Diari Anak Kupu-kupu

Assalamualaikum.. izinkan aku luahkan perasaan aku kat sini. Setelah sekian lama tersimpan, aku rasa nak meletup.

Kisah pahit aku bermula bila ayah aku ceraikan mak aku, dan kahwin lain. Aku seorang je anak lelaki, ada 8 orang adik perempuan. Masa mak ayah aku berpisah, aku masih sekolah menengah. Mak aku bekerja, tapi terpaksa berhenti sebab masih ‘terkejut’ dengan keadaan baru.

Bermula mak aku duduk rumah, mak aku tak ada duit nak bayar sewa. Nak bayar bil sampai bil elektrik dan air terpotong berbulan-bulan.

Kami adik-beradik makan sekali 3 hari je nasi.. study berlampukan lilin. Mak aku berniaga macam-macam tapi tetap tak laku. Sampailah satu hari mak aku bawa lelaki setiap hari. Setiap hari tu lelaki yang berbeza.

Tak lama lepastu, mak aku dah tak bertudung labuh.. dia jadi freehair dan pakai make up. Kami dah ada elektrik dan air semula. Kami dah dapat makan sehari sekali..

Masa ni aku masih tak tahu pekerjaan mak aku. Aku sangat sibuk uruskan adik-adik. Antara 8 orang tu ada kembar 3. Mereka setiap masa bergaduh tarik rambut. Nak layan lagi 5 orang punya kerja sekolah. Aku tersangat pening masa ni..

Masa aku tingkatan 5, aku kenal dengan isteri aku yang sekarang. Dia 1st love aku.. semua yang aku buat, dialah yang pertama dan sampai sekarang cuma dia.

Masa aku kecil, mak aku selalu pesan jangan sentuh perempuan bukan mahram. Tapi waktu ni, mak aku selalu suruh aku bawa gf aku ni datang rumah. Dia siap bagi kond** supaya aku berhati-hati.

Bila mak sendiri dah support, campur dengan hormon yang tengah menaik.. aku akhirnya sentuh dia. Tapi tidaklah sampai buat hubungan kelamin. Hanya sentuh biasa..

Tak lama lepas tu parents dia bercerai dan mak ayah dia takde duit nak besarkan dia. Waktu yang sama, aku dapat tahu pekerjaan mak aku yang sebenar.

Jiran-jiran semua pulaukan keluarga kami, bergosip tentang kami, tak mahu berjual beli dengan keluarga kami. Sebab mereka kata, taknak makan duit haram.

Aku? Aku nak menangis, nak menjerit, nak lari. Tapi aku ada 8 orang adik perempuan. Emosi mereka lebih terganggu dari aku sampai ada yang cuba kerat tangan sendiri. Disebabkan hal ni, 8 orang adik perempuan aku ni, aku jaga betul-betul macam aku seorang ayah.

Dapat result spm, aku dapat result 6A. Tapi aku tak sambung study. Aku takut adik-adik aku terikut mak aku. Aku pilih duduk kat rumah tu dan kerja yang flexible. Supaya aku ada masa nak ambil report card diorang.

Kenapa aku tak marah mak aku? Sebab aku tahu, mak aku sendiri faham apa yang baik dan yang buruk. Dan aku faham bagaimana teruknya keadaan mak aku masa ayah aku ceraikan dia.

Aku pilih untuk nasihat secara berhemah. Secara lembut dan baik. Aku taknak jadi lelaki macam bapak aku.

Sekarang aku umur 24 tahun.. aku dah kahwin dengan gf aku yang dulu masa tingkatan 5. Kami ada seorang anak lelaki.. apa yang membuatkan aku serabut sekarang ni.. sebab 2 tahun lepas mak aku berhenti buat pekerjaan tu dan berniaga goreng pisang.

Jangan salah faham, aku sangat gembira tentang hal tu. Cuma aku tertekan je.. mak aku jual goreng pisang. Memang tak mampu nak sara adik-adik aku. Jadi aku ambil kembar 3 dengan sorang lagi duduk dengan aku dan isteri.

Jadi aku rasa terbeban.. dengan gaji aku yang cukup makan. Tak cukup nak saving. Perbelanjaan sekolah ,makan anak bini.. hulur duit kat mak aku lagi.. aku kadang menangis sorang2. Kawan-kawan aku ramai yang suruh aku minta nafkah adik-adik aku kat ayah.

Tapi bapak aku tak peduli macam adik-adik aku ni bukan darah daging dia. Bukan dna dia. Bukan berbintikan nama dia. Takpelah, aku bukan nak apa, aku cuma nak luahkan rasa sakit hati aku je..

Aku kesiankan bini aku je. Tiap hari masak bekal untuk adik-adik. Uruskan pakaian diorang, masak, ajarkan homework. Sambil jaga anak kecik kami.. takde pun mengeluh.. kadang bini aku cakap dia bahagia rumah ni bising dengan kembar 3 yang selalu bergaduh..

Cuma tulah.. aku kerja dari pukul 7 pagi sampai 3 pagi. Mental aku kadang tak boleh terima.. Aku tersangat penat..

Aku kerja sebenarnya start 7 pagi sampai 6 petang. 6 petang sampai pukul 3 pagi aku buat grabfood.. salah satu penyumbang kepada tekanan aku, jiran -jiran aku dulu. Selalu kacau mak aku.. tak kira depan atau di media.

Kadang aku terbaca komen media sosial mak aku share hal agama, ternampak komen “bila pelacur berbicara..” aku ni, sampai mati aku ingat benda tu.. mak aku langsung tak balas apa-apa.

Adik-adik, aku jaga habis baik. Tak boleh couple, tak boleh keluar malam. Tak boleh tu tak boleh ini. Aku explain kesan dan akibat kalau diorang langgar pesan aku. Setiap hari aku tanya dah solat ke belum. Alhamdulillah diorang dengar cakap aku..

Haih. Sorry la ayat berterabur, aku ni tak belajar tinggi.. Maaf menumpang confess kat page university. Sorry ye admin. Tak dapat nak kawal emosi ni.. Maaf kalau ada terkasar bahasa..

Doakan aku dipermudahkan segala urusan, assalamualaikum…

– Mohd (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *