Diagnosis?

Tahu tak, cara manusia berfikir lain2. Ringkasnya;

Naturalist (nature smart),

Musical (sound smart),

Logical-mathematical (number/reasoning smart),

Existential (life smart),

Interpersonal (people smart),

Bodily-kinesthetic (body smart),

Linguistic (word smart),

Intra-personal (self smart),

Spatial (picture smart).

Okay.. So kalau seseorang itu dididik dengan didikan yang tidak kena dengan cara otaknya berfikir, mereka lebih cenderung untuk “rosak” di kemudian hari.

Rosak di sini bukan dimaksudkan rosak akhlak, namun kesihatan mental. Memang faktor2 lain juga mainkan peranan tapi di sini aku mahu ceritakan diri aku yang lebih masuk dalam kategori Existential intteligent.

So sebagai seorang yang berfikir dalam spektrum “Kewujudan” (bukan hakikat kewujudan dalam konsep agama – yet). Sejak kecil aku akan melihat ke langit dan bertanyakan pelbagai persoalan.

Kenapa langit tinggi, kenapa bila malam jadi gelap, ada berapa bintang di langit, Allah tak penat ke ciptakan bintang tu semua, di mana Allah jika kita boleh melihatnya dan lain2.

Sejak kecil aku akan jadi seorang pemerhati. Kurang libatkan diri dengan aktiviti sosial untuk mengelakkan drama2 yang tidak perlu.

Kerana itu juga aku menjadi magnet kepada beruk2 yang memang tidak senang duduk melihat “orang pelik”. Maka, pernah jugalah jadi mangsa buli dan mangsa keadaan.

Baik keluarga dan orang2 yang aku tak peduli. Tiada maaf bagi kalian (for now) dan memaafkan itu adalah hak aku.

“Serangan fizikal” pun banyak aku dapat. Sampai saraf telinga aku mungkin sekali rosak kerana ini (?). Berdesing sudah 9 tahun.

Mahu saja aku pekak terus sebab tak tahan. Itu pun mujur Tuhan masih izinkan aku mendengar dan pendengaran aku lebih sensitif berbanding kebanyakan orang lain.

Ada sesekali aku mampu mendengar suara di balik telefon jika seseorang itu menjawab telefon berdekatan dengan aku tanpa mereka membuka fungsi LoudSpeaker.

Meningkat remaja, aku fikir benda2 yang kebanyakan remaja tak peduli pun. Rata2 sibuk fikir bagaimana mahu bersetub*h tanpa menghasilkan zuriat haram, aku pula fikir apa yang aku mampu buat untuk ubah keadaan dunia.

Naif. Walhal memang keadaan dunia tidak akan berubah kerana ditakdirkan kita hidup di zaman ini.

Maka, aku pun sering bertemu juga dengan mereka yang lebih kurang sama sub spesis dengan aku, mereka yang “pelik”.

Dulu aku tak peduli bab perasaan cintan ni semua, tapi lepas aku baca novel cinta Islamik, aku pun terjebak mahu terlibat.

(Berhati2 ya kepada yang masih belum melibatkan diri dengan permainan perasaan ini jika mahu baca buku cinta, nanti terjebak, susah nak kawal).

Then aku pun tersuka la dekat someone yang macam aku juga.

But what do you expect?

Of course la dia pun macam aku, tak rasa perasaan itu sebagai “keperluan” buat masa tu. Maka aku pun move on.

Long story short, aku dah masuk zaman uni. Result aku straight A sampai la sem 3. Ada seorang lect ni anaknya gugur, sekali dengan markah semua pelajar digugurkan dia juga. Pertama kali dapat B. Rosak CGPA aku.

Aku hampir terjun dari tingkat 12 kondominium sewa aku. Aku mengucap dulu sebelum terjun (tahu mengarut, tapi aku harap juga aku disambut bantuan Tuhan andai aku terjun).

Ketakutan aku untuk mati (walaupun tengah attempt buat benda tu) terjawab bila roommate aku masuk ke rumah mengejut dan separuh menjerit namaku. Terselamat.

Kali kedua aku hampir mati, jantung aku berdegup laju sepanjang hari. Sampai aku dah tak mampu berjalan sebab dada sesak.

Senior aku tumbangkan ke HKL. Dia kata “kau jangan mati dalam kereta aku, nanti aku kena jawab dengan polis.”

Sampai emergency room, macam2 “benda” aku nampak. Termasuklah bayang besar setinggi bumbung yang mengikut seorang pesakit ni.

Memang dari dulu aku ada “penyakit” nampak benda yang “tidak kelihatan” ni. Tapi aku tak jangka bila aku sakit camni boleh jadi balik.

Lepas aku stabil, aku jumpa psikiatri. Diagnosis awal kononnya aku bipolar. Tetapi tidak. Diagnosis salah.

Walaupun mood aku selalu up down macam waktu aku tengah taip ni, doc kata aku bukan bipolar sebab tak cukup ciri.

Sekarang, tadi baru aku menangis tanpa sebab yang munasabah. Aku terfikir bagai mahu kembali ke masa lalu dan meminta maaf kepada semua mereka yang pernah aku dosakan. Mengarut kan?

Tapi itulah dia, apa yang terkandung dalam otak seorang yang mempunya “Existential Intelligence”

(Disclaimer: tak semua daripada individu Existential fikir benda2 sama atau lalui benda2 sama dengan aku)

– If  (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *