Sy bukan lah org susah sgt, since ayah cikgu sekolah menengah dan mak pun ambil upah menjahit (pendapatan mak sebulan xde la banyak, tp mampulah utk bayar Viva Elite dia tiap bulan, n boleh la setakat belanja 2 pasang baju raya utk 1 keluarga tiap tahun sb baju kami selalu xsiap). Adik beradik saya 7 org (saya sulung). Sy je yg dah habis belajar skrg, tgh kerja2 sambilan je sementara tunggu pangilan kerja tetap. Jadi adik2 sy semua masih belajar, 4 daripadanya masih bersekolah dan bawah tanggungan emak dan ayah.
Kami kalau makan (sejak saya kecil walaupun waktu adik beradik tak ramai), emak ayah mmg catu.Kalau masak nugget, bahagi siap2 sebelum hidang. French fries pun sama. Ayam pun akan dimasak cukup2 utk seketul seorg waktu tengah hari, dan seketul lg waktu malam, xkisah lah goreng ke, masak kicap ke, sup ke. Kalau ayam lah. Kalau telur goreng, telur mata sebiji kongsi 2 org. Kalau buat dadar, 2 biji akan dikongsi sekeluarga, dampai skrg kottt. Apa lg kalau yg mahal2 mcm udang sotong dsb. Tp seafood mcm tu sebulan sekali nk ada kat rumah kami pun susah. Sampai sekarang. Maggi pun, masak 3-4 bungkus, makan sekeluarga. KFC hanya bila nk celebrate birthday/as a treat kalau cemerlang dlm exam kat skolah.
Menu makan kami xmcm org lain smpai penuh meja. Hanya akan ada 1 jenis lauk n 1 jenis sayur dlm 1 masa. Eh sy xberitahu lg kan yg kami makan nasi dari beras nasional yg hancur tu?
Walaupun keropok Twisties yg RM2 tu emak dan ayah akan bahagikan SAMA BANYAK utk setiap org dalam bekas masing2. Even ayam Uncle Bob tu pun, sebungkus akan dibahagi sama byk utk 3 org. Haaa lg 1, kitorg kalau jalan2 ke mana2, jrg makan kat luar. Selalunya akan bawak bekal siap2 makan kat padang/taman/rnr etc. Kalau beli pun, buah RM2 share 2 org sebungkus.
Kenderaan pulak. Emak dan ayah sy ada kereta masing2, (Viva n Exora). Tapi kalau balik kampung yg lebih dari 3-4 marhalah tu, ayah sy xbg bawak dua2 kereta, maka berhimpit lah kami dlm Exora seramai 9 org berjam2, cramp di sebalik timbunan beg dan barang. Oh, lupa nak beri tahu, saiz badan sy skrg paling kecil dlm keluarga (walaupun bukan yg terkecil dlm kalangan rakan2). Bilik tidur? Sy kongsi dgn 3 lg adik perempuan sy dlm bilik yg muat2 utk 1 katil double.
Berjalan jauh? Xpernah sekali pun selain dari balik kampung yg perjalannya mmg makan masa setengah hari tu. Ayah kata, nanti dah kerja, ada duit sendiri, pergi la mana nak pergi pun. Org lain cuti sekolah pergi melancong sana sini, aku yg ayah kerja cikgu (org kata cuti byk), tp weekend ayah kat skolah buat extra class utk student dia. Cuti pertengahan tahun pun. Cuti sekolah hujung tahun ayah bz meeting sb dia ahli LPM. So mmg xde nak berjalan senang2 mcm org senang yg lain.
Lg 1, hiburan kami pun mak ayah tapis. Tv cuma ada TV 1 2 n 3, tu pun ‘bersemut’. Tgk tv 3 jam sehari kalau weeked. Tu pun siang. Dan selepas masing2 dh siapkam homework dan buat latihan. Lebih dari tu, mak ayah aku putuskan wayar tv. Org lain senang2 dpt henfon masa skolah, sy n adik sy yg dh habis skolah semua dpt fon lepas dh dpt tawaran further study. Tu pun fon biasa. Ahh lupa bg tahu, mak ayah sy paksa kami kerja lepas SPM, kerja kedai makan pun xpe asalkan kerja. Padahal boleh je kitorg nak duduk rumah je. Mak ayah mampu kot.
Ha lg 1, last2. Baru ni ada org post ttg mak dia xmampu bg bunga bouquet masa dia konvo. Sy mak ayah sy yg mampu beli ni pun xde bg apape pun selain peluk n cium diorg lepas kelar dewan lepas dpt scroll. Dan diorg bg air mata diorg je kat sy.
Kalau ikutkan, mmg kitorg byk merungut. Sb kitorg mampu hidup senang daripada ni, tp ayah n mak xnak biasakan. Tapi sekurang2nya, mak ayah sy xajar utk gelojoh menghadap makanan tambah2 dpn tetamu. Belajar tahan nafsu. Belajar berkongsi walaupun sedikit. Takde nak fikir selesa tanpa fikir org lain. Appreciate semua bnda yg kitorg dpt, sb susah nak dpt. Dan kami xde masalah nak merungut pasal makanan dewan makan asrama masa sekolah dulu. Xkisah kalau kena berkongsi semua benda dgn kawan2 kat hostel. Kat rumah sewa pun kena berjimat cermat. Jalan jauh tgh2 panas or bersempit dlm bas pun jd hal kecil je.
Ni cuma view sy sbg seorg anak sulung dari keluarga yg besar. Dan mcm
mana hidup susah tu buat sy rasa sy senang utk adapt dgn persekitaran sy tanpa byk soal.
– Kaklong kpd 6 adik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit