Dia Yang Paling Romantik

Assalammualaikum semua. Alhamdulillah, dapat juga aku kongsi sikit je pengalaman yang mengubah persepsi aku pada perkataan ‘romantik’. Semoga lepas korang habis baca confession yang lebih kepada perkonsian ini, korang pun akan rasa perasaan yang aku rasa ni, insyaaAllah.

Aku perempuan, 32 tahun, dan… status yang aku pegang dari tabika kemas, seorang budak sekolah. Tahun ini masuk tahun ke 5 insyaAllah perjalanan phD aku yang penuh liku,duri, kaca bertaburan dan hujan asid. Nampak tak, dari pelbagai sudut ujian datang. Huishhh, tapi belum nampak lagi sinar thesis. Tiap kali ada kawan-kawan yang habis thesis pastu nak viva, aku stress… tapi tak tau kenapa, tak jadi motivation pun pada aku.

Setiap hari, aku rasa kenapa perjalanan aku susah. Kenapa experiment yang aku buat mesti tak jadi, tak sama dengan previous researchers punya report. Bila stress ni, aku bagi time kat diri untuk happy-happy => aku tengok drama korea. Happy kan? Bila lead actress yang kena layan baik, aku yang fefeeling sendiri dalam hati… bunga-bunga rasa, terus good mood. Sape sama macam aku?? Lagi bila tengok Lee Jong Suk tu dalam cerita Romance is a bonus book. Seksanya tunggu weekend nak menunggu next episode.

Sampailah satu hari, aku rasa down sangat. On that day, datang lah seorang kakak yang aku anggap mentor in life aku. Sebab kuatnya dia layan masalah hidup dengan senyum. Dengan dia pun aku ngadu, nak update life lah sebab lama tak jumpa. Dia tengok muka aku dengan senyum, and cakap.

“Jay, cuba baca Al-Fatihah 40 kali antara solat sunat subuh dengan solat subuh. lepas 20 kali doa sungguh-sungguh, less than 30 minutes je. Sebelum doa tu, sebut sifat-sifat Allah, Yang Esa, Tidak Dilahirkan dan Tidak Melahirkan, sepenuh pergantungan hanya pada Dia”

Aku rasa, selama ni aku doa… aku rasa sekadar doa je lah. Perasaan aku masa doa tu macam ok, Allah ada, and Dia dengar, kalau cakap dalam hati pun Dia tahu kan. Tapi aku bayang kan Dia jauh, besar. Aku tak yakin juga Dia nak makbul kan, sebab aku kan banyak dosa,.. Sebab esok tu sabtu, jadi aku cuba. Aku rasa happy haritu, macam tenang je. Aku pelik, tapi aku macam happy dan tenang. Ya Allah… baru first day try.

Ok Ahad aku try lagi, tapi Allah kejut kan aku pukul 5 pagi, aku bangun tu segar je mata, terus amek wuduk dan tahajjud. Dalam sujud yang last, aku doa dalam hati, sayu sangat rasa. Tapi kali ni, aku rasa Allah dekat, hati aku rasa besar dan tenang, aku rasa Allah lah backup aku yang paling besar, Dia sayang kat aku kot, paling sayang pulak tu, lebih dari mak aku sayang aku.

Perasaan aku masa tu macam masa tengok cerita korea tu lah, laki tu tengok perempuan tu sambil senyum sweet masa perempuan tu bebel-bebel pasal ape je. Lepas tu gosok-gosok kepala perempuan tu cakap “gwaenchanh-a, nigaiss-eo”, pastu perempuan tu senyum bahagia amat. Kembang kuncup hati aku.

Mana mungkin drama korea boleh lawan romantik nya Tuhan aku yang Maha Penyayang, Maha Lembut, Maha Pengasih, Maha Mendengar dan Maha Memakbulkan doa. Kan? Tapi, jangan pula korang bayang kan sifat fizikal nya macam manusia ni, kita ni hamba je. Sifat Allah Maha Sempurna tak mungkin sama dengan makhluk ciptaan-Nya.

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186)

Aku je leka dengan dunia. Aku tak nampak apa Dia bagi sebab, aku tak nampak Dia. Padahal, Dia ada tak pernah tinggal kan aku, walaupun aku jauh dengan dia. Ampun kan aku ya Allah… Perasaan aku setiap kali doa sekarang dah berubah, aku tak sabar nak solat and doa, rasa macam berdating bila mengadu-ngadu pada Allah.

Korang cuba lah, please lah cuba ok. Aku harap kita akan kongsi perasaan yang sama. Sample aku still belum siap, tapi Allah tenangkan hati aku untuk jalan terus. Masalah kita mungkin lain-lain, tapi doalah. Sebab Allah je yang boleh tolong korang leraikan kekusutan hati korang tu, Dia yang jadikan kita, Dia lebih memahami korang dari kawan-kawan korang yang korang mengadu dengan tu.

Ok korang, terima kasih baca, korang doakan aku dan kawan-kawan aku dipermudahkan urusan belajar ni ya. Semoga yang baik-baik datang kat korang semua, aminn. Semoga bermanfaat, Lillahita’ala.

– Jay

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *