Aku Cherry, berumur 29 tahun telah berkahwin nak masuk 5 tahun tapi masih tidak dikurniakan rezeki zuriat lagi.
Mungkin faktor berat badan aku dan suami agak bam bam, jadi susah sikit lah kan?
Walaupun aku pernah keguguran satu kali, selepas itu, tiada yang lekat.
Suami ku elok2 sahaja. Yang sederhana sahaja semua nya.
Sebelum ni kerja suami ku berdasarkan komisyen. Lagi banyak kerja, lagi tinggi komisyen.
Akan tetapi, tahun ke 3 berkahwin, aku dan suami terpaksa tinggalkan kota KL dan pulang ke kampung suami di Kedah kerana harus menguruskan rumah arwah ibu dan ayahnya.
Reason cuma satu, kebun ayah harus diusahakan, kerana itulah wasiat ayah dan ibunya kali terakhir.
Awalnya, aku takut juga sebab peluang pekerjaan di sana tak sebanyak di Kota KL, dan aku berkerja dalam bidang professional, jadi aku agak skeptikal.
Namun aku turut kan sahaja dan percaya pada suamiku.
Alhamdulillah, aku dapat kerja dalam bidang yang sama, dan gaji aku naik lebih banyak.
Suami? Terus hilang gaji yang stabil, dan mengharapkan hasil kebun yang diusahakan.
Kira nya aku lah yang menyara keluarga kecil kami ini,
Walaupun aku lah yang menyedapkan hati suamiku, yang dia tidak perlu rasa bersalah, dan aku percaya suatu hari nanti suami ku dapat menuai hasil yang lebih banyak dari kebun.
Nak dijadikan cerita, nafkah pada aku memang tak diberi. Dan aku ok sebab suami dan sediakan rumah, pakaian, dan breakfast gerai waktu kami senang dulu. Bagi aku itu sudah cukup.
Tiada yang aku keluhkan, kecuali satu hal. Suami busy dengan kebun nya, sampai kan nafkah batin tidak aku dapat.
Confident aku jatuh bila tak disentuh, aku makin overthinking sebab aku ni gemuk yang sedang berusaha untuk kurus dan sihat.
Jadi mana silapnya? Suami ada kata penat. Tapi penatnya dia hanya di kebun, ada hari tak ke kebun, dia main game.
Jadi apa yang kepenatannya? Sampai aku rasa dunia ini tidak adil. Jika suami ingin kan isteri, seorang ister harus patuh. Kalau isteri inginkan suami?
Tiada apa apa.
Aku sedih begini. Banyak yang aku korbankan. Nak cerita semua, tak dapat.
Kereta aku bayarkan, motor aku bayarkan, bil elektrik air aku bayarkan, makan minum aku cover kebanyakkannya.
Nafkah zahir aku tak persoalkan, tapi nafkah batin pun? Aku terseksa.
Sis2 sekalian, tolong tolong nasihatkan saya.
Saya dah cerita semua ni pada suami, beliau suruh bersabar dan menerangkan betapa penatnya dia. Tapi itulah. Saya seperti tak dapat terima.
– Cherry (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit