Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca setia IIUMC. Aku merupakan salah seorang pembaca setia aka top fan IIUMC.
Aku suka baca drama yang diterbitkan oleh admin dekat sini. Terima kasih admin IIUMC kalau terbitkan luahan aku. Kalau tak ter-terbit, admin baca la sorang-sorang eh.
Pengenalan ringkas mengenai diri aku, aku seorang perempuan berumur akhir 20-an dan belum berkahwin. Aku bekerja sebagai “procurement engineer” di sebuah kilang di utagha tanah air.
Berdasarkan tajuk, penceritaan hari ni adalah mengenai kawan aku, seorang lelaki kita namakan dia Mejar.
Mejar ni sebaya dengan aku namun disebabkan beberapa tahun dia tanam anggur dekat tanah yang subur dengan harum manis, aku pun kawtimkan dia pekerjaan sebagai operator di kilang aku.
Dia terima memandangkan dia tak mempunyai progress lain walaupun dia ada segulung ijazah.
Aku kenal Mejar sewaktu MCO fasa 1 March 2020 sewaktu rancak bermain PUBG bersama-sama sahabat zaman universiti.
Maklumlah semua tidak bekerja di sektor perlu jadinya kami merempat sahaja di rumah main game kunun WFH.
Mejar pada waktu itu sedang dalam fasa berkenalan dengan salah seorang sahabat aku, aku namakan dia Gen.
Selama beberapa bulan indah berkenalan, Gen dirapati oleh seorang lelaki yang mempunyai pakej lengkap di mata seorang wanita yang ingin melangkah ke alam perkahwinan.
Lalu Mejar diabaikan dan Mejar seakan sudah terhantuk baru terngadah lalu mula bekerja di kilang aku.
Sewaktu dia di sini, kami bertiga (dengan seorang lagi rakan kami) selalu menghabiskan masa bersama kerana semua tidak dapat pulang ke kampung.
We used to play games, singing in the car, lepak by the sea untuk menghiburkan hati Mejar yang syahdu dan sendu. Sedangkan semua sendu sebenarnya.
Mejar pada waktu tu sendu betul sebab kena abai walaupun kitaorang dah cakap dekat dia untuk move on. Tapi itulah tak masuk telinga kot. haha!
Pada umur 27 tahun, aku rasa you should get yourself together dulu sebelum nak fikir pasal kahwin.
You should be emotionally, financially and physically stable. Dia dah tengok Gen pick someone with better income rather than him. Tapi Mejar tetap nak jadi romeo. Lupa kot ni bukan drama shakespeare.
Gen juggled between spending time with him and the other guy. Kalau betul orang tu suka kau, she wouldn’t make you like MCQ paper (ya know MCQ, got options).
Tapi berbuih mulut aku cakap pasal ni dekat dia, maklumlah cinta itu membodohkan.
Walaupun kami semua sendu bertiga, tapi bila bekerjasama semua benda jadi mudah yeay wonderpet. Tiber. Tengah duk berronok-ronok tetiba…. dia menghilang.
Jeng jeng jeng. Cuba fikir apa yang mampu mengubah seorang lelaki? Perempuan! Ya benar.
Gen kembali dalam hidup dia macam dulu. Di mana they used to spend time for about 24 hours on the phone. Aku syak mandi berak saja la tak bersembang.
Gen kembali memandangkan the other guy was someone else’s fiance.
Disebabkan itu dia cari Mejar aka the safety net guy. Terus dah tak hangout, no more game hours. Kalau terserempak pun, aku tenung dinding takpun meja daripada tenung Mejar.
Sebagai kawan, aku bahagia saja lah bila dia bahagia en. Jangan salah faham aku tak catch any feelings with him. Cuma sedih sebagai sahabat yang berada ketika susah dia, dah bahagia dia blah gitu jer tanpa bagi salam pun.
Masa kitaorang hangout pun, dia ada saja cakap yang sebelum ni pun dia pernah saja abaikan brotherhood geng dia semata untuk Gen.
Jadi tidak hairan lagilah kenapa kami pun menerima layanan yang sama. Ini merupakan kali pertama aku jumpa lelaki yang tak loyal kepada bro code “bro before ho ho ho”.
Akhir kata, janganlah kita berperangai seperti b4bi ya. B4bi pun sayang member, tak nampak ke dia bergelumang dalam lumpur bersama-sama.
Buat korang semua, don’t ditch your friend just because of a girl/boy. Aku yakin kita diberi akal fikiran untuk mengimbangi kehidupan bercinta dan kehidupan bersahabat. Gunakanlah akal fikiran yang diberikan oleh Allah SWT (Sajat, 2019).
Aku doakan Gen dan Mejar agar bahagia la hendaknya till jannah gittew.
Kepada Gen, life is real babe. We’re not in some English tv series ya. Perfect man does not exist. If you like some, tolerate his flaws. Well you yourself pun ain’t perfect.
Tiber aku attack orang. HAHA. Kepada Mejar, reflect balik yourself. Ubah what you can, don’t be too comfortable. Jangan jadi option orang. Why put yourself that low?
Sekian luahan aku. Untuk Gen & Mejar.
– Kolonel Kandar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit