Assalamualaikum semua. Aku merupakan pegawai pegawai kerajaan bahagian professional. Aku rasa semua maklum berapa sangat lah gaji kakitangan kerajaan gred 41.
Isteri pula, bekerja di syarikat oil and gas sebagai chief engineer. Tak perlu aku maklumkan disini berapa gaji isteri aku, cukup la aku katakan berganda-ganda lebih dari gaji aku. Waktu dulu kami sama-sama susah.
Kami bermula dari bawah, tetapi rezeki isteri aku agak mencurah-curah selepas kahwin, berbeza dengan aku masih di gred yang sama. Mungkin asbab dosa yang aku lakukan pada dia.
Aku tak nafikan, apabila isteri bergaji besar, hidup agak selesa, rumah besar, barang-barang bejenama, berkereta continental, makan pun mewah.
Ya, aku tak mampu untuk semua itu, memang isteri aku yang banyak membayar kesemuanya. Tetapi itulah orang kata, kebanyakan lelaki akan tetap mencari keseronokan lain biarpun isteri dah sempurna.
Cuma nasib aku baik, Allah tutup dosa aku dari pengetahuan isteri sampai sekarang. Cuma itula, Allah balas dengan cara lain, rumah tangga adik perempuan aku yang huru hara hingga menyebabkan penceraian.
Suami adik aku mempunyai perempuan lain. Aku ibarat tertampar apabila adik perempuan aku berani meminta cerai dengan suaminya.
Betullah kata orang, perempuan sekarang tidak heran/ takut pada penceraian. Walhal adik aku hanya kerani di jabatan kerajaan dan suaminya pula seorang chief akauntan di sebuah bank.
Waktu kerja isteri aku tidak la sesibuk mana, cuma terdapat waktu-waktu tertentu dia terpaksa pulang lewat.
Isteri aku perfect dari segi banyak segi. Dia cantik, putih, bibir merah tanpa lipstik, tak gemuk dan tak pendek, pembersih, pengemas dan pandai urus anak-anak. Alhamdullilah Allah kurniakan dua orang anak.
Cuma satu saja yang aku perasan, dia memang jarang ketawa, paling kuat pun hanya senyum lebar nampak giginya yang putih. Amat jarang untuk lihat dia ketawa.
Isteri aku dulu tak lah pendiam mana, kalau bergayut di telefon minimum 30 minit. Tapi selepas kawin memang jadi pendiam. Pelik aku.
Kalau orang lain merungut isteri membebel, rumah bising, tetapi bukan isteri aku. Rumah aku akan bising dengan suara tv, suara anak-anak. Mungkin ini yang membuatkan aku agak kebosanan.
Komunikasi kami sangat lah formal setiap hari, dialog yang sama setiap hari. Waktu pagi, dialog utama kami ‘hati-hati pergi kerja, jangan nakal2, jaga diri, dh sampai call’.
Bila dah sampai office, ‘dah sampai office, jangan lupa breakfast’. Waktu lunch ‘tangkap gambar makanan, jemput makan, jangan lupa baca bismillah, makan dengan siapa?’, waktu balik kerja, ‘otw balik rumah, hati drive, nak order makan apa hari ni’.
Dah sampai rumah ‘jom makan (makanan biasa aku beli), naktengok cite apa, nak solat jap, nak madi jap. Bila aku tanya isteri, ok kerja hari ni, ‘biasa je, ok saja mcm biasa’.
Dia pula tak pernah tanya kerja aku, dia memang selalu diam. Cakap pendek-pendek, kalau buat karangan aku rasa tak sampai satu muka surat. Boleh dikira berapa patah perkataan sahaja dia keluarkan dalam satu hari.
Aku jadi pelik macam mana dia boleh berjaya dalam kerjaya. Mungkin asbab dia pemurah dengan suami dan anak-anak, keluarga sendiri dan keluarga mertua, Allah murahkn rezeki dia.
Aku pernah tegur dia kenapa diam saja tak cakap apa-apa?, aku pulak di soalnya balik, nak cakap apa, takde benda nak cerita pun. Aduh… blank aku.
Masalah ini lah yang membuatkan aku terjebak dengan perempuan lain hampir setahun, tetapi aku dah bertaubat dengan kejadian yang menimpa adik aku.
Memang aku buang terus no telefon yang aku pakai untuk perempuan tu. Tak sanggup aku kehilangan isteri dengan anak-anak aku.
Jangan cakap aku sayang dia kerana duit dia, tidak sama sekali, aku berkahwin dengan dia semasa dia biasa-biasa sahaja. Level kami sama.
Cuma aku tak pasti bagaimana nak ubah isteri aku supaya menjadi seperti isteri orang lain yang kuat berleter. Dia sangat perfect dari segala segi, cuma masalah dia adalah terlalu senyap.
Jangan usulkan aku untuk bawa dia pergi bercuti dan buat surprise, aku tak pernah miss buat surprise untuk aniversary dan birthday dia.
Bercuti setahun sekali adalah minimum, tapi biasanya memang isteri aku la yang usulkan tempat untuk bercuti, tapi tu la, selepas bercuti kembali diam seperti biasa.
Tolonglah aku bagi cadangan yang bernas. Aku takut aku lakukan kesilapan yang sama.
Sekian…
– Wan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit