Assalamualaikum admin dan warga IIUM, terima kasih banyak kalau siarkan confession saya ni sebab saya nak orang ramai terutamanya yang bergelar student tahu, sedar dan berubah mengenai hal ni. Tak kisahlah student kat mana sekali pun.
~
Nama aku Ros. Aku tak pandai nak berkarang tapi aku cuba juga sebab aku nak luah apa yang aku rasa selama ni dan aku pasti ramai lagi yang punya perasaan yang sama. Aku pelajar ijazah salah sebuah IPTA di Malaysia. Aku sejenis yang gemar memerhati karenah manusia-manusia sekeliling aku. Sejak sekolah lagi, aku sedar ada sejenis perangai manusia yang kononnya dia nak tunjukkan diri dia tu sejenis yang merendah diri. Ya, kita memang patut ada sifat merendah diri ni. Tapi perlulah dengan cara yang betul. Bukan dengan cara yang macam ni.
Aku cerita situasi aku lah senang korang faham. Sejak diploma lagi aku selalu mengalami situasi yang macam ni. Bila hari result exam semester dah keluar, akan ada lah insan yang akan tanya “Ros kau dapat berapa? kau mesti perform exam kali ni. Mesti dekan” ,
“Ros, result kau mesti gempak”, “Budak dekan” dan seangkatan dengannya. Kemudian orang yang sama jugak mengaku diri dia, “Aku tau, aku paling tak cerdik kat sini, result aku paling rendah” , “Aku study main-main, tak macam korang study hard” , “Aku tak pandai macam korang”, “Result aku biasa-biasa saja” dan banyak lagi laa. Disini bukanlah aku nak mengaku diri aku ni pandai sebab cara aku cerita seperti aku di-aim bila masuknya hal result exam. Tak. Maksud aku, setiap orang mesti akan ada rasa nak tahu result kawan-kawan dan bila tibanya situasi nak tanya tu. Cara sesetengah orang memang akan serupa macam yang aku ceritakan. Bila cakap pasal result, aku sedih sebab aku rasa aku ni biasa saja, kalau rezeki baik, usaha lebih, dekanlah. Kalau aku main-main, usaha tak bersungguh maka result pun setakat usaha tu sajalah. Sama saja macam orang lain kecuali yang memang gifted. Yang tu tak payah cakaplah. Lagipun masa diploma, bukanlah setiap sem aku punya result dekan pun. Ada jugak turun naiknya. Macam orang biasa. Tapi aku tak faham kenapa orang selalu letak high expectation sangat terhadap aku. Mungkin nak menguji psikologi aku? Aku sebenarnya sangat tak selesa hidup dalam situasi macam ni.
Sama lah situasi masa aku degree sekarang ni. Bila exam result keluar. Maka kat group whatsapp pun berpusu-pusu lah orang tanya result lepastu disusuli dengan “Ros mesti perform exam kali ni ” , “Ros mesti tidur lena malam ni menikmati dean-list-nya” , “Ros mesti dekan” , “Ros mesti result cun, lawa, gempak bagai ” dan lain lain kata- kata yang sememangnya sangat mengguris hati aku. Dan kemudian, orang yang sama mengaku diri dia tak pandai lah, tak cerdik lah, study main-main lah. Dan bila aku tanya result beliau yang kononnya mengaku diri tak pandai, tak cerdik tu.. result dekan rupanya. Dahtu, apa motif dia nak mengaku diri tak pandai tak cerdik. Aku yang tak dekan ni apa pulak? Double triple tak cerdik tak pandai? Kalau diam kan lebih bagus. Takda sapa-sapa nak berkecil hati. Sama sahaja situasi semasa diploma & degree. Yaa mengguris hati sangat. Ianya umpama kata-kata sindiran yang menusuk hati kecilku ini. Aku tahu ramai yang rasa seperti ini sebab kita sememangnya tahu kemampuan diri kita dan bila mana orang melontarkan kata-kata yang umpama harapan yang tinggi ke atas diri kita, kita rasa itu terlalu berat. Dan bila kita tak dapat nak mencapai perkara tu, hanya Allah saja yang tahu betapa peritnya rasa tu. Sedih. Kecewa dengan diri sendiri semestinya. Kita kadang-kadang dibelenggu dengan high expectation orang terhadap kita.
Sebenarnya apa yang aku nak sampaikan ni, korang tak payahlah nak mengaku diri tak pandai tak cerdik sebab kata-kata tu doa. Bersyukur saja lah dengan apa yang dah dapat. Rezeki dekan Allah nak bagi, terima. Tak usah nak mengaku diri tak pandai macam tu sebab ada hati yang terguris disebalik “kata-kata merendah diri” yang kalian lontarkan sedangkan korang punya result dah cukup elok berbanding mereka yang takda rezeki merasa nikmatnya result dekan. Aku sedih bila ada lagi insan yang tak boleh nak fikir hati dan perasaan orang. Semua orang nakkan result yang elok tapi rezeki masing-masing tak sama. Hanya Dia yang tahu. Doakan aku dan kita semua dapat capai aim masing-masing dalam study, hal didunia dan diakhirat! InsyaAllah, Amin. Terima kasih sebab sudi baca luahan hati aku ni
– Ros
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit