Saya wanita berumur 32 tahun. Start tahun 2023 saya buat business dari rumah iaitu printing business.
Sebelum buat printing business ni, saya merantau untuk bekerja sebab kelayakan dan kelulusan yang saya ada susah untuk dapat pekerjaan di tempat saya tinggal sekarang.
Sebelum itu saya pernah ditawarkan pekerjaan di bank tapi terpaksa menolak sebab jauh dan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan pada waktu itu.
Last saya kerja pun admin dan HR executive di sebuah syarikat Audit di KL dan sebab kesihatan saya semakin terjejas, saya terpaksa balik di Sabah.
Terus terang saya cakap, di Sabah susah mahu dapatkan pekerjaan setimpal dengan kelayakan dan pengalaman yang saya ada. Saya sampai terpaksa keluar dari Sabah semata-mata mencari pengalaman tapi tiada hasil.
Disebabkan saya sakit, saya buat business sendiri sampailah sekarang. Mahu kata business maju belum sampai tahap itu tapi ada sudah pelanggan tetap untuk printing.
Hari ini, orang tua saya sendiri cakap saya ni tiada kerja masih menganggur padahal saya buat selama berapa lama ini bukankah bekerja? Kecil hati saya dengar.
Saya tak mahu marah-marah macam sebelum ini, saya buat saja tapi kali ini saya terus apply kerja di KL.
Dorang juga yang tak mahu saya kerja jauh-jauh dan malangnya tiada satu pun syarikat di Sabah ni mahukan saya.
Jadi saya malas mahu bertekak dengan orang yang hanya anggap bila kita kerja dengan syarikat dianggap berjaya.
Saya sudah penah diherdik dan dicemuh sepanjang saya buat printing business di rumah dan berkali-kali dibagitahu saya ni menganggur tiada pendapatan.
Kalau beginilah, saya lebih rela berhenti business ini dan terus berpindah cari pekerjaan lain.
Saya sakit pun sebab dorang juga suruh balik cari kerja di Sabah.
Di Sabah saya tiada dapat offer dan semua offer saya dapat di Semenanjung. Saya kena anxiety dan depression sepanjang mencari pekerjaan yang dekat dalam Sabah. Semua tak dapat.
Bila saya memutuskan berpindah di KL untuk mencari pekerjaan, tiada yang support keputusan saya dan saya masih ingat adik saya sendiri cakap, saya sakit sebab tidak dapat berkat pergi KL untuk bekerja.
Saya pergi KL bukan untuk berfoya-foya tapi untuk mencari rezeki.
Kali ini saya tekad untuk keluar dari rumah ini dan nak hidup merantau. Saya sudah penat dibuat macam begini.
Setiap kali dirumah, dengan umur sudah 30 tahun keatas masih lagi diteriak, dihina, dicaci. Saya sudah penat.
Sebelum ini saya balas tapi kali ini saya cuma diam saja. Sudah penat dengan layanan begini. Bagus lagi hidup bersendirian tanpa siapa-siapa.
– Zyla (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
kadang sesetengah pemikiran orang tua begitu. saya pernah terdengar kawan cerita. suami nya kerja sendiri . perniagaan bagus juga. tapi di mata orang tuanya, dianggap tidak bekerja selagi tak kerja kerajaan dan pakai tali leher.. kelakar saya dengar. walaupun perniaagaan suami dia sangat berjaya tapi kosong dimata mertuanya. ( ibubapa isterinya)