Assalamualaikum semua. Pertama sekali terima kasih admin jika approve confession ni walaupun sebenarnya confession ni macam lebih sesuai untuk diluah di page KRT. Tapi aku terdesak untuk dapatkan pendapat professional tentang masalah gangguan orang ketiga dalam perkahwinan kakak aku.
Sepanjang aku jadi pembaca setia di page IIUMC, kebanyakkan komen di setiap confession lebih berhemah dan banyak input berguna. Jadi aku harap sangat korang boleh tolong bagi cadangan dan pendapat dengan situasi kakak aku.
Aku ada sorang kakak, aku panggil kaklang. Kaklang dah kawin hampir 15 tahun dengan abang din. Dua-dua orang kerja bagus. Kaklang engineer di syarikat GLC dan abang din pembantu perubatan (MA) di hospital kerajaan. Hidup kaklang dan abang din Allah mudahkan dengan kelebihan belajar bijak, muka lawa, kerja bagus dan hidup stabil. Satu je rezeki kaklang dan abang din yang tak sampai lagi, rezeki anak. Kaklang dah pernah mengandung beberapa kali, tapi setiap pregnancy bermasalah, kandungan luar rahim, baby meninggal dalam kandungan, dan last pregnancy gugur sebab terjatuh :(
Okey, masalahnya bermula pada bulan empat tahun ni bila kaklang dapat tau abang din ada affair dengan nurse kat hospital dia kerja. Kaklang tak tahu exactly bila abang din start ada affair tapi cerita skandal abang din bocor bulan empat tahun ni.
Setakat pengakuan abang din pada kaklang, memang terang tang-tang abang din yang gatal mengorat nurse tu. Tapi sebelah tangan bertepuk tak berbunyi, sebab ada yang sambutlah riuh berbunyi. Nurse tu tahu abang din dah kawin tapi tetap sudi nak berkasih dengan suami orang. So dua-dua salah. Tapi sekarang yg tengah derita bersulam air mata, kakak aku je sorang-sorang. Dua orang lagi manusia tu tengah kemaruk dok bercintan-cintun bagai dunia ni ana yang punya. Eii sakit hati sangat. Rasa nak lempang dua-dua ekor tu jadi beruk.
Long short story, lepas gi kaunseling pejabat agama, campur tangan dan nasihat daripada keluarga aku dan keluarga abg din, still tak ada perubahan positive. Makin negative jadinya.
Both family minta abg din putuskan hubungan dengan nurse tu sebab selama perkahwinan diorang, kaklang dah penuhi semua tanggungjawab sebagai isteri. Abang din je yang buta hati tak reti nak hargai isteri. Semua marah abg din layan kaklang macam ni.
Kaklang nak pertahankan marriage diorang tapi abang din nekad nak ceraikan kak lang sebab nak kawin dengan nurse tu. Syarat yang si nurse letak kalau abg din nak kawin dia, dia tak nak bermadu. So abang din kena pilih samada nak kaklang atau dia. Memang syaiton nirrajim sangat pompuan ni. Kau dah ambik laki orang, last-last kau play victim taknak bermadu.
Jadi sekarang ni perkahwinan kakak aku dah nak sampai ke penghujungnya. Aku tak tahu bila abang din akan failkan penceraian tapi sementara masa yang berbaki ni, minta siapa yg ada pengalaman tolong bagi advise apa yg kitaorang boleh buat untuk selamatkan marriage kakak aku. Ada juga cadangan untuk dakwa nurse tu atas tuduhan mengganggu rumah tangga kaklang, tapi masalah nya benda ni berlaku sebab abang din yang mulakan dulu. Dia yang gatal mengayat si nurse dan eh eh bersambut pulak ye. Jadi tak boleh nak proceed charge tu sebab dua-dua gatal.
Tapi kalau korang rasa marriage ni tak worth untuk dipertahankan disebabkan oleh perangai setan abang din, minta tolong kongsi prosedur/ atau tuntutan yg boleh dibuat oleh kakak aku lepas cerai.
Sebab selama diorang kawin, kaklang tak pernah ambik sesen pun duit nafkah. Kereta, rumah, barang dapur dan semua keperluan rumah, kaklang bayar guna duit sendiri since gaji dia lagi besar daripada abg din. Abg din cuma bayar duit kete dia sendiri, installment rumah kedua yg diorang buat sewa (rumah kedua sewakan murah2 je jadi tak lepas nak cover installment bank jadi abg din top up) bagi duit kat family dia dan duit minyak kete dia. Lain2 semua kakak aku tanggung. Jadi nak tanya korang, kakak aku boleh tuntut tak semua perbelanjaan yg dia tanggung dulu? Boleh tak dia nak tuntut nafkah yg abg din tak pernah bagi sepanjang 15 tahun diorang kawin? Siapa yang arif pasal ni tolong bagi pencerahan ye..
Alang-alang abg din nak cerai sangat kan, aku nak suruh kakak aku tuntut semua hak dia sebagai isteri. Biar abg din tahu apa itu tanggungjawab kepada isteri. Bukan sekadar kau suka, kau kawin. Dah bosan, ceraikan isteri cari baru. Ewah ewah banyak cantik muka..
Jadi, tolong bantu aku bagi cadangan atau kongsikan prosedur tuntutan macam mana.. kalau korang kenal boleh suggest mana-mana lawyer syar’ei yg bagus untuk ambik case kakak aku. Terima kasih sangat-sangat atas cadangan dan pendapat.
– Anna
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit