Diam Itu Lebih Baik

Assalamualaikum, thanks admin siarkan confession ni. Aku nak tegur segelintir rakyat Malaysia yang sangat mempunyai banyak masa lapang jadi penganalisis dengan komen tak berhati perut. Dan aku harap takde yang main isu kaum, isu gender, mahupun isu kereta dalam thread ni.

Baru-baru ni berlaku tragedi bayi 3 bulan maut akibat tercampak dalam kemalangan antara Persona dan Axia. Silap aku pergi baca komen, hancur dan luluh hati sendiri. Segelintir mereka memerah asam limau pada luka femili bayi tersebut. Axia kemek kualiti tin milo, takde safety isofix blablabla, parents tak install carseat baby (tercampak keluar) elok2, dah tahu femili ramai kenapa tak spend on kereta besar/more safety or carseat baby yang more safety, axia tak patut drive kat hiway hanya layak buat pergi balik kerja je, apasal femili tersebut tak naik pengangkutan awam. Aku nak tanya, mendiang Paul Walker mati sebab pakai axia ke? Keluarga yang maut kat hiway DUKE sebab myvi berlumba, dorang pakai axia ke?? Dalam rakaman dashcam, terang-terang nampak pemandu Persona bersalah, point terpenting memandu secara cuai korang tak tulis, duk salahkan femili mangsa pulak!!

Ada sorang single mom siap komen i handle 2 kids, paksa anak duduk dalam carseat even yang kecik tu jerit macam kena rasuk (yes she said that!). Nak layan/susukan anak ke, i berenti tepi jalan. To that mom, komen kau tu pedih ibarat menyelar ibu-ibu lain yang melahirkan anak secara pembedahan, takpun ibu-ibu yang tak mampu breastfeed (bagi susu formula kat anak). Apa yang aku nak cakap kat sini adalah, sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar ibu, kau sedang menghancurkan perasaan seorang ibu yang baru kehilangan bayinya, yang duk persoal cara dia handle baby dan tunjuk kau perfect sangat tu apahal?? Eh aku tak faham betul lah, kita perempuan sama perempuan, tapi duk jatuhkan spesis sendiri. Ok, mungkin kau berniat baik komen untuk prevention, tapi tak kena masa nak komen macam ni, benda dah jadi, ibu tu mesti tengah bersedih. Kita tak tahu apa yang berlaku dalam kereta tu. Bersyukurlah, bukan kau yang berada dalam axia tu.

Dan ada sekor troll yang komen “aku main henpon masa memandu tak pernah kemalangan pun” (base on assumption persona cuai tu melelong dan terbabas). Aku ada tengok satu video omputeh, pasal awareness texting while driving. Dorang kumpulkan orang-orang yang pernah text n drive ni, sambil mengaku sambil tersengih-sengih, maybe sebab rasa pro kot sebab tak pernah accident. Lepas tu ada sorang remaja yang mukanya penuh parut masuk scene, berubah terus air muka dorang. Dia cerita pemandu yang text n drive lah yang menyebabkan dia terlantar di icu,serta meragut nyawa parentsnya. To that troll, bayangkan esok-esok kalau nasib kurang baik, walaupun kau tak langgar orang tapi dilanggar oleh orang lain yang text n drive, takpe la kot ye, sebab kau pun sama spesis macam tu jugak.

To persona driver, kau dah buat 2 kesalahan besar, pertama memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian, kedua kau buat report polis katanya kereta kau dihimpit walhal sebaliknya. Aku harap femili tersebut dapat keadilan. Ye lah, ada satu kes tu even kau drive lawan arus then menyebabkan seorang suami dan juga bakal bapa terbunuh, kau ada kad oku, eh tiba-tiba pulak bebas tuduhan dadah yang asalnya laporan cakap positif. Beringatlah, kalau takde bukti rakaman pun, cctv Allah ada. Tanggunglah kau dosa cuai membunuh tu sampai di sana.

Kepada femili bayi, tabahkan hati, kuatkan semangat, terutamanya si ibu, kalau rasa-rasa ada simptom postpartum depression, cepat-cepat jumpa kaunselor/pakar yang bertauliah. Sesungguhnya bayi itu sedang menantimu di syurga. Buat masa sekarang kalau boleh jangan buka media sosial, nanti terjumpa komen-komen bijak pandai ni.

To rakyat Malaysia, aku nak korang berpegang pada pesanan ni. Sebelum komen, letakkan diri korang dalam situasi mangsa (kes yang bukan mangsa sendiri cari penyakit). Kalau takde benda baik yang nak dikomen, baik kau diam.

– Silent Reader

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit