Diagnosis Penyakit Mental Sendiri

Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca iiumc. Hari ini saya nak berkongsi sedikit tentang kerisauan saya.

Saya perhatikan ramai orang yang tak ke klinik untuk pengesahan Dr pakar psychiatric mengenai penyakit berkaitan mental yang dialami tetapi memilih untuk “self-diagnosis”.

Ini sekadar nasihat saya untuk kebaikan semua: JANGAN DIAGNOSE PENYAKIT SENDIRI. Diagnosis sendiri sangat bahaya kerana:

1- Bila diagnose sendiri seseorang itu akan merasa yang dia tahu segala perkara yang tersirat mengenai penyakit tersebut.

Keadaan ini orang panggil menduga sahaja kerana kecelaruan atau sakit mental mempunyai beribu wajah. Tidak cukup dengan Google sahaja seseorang boleh tahu penyakit yang dialami.

Contohnya, seseorang itu mempunyai mood yang berubah-ubah dan merasakan dirinya mempunyai sakit “manic depression” atau “bipolar”

Sedangkan mood yang berubah-ubah boleh juga menjadi bahagian penyakit yang lain seperti “Borderline personality disorder” dan “major depression”.

Doktor pakar dapat bantu membezakan jenis penyakit yang dialami dengan menyiasat dengan lebih dalam keadaan mood swing seseorang sama ada daripada normal-down/ down-up/ up-down dan tempoh ia berlaku.

Perkara ini penting untuk tentukan masalah sebenarnya yang dialami seseorang untuk plan rawatan untuknya.

2- Bahaya yang seterusnya mungkin juga berlaku apabika seseorang merasakan dia mempunyai masalah mental tetapi sebenarnya dia sakit fizikal.

Ada banyak penyakit fizikal yang menyebabkan perubahan mood, cara berfikir dan sebagainya yang membuatkan seseorang merasa sakit mental. Contohnya seperti sakit hyperthyroidism.

Seseorang mungkin merasa seperti terkena serangan panik kerana denyutan jantung yang sangat laju dan berdebar. Boleh jadi juga orang yang mempunyai gangguan seperti psikologi kerana mempunyai barah otak tanpa disedari.

Barah otak boleh membuatkan seseorang mengalami kemurungan, psikosis atau perubahan personaliti. Keadaan boleh membahayakan seseorang kerana tidak mendapat rawatan sepatutnya.

3- Self-diagnosis juga seperti merendahkan seorang Dr yang mempunyai pengalaman luas supaya dapat membantu seseorang.

Perkara ini tidak bagus jika seseorang ingin memulakan hubungan antara pesakit dan doktor kerana hilangnya kepercayaan terhadap orang yang lebih tahu mengenai masalah seseorang.

Jika doktor bukanlah seseorang yang patut dipercayai jadi fikir semula kenapa selama ini kita berjumpa doktor jika sakit?

Seorang doktor patut menghormati pandangan pesakit jadi untuk perkara ini berlaku pesakit perlu berbincang secara aktif dengan doktor tanpa sorokkan apa-apa.

Jika kurang yakin dengan pendapat doktor mengenai ubat, diagnosis ataupun rawatan doktor boleh berbincang secara aktif. Cara ini lebih baik dari diagnosis diri sendiri.

4- Seseorang merasakan dia tahu keadaan sebenar dirinya sedangkan kadang-kadang seseorang juga perlukan cermin untuk melihat diri sendiri dengan lebih jelas. Doktor adalah cermin bagi orang sakit.

Dengan mendiagnosis sendiri seseorang mungkin akan terlepas pandang sesuatu yang dia sendiri tidak nampak. Contohnya seseorang merasa rasa hidupnya sangat terganggu kerana anxiety dan menganggap dirinya mempunyai “anxiety disorder”.

Anxiety disorder mungkin menutupi penyakit yang lebih besar seperti Major depression. 2/3 daripada pesakit yang ke klinik kerana anxiety didapati mereka juga mempunyai MDD. Orang yang diagnosis sendiri mungkin tidak tahu perincian ini.

5- Bahaya lain self-diagnosis adalah seseorang mungkin merasakan dia mempunyai sakit lebih berat daripada keadaan dirinya yang sebenar.

Contoh jika seseorang mempunyai insomnia, tak dapat tumpukan perhatian dan kemurungan seseorang mungkin merasakan yang dia mempunyai anxiety disorder (ADD), sleep disorder dan MDD sedangkan semua simptom itu berpunca dari MDD sahaja.

Ia boleh membuatkan keadaan seseorang lebih teruk kerana terlalu risau perkara yang tidak wujud atau betul.

6- Self-diagnosis juga bahaya apabila seseorang dalam keadaan penafian mengenai simptom yang dialami.

Seseorang mungkin merasakan dia akan sakit-sakit badan apabila emosi tidak baik tetapi doktor akan menyuruh untuk buat ujian electrocardiography (EKG) bagi orang yang mempunyai sakit dada kerana mungkin seseorang itu mempunyai penyakit urat koronari (sejenis sakit berkaitan jantung).

Secara automatik self diagnosis telah membahayakan diri sendiri.

Akhir sekali, seseorang mungkin tidak sedar bahawa dia mempunyai masalah walaupun perkara tersebut telah mengganggu hidupnya. Contohnya “delusional disorder”.

Seseorang mungkin merasakan ia tidak berdelusi kerana dia rasa dia “tidak gila” sedangkan masalah tersebut wujud.

Ketahuilah bukan mudah untuk seseorang di labelkan mempunyai masalah berkaitan mental. Hatta seorang doktor pakar sekalipun. Prosesnya panjang dan terperinci.

Mula-mula perlu mendapat surat rujukan dari doktor perubatan biasa.

Kedua perlu membuat saringan sekali lagi di klinik psikiatri dengan doktor biasa.

Ketiga doktor biasa akan berbincang dengan pakar atau sekumpulan doktor untuk pengesahan.

Keempat barulah doktor psikiatri akan ambil alih kes seseorang dan cuba melakukan penyiasatan untuk mengetahui jenis sebenarnya sakit yang dialami seseorang.

Psikiatri juga akan membuat rangka rawatan berdasarkan keadaan seseorang ketika itu termasuk ubat-ubatan yang sesuai mengikut tahap sakitnya jika perlu. Ubatan juga akan sentiasa dipantau atau ditukar mengikut kesesuaian pesakit.

Jika tidak perlu ubatan cukup sekadar jumpa psikologi atau kaunselor untuk bantu selesaikan masalah.

Jika keadaan membimbangkam doktor akan cadangkan untuk jalani psikoterapi atau jika terpaksa, perlu masuk wad untuk pemantauan yang lebih dekat.

Jadi, siapakah kita untuk diagnosis diri sendiri hanya dengan Google simptom yang belum tentu wujud. Kalau betul rasa ada yang tak kena pada badan, terus ke hospital untuk diagnosis daripada orang yang betul-betul tahu dan berilmu.

– Syifa’ Ul-hanani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *