Diam Tapi Tak Diam

Salam pembaca semua. Tujuan aku tulis confession ni untuk meminta pandangan dan pendapat mengenai anak sekiranya ada yang melalui situasi yang sama seperti aku.

Sedikit intro, aku seorang surirumah dan ada seorang anak perempuan, nama Zara berumur 2 tahun. Zara ni dalam hidup harian dia cuma ada aku dan ayahnya.

Kami hidup merantau jauh dari keluarga aku dan juga mertua. Kalau jumpa pon sebulan atau dua bulan sekali dengan keluarga. Anak aku hidup harian dia cuma kenal aku dengan laki aku.

Sebelum ni ada jiran yang dia selesa tapi jiran jiran pakat pindah belaka. Sekarang ni yang ada pon jiran jiran baru yang tak rapat pon. Diorang dah pindah 2-3 bulan dah.

So ni lah antara situasi2 yang buatkan aku tertanya2 anak aku ni ada masalah ke sebab dia diam tapi sebenarnya tak diam pon..

Situasi 1:

Aku pernah bawak dia main playground area rumah, so situ ada la budak yang besar sikit and ada jugak kekadang yang sebaya dengan dia. Diorang ada tegur anak aku tapi anak aku buat tak tahu. Lepas tu dia tengok je diorang main.

Itu kalau budak2 tegur dia tengok tengok je. Cuba aunty atau uncle yang tegur dia buat muka weh kerut2 dahi macam nak marah tu.. haha, bertuah punya anak.

Masalahnya bukan jarang2 dia jadi macam ni. Selalu! Kalau ada orang dekat playground dia taknak main. Dia suka perhati je orang berdiri terpacak tepi slide dan dia tak mahu bercakap langsung.

Situasi 2:

Family suami aku agak besar.. Dia ada 7 beradik memang meriah la kalau balik rumah dia nak banding balik rumah aku yang cuma ada 4 beradik. So anak aku ni kalau balik belah family aku dia bising and tak malu langsung.

Tapi bila balik belah suami aku automatik dia senyap tak bercakap. Kekadang aku perasan dia buat muka bila orang tegur2 dia. Dia tak menangis bila orang tak kenal dukung dia. Dia totally sangat okay cuma dia tak mahu bercakap langsung. Pening la mama tengok awak Zara sobsob.

Normally macam cousins dia akan nangis bila aku dukung sebab tak kenal jarang jumpa. Dia kena usik kena kacau pon relax je. Tak nangis langsung tapi dia akan diam! Sediam diamnya.

Situasi 3:

Bila pergi klinik misi akan check okay ke tak ada saringan mchat tu.. Anak aku memang pergi klinik lagi la beliau takkan bercakap, hahahaha padahal dalam kereta dia cakap “zara eat food” “hi nurse” kira macam practice la nak cakap dengan misi. Memang rancak sangat dalam kereta.

Aku dah pesan kalau jumpa misi kena tegur kena sembang. Tapi bila masuk auto diam dan buat muka kekwat ye. Nasib la comel anak oii.. hahaha.

Misi pon cakap anak aku ni pemalu orangnya so saringan mchat semua dia lepas. Lagi pon misi banyak bertanya aku je. Aku jawab jujur la memang anak aku ni normal je kalau saringan mchat tu.

Situasi 4:

Aku ngan suami aku pegi makan dekat satu tempat ni and dekat situ ada play space for kids. As usual Zara memang suka la nak main toys apa semua tu.

So kitorang tinggal dia kat situ and perhati dia dari jauh tapi tak lah jauh sangat kitorang ambik meja paling dekat dengan play space tu.

Aku tengok dia nak berkawan tapi semua orang macam hyper semacam. Hahah dia pegang bahu diorang tapi tak bercakap. Body language tu memang nak berkawan tapi tak pandai nak bertegur sapa. Aku simpati tengok dia.

Lepas tu dia macam teragak2 nak pegi dekat orang yang ada kat situ. And kids tu semua macam tak layan pon dia. Kesian tengok, huhu. Lepas tu dia cari2 aku.

Bila nampak aku dia senyum2 and macam pura2 happy dia ada kawan. Little did she know mama perhati je awak sayang. Aku ajak duduk makan pon dia lari2 haha dia nak duduk dengan kids dekat situ.

Anak aku ni dah pandai bercakap dan kat rumah sangat la banyak cakap. Tapi kalau dia jumpa orang tak kenal @ jarang jumpa memang dia takkan keluar suara pon. Dia buat muka selamber je.

Kekadang aku sedih bila orang kata anak aku tak pandai bercakap la anak aku sombong la. Anak aku ni okay je bila dia dah kenal macam sepupu2 dia, dia boleh berkawan. Tapi some random kids kat playground tu memang tak lah dia nak bercakap.

Baru2 ni aku ada la google kenapa anak tak nangis tapi diam bila jumpa stranger. So ada la terkeluar pasal selective mutism atau bahasa melayunya diam terpilih. Maksudnya anak aku ni pilih2 dengan siapa dia nak bercakap dan bergaul.

To me simptom2 tu memang sama sangat. Tapi tak tahu la patut ke aku buat judgement gitu dia baru masuk 2 tahun. Mungkin take time kan nak socialize dengan orang.

So aku perlu pendapat korang dalam ni. Korang rasa normal ke tak anak behave macam ni?

To me social skill dia tak berapa okay. Aku bukan in denial phase cuma aku kurang tahu. Mungkin kalau aku dapat pendapat bahawa anak aku ini tak normal aku boleh ke next step bawak dia jumpa pakar ke daftar dia ke playschool ke.

Aku pon nak perbaiki apa yang boleh diperbaiki sebelum terlambat. Lagi pon ni my first child aku memang takde pengalaman.

So aunties and uncles yang ada pendapat boleh la share okay.

Thank you in advance everyone <3 

– Mama Zara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *