Diam Si Isteri

Assalamualaikum. Aku ada nak share kisah rumah tangga yang jarang dengar kedua-dua mentua baik sangat dengan menantu tetapi hubungan tetap bergoyang.

Selalu yang didengar masalah akibat mentua, mak ayah yang selalu masuk campur, tapi kisah aku ni lain, mentua kedua-dua belah anggap menantu lebih pada anak sendiri

Aku seorang suami, usia perkahwinan baru menjengah 6 tahun dan alhamdulillah dukurniakan dengan 3 zuriat yang sangat baik. Isteri pula berumur 2 tahun lebih dari aku.

Pada awal perkahwinan, alhamdulillah semuanya baik, kenal tak lama lebih kurang 2 bulan sebab kawan 1 uni dan terus nikah dan dikurniakan puteri sulong dalam tahun yang sama.

Mentua pula sangat baik dan seluruh keluarga sayangkan isteri aku, kami tinggal jauh di borneo kerana bertugas disana, setiap kali pulang kampung halaman mesti ada hadiah diberi kepada isteri dan anak2.

Sama juga dengan aku, mak ayah isteri aku sangat baik dan selalu layan sampai aku segan dengan anak2 dan biras yang lain.

Kisah kucar-kacir bermula lepas anak kedua dilahirkan di bumi kenyalang, akibat tidak dapat pulang ke kampung isteri seperti bersalin anak pertama, aku menjaga isteri selepas berpantang sendiri dengan dibantu kakak aku yang datang sekejap untuk tolong jaga anak sulong.

Lepas saja bersalin, emosi isteri jadi kurang stabil, dia cakap aku tidak lagi ambil berat dengan dia.

Aku faham dengan perasaan selepas bersalin yang perlukan perhatian, tapi dengan kerja yang pulang sampai jam 5 dan untuk menguruskan anak pertama dan masak untuk isteri serta mengemas rumah lagi, aku tidak sempat nak betul2 jaga dia dengan penuh perhatian.

Pernah seingat aku dari mula2 kahwin sampai 6 tahun ni, sudah 4 kali dia mohon cerai dengan aku bila setiap kali bergaduh.

Tapi gaduh dalam diam, tiba-tiba masuk mesej dan dia tak bercakap pon depan-depan. Isteri aku jenis pendiam dan tidak suka berkongsi cerita. Kalau di ajak berbincang dia hanya akan cakap tak ada apa2 dan diam bila ditanya.

Selepas kali ke-4 diminta cerai aku pon rasa down sangat, sampai aku berserah dan cakap kalau la itu kemahuan dia, boleh aku turutkan tapi tunggu sampai balik kampung, aku hantar dia balik ke keluarga dia.

Bila dengar begitu, terus dia mohon maaf dengan aku dan tak pernah cakap lagi tentang tu. Tapi masalahnya sampai sekarang bila ada yang tidak kena mesti dia akan diam dan bercakap langsung.

Tapi kalau depan anak2 dan keluarga masing2 pandai sembunyikan macam kami tiada apa berlaku, bila kami berdua sendiri sampai seminggu tak bercakap walaupon duduk bersebelahan.

Aku masih lagi mencari salah silap aku dimana, sebabnya kerja rumah seperti mengemas dan menyapu, basuh, jemur lipat dan menggantung kain semua aku yang buat termasuk baju sendiri anak2 dan dia.

Ni bukan cerita nak up diri, tapi dia yang mengaku aku yang buat semuanya dari mula2 kahwin. Dia cuma perlu iron baju kerja dan masak kadang2. Aku pula akan tanya, nak masak tak harini, kalau tak nak memang aku akan beli sahaja dan dia tak perlu masak.

6 tahun perkahwinan, tak sampai 10 kali dia buat kerja rumah walaupon baju dia sudah dilipat, sengaja aku tinggal disitu untuk simpan dalam almari tapi tetap tak bergerak walaupon dah 2 minggu.

Dia lebih banyak jaga anak dari aku sebab tu aku tak kisah sangat tentang kerja rumah. Tapi aku juga sama2 jaga anak dan uruskan anak seperti mandi dan suap makan serta ajar anak.

Aku tak berkira untuk anak dan isteri, apa saja yang mereka nak makan aku akan penuhi. Gaji tidaklah besar sangat dengan setahun 3 kali pulang dari borneo, duit banyak habis untuk tiket flight sampaikan sejujurnya aku dah kerja 8 tahun tapi tiada simpanan.

Tapi alhamdulillah semua cukup setiap bulan cuma aku ni suka berbelanja untuk anak dan isteri kalau ada lebihan wang sebab tu takda simpanan dan untuk aku tak kisah pon untuk aku tak ada apa.

Cuma yang aku terkilan, sampai sekarang tak dapat nak belikan barang kemas untuk isteri walaupon dia tak pernah minta. Cuma mak cik aku ada bagi seutas gelang tangan dia untuk isteri aku sebagai hadiah.

Baiknya keluarga aku sampaikan aku anak saudara sendiri tak pernah dibagi apa2 tapi isteri dibagi pakaian dan banyak lagi barang lain tapi aku tak kisah asal dia bahagia.

Bab hubungan pula agak dingin, kadang2 sebulan hanya sekali atau 2 kali sahaja itupon selepas berkali kali dipujuk dan kadang2 tiada langsung pon pernah.

Tapi lain pula sekarang, sebab isteri nak hamil anak ke-4, bersungguh sungguh dia minta sampaikan aku rasa aku ni hanya diperlukan bila nak zuriat.

Bila sudah mengandung dia banyak memberi alasan bila nak berhubungan. Lepas bersalin dia akan berpantang 150 hari, aku tak kisah pon sebab untuk kesihatan dia juga tapi lepas pantang pon dia endah tak endah ja dengan aku.

Dah hampir 2 bulan aku duduk dirumah mentua musim PKP ni sebab tak dapat balik ke borneo. Dan isteri aku kembali dengan perangai diam dia bila ada yang tak kena.

Masalahnya aku pon tak tahu salah apa yang aku buat sampai 2 minggu kami tak bercakap sedangkan aku sudah buat kerja rumah walaupon dirumah mentua.

Cuci, lipat pakaian, urus anak dan aku dah turuti semua kehendak apa yang dipesan, semuanya aku beli walaupon terpaksa meredah di musim PKP ni.

Sejujurnya bila jadi begini terus akan datang 1 perasaan tawar hati dengan isteri. Aku hanya bertahan untuk anak2 saja sebab bila jadi begini dan anak2 buat perangai.

Dia akan marahkan anak2 sebab emosi tak stabil sebab berdiam diri dan tidak mahu berbincang apatah lagi bercakap, hanya memendam perasaan.

Aku terima ujian ini dengan redha. kedua-dua keluarga sangat baik, aku tak sanggup nak lukakan hati kedua mentua dan mak ayah aku andai jalan perpisahan adalah yang terakhir.

Setiap kali aku terdetik di hati, aku cuba bayangkan wajah keempat orang tua yang akan sedih dan terbayang anak2 aku. Aku juga tak sanggup nak biarkan kedua2 anak kami membesar tanpa cukup kasih sayang ayah dan ibu.

Doakan aku kuat agar menjadi seorang suami yang penyabar dan soleh.

– Haffiz Islamuddin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *