aku tak pernah suka budak2 laki lain tau, ni first time aku suka. jadi aku rasa la nak berkawan tu walaupun sebelum tu, aku sakit hati dengan dia.

For the first time dalam hidup aku, aku tulis surat kat A. Aku ingat lagi aku tulis, ‘kenapa awak panggil saya arnab’.

Hahaha lawak ada, malu pun ada bila aku ingat balik. Kenapa la aku pegi tulis tu eh. Tapi A tu balas,

‘Sebab aku tau tu gelaran kau. Jangan tulis surat lagi, aku tak suka kau’. Aku rasa masa tu, nak tutup muka aku dengan tudung saji hahaha.

First time kena reject sebab biasanya aku yang reject orang ni. Rupanya ni perasaan dia hahaha. Tak lama lepas tu, aku dapat tau.

Rupanya, kawan aku yang cabar aku dulu tu yang sebarkan yg aku suka A dan aku nak berebut A ni dengan perempuan2 lain. Sampai hati kau kawan. Huhu.

Punya aku ingat A yang suka aku sebab tu korang kenen aku dengan dia. Start dari haritu, aku dah azam dah memang takde dah la aku nak tulis surat, minat ke apa. Ni first and last dah. Cukup takat tu jela.

Dipendekkan cerita, keluar result UPSR. Alhamdulillah aku dapat 5A. Sempat jugak aku cari nama A di papan kenyataan, ternyata nama A tu pun di highlight oleh cikgu, maksudnya dia pun dapat 5A.

Tahniah la untuk kau jugak (cakap dalam hati jela masa tu). Bila dapat result, cikgu2 akan mintak budak2 darjah 6 ni untuk isi borang2 sekolah menengah.

Aku pun apply je semua. MRSM, sekolah asrama penuh, sekolah cluster. Bila keluar result tu, aku dapat sekolah asrama penuh.

Masa tu aku tanya semua kawan2 aku yang dorang ada dapat offer tak dari sekolah tu. Tapi takde sorang pun yang dapat.

Tiba2 ada satu malam, kawan aku telefon aku guna telefon rumah (masa tu takde telefon bimbit ya tak macam sekarang), kawan aku cakap si A yang dapat sekolah asrama penuh sama dengan aku.

Allah, masa tu aku rasa dugaan apa la aku dapat ni. Dari banyak2 kawan aku, kenapa la si budak laki tu yang dapat. Takde orang lain ke.

Kiranya dari sekolah aku tu, hanya aku dan A je yang dapat offer. Masa tu, sekolah asrama penuh ni hanya ambik 2 orang saja dari setiap sekolah. Aku hanya harap si A tu reject la offer dari sekolah tu, biar aku je yang pegi.

Time hari registration sekolah asrama tu, ada list nama budak2 tingkatan 1 yang akan register haritu bersama kelas yang akan kami akan berada. Aku cari nama aku. Tapi sebelum aku jumpa nama aku.

Aku ternampak nama si A dulu. Ya, dia terima offer dan dia masih lagi satu sekolah dengan aku! Aku rasa masa tu aku nak je ajak mak ayah aku balik, aku tak nak sekolah tu.

Tapi apakan daya aku. Terima jela takdir aku yang aku masih kena satu sekolah dengan si A. Bila kat sekolah menengah tu, aku dah tekad dah yang aku akan buat tak kenal je A tu.

Lupa terus pasal dia, surat aku. Aku tingkatan 1,nama aku dikenali oleh abang2 senior. Ada yang tulis surat nak jadi adik angkat, nak jadi suri hati, nak kawan.

Tapi semua aku baca dan aku buang je. Kadang2 kawan2 aku pun baca sekali. Satu pun laki2 tu tak buat aku rasa macam yang aku nak reply atau nak tulis surat macam aku buat kat A dulu.

Aku ada je bertembung dengan A, satu tingkatan. Macam mana pun mesti tak boleh nak elak jugak. Tapi aku buat macam tak nampak.

Dia tegur aku bila terjumpa kat koridor, tapi aku tak balas balik. Aku agak dia tegur mungkin sebab aku je yang satu sekolah dengan dia. A pun ramai yang akak senior nak jadi adik angkat.

Sebabnya ada je kakak2 datang ke dorm jumpa aku, tanya pasal A. Tapi aku jawab je yang aku tak kenal sangat masa sekolah rendah, lain kelas. Tapi bila sekolah menengah ni, aku perasan A ni lain dari dulu.

Dia macam cuba nak rapat dengan aku. Dia bagi hadiah masa birthday aku, senyum bila terserempak mana2. Tapi aku langsung tak balas apa yang dia buat tu.

Sebenarnya panjang lagi kisah aku dengan A ni, cuma aku rasa aku kena stop sini la. Aku kena sambung keje dulu. Hehe.

Nanti kalau ada respon ok, aku sambung bila berkelapangan.

– Icha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Ni 2 cite dah aku dok tggu sbb karang xhabis…. Krg la siap2 sampai habis dulu bru submit… Kam dah lama aku nak tggu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *