Assalammualaikum admin dan para pembaca iiumc. Zaman persekolahan aku dari sekolah rendah sehingga menengah memang aku rasa taknak lansung pergi sekolah. Bukan sebab tak minat belajar tapi…. Dulu, aku memang seronok pergi sekolah sebelum keluarga aku ambil keputusan untuk berpindah ke rumah baru. Rumah yang kami tinggal dulu tuh rumah sewa, nak taknak ayah terpaksa cari rumah baru yalah sampai bila nak hidup dalam rumah sewa. Bila kami berpindah jadi aku terpaksa tinggalkan semua kawan-kawan aku yang aku kenal dari kecil dulu. Zaman sepermainan waktu kecil. Sebenarnya, aku tak suka pun kena pindah rumah baru dan tukar sekolah baru. Aku semahu-mahunya taknak tapi membentak macam mana pun aku tetap kena ikut.
Aku pindah masuk sekolah baru aku masa aku Darjah 5. Aku ni jenis yang suka bercakap, dan spesis mudah terhibur. Jadi, untuk berkawan dengan kenalan baru tuh bagi aku ok lah. Zaman buli aku bermula masa darjah 6, waktu ni aku dinaikkan kelas ke kelas pertama dan aku pun mula lah nak menyesuaikan diri dengan suasana budak-budak yang gila belajar. Detik ini penting untuk aku sebab daripada pengalaman ini aku belajar memahami manusia itu bermacam ragam, perangai dan amat sukar nak lihat kejujuran dalam diri seorang manusia.
Aku duduk dalam kelas di tempat yang paling belakang dan paling hujung sendiri. Tak seorang pun nak bersapa dengan aku masa tuh mungkin sebab aku budak baru masuk jadi aku kot yang perlu tegur mereka dulu. Aku pun mesra-mesra lah dengan mereka yalah takkan aku nak menyombong pula. Memang dihadapan aku mereka ni memang layan aku baik, tapi aku tak sangka yang mereka sanggup tikam belakang aku. Hari semakin hari aku dengar perkara yang tak enak tentang diri aku.
“Beb, kau ok ke masuk kelas baru? aku nak cakap ni tapi kau jangan sedih, aku kawan kau tahu”
– Ya aku tahu, kenapa kau kata macam ni tiba-tiba?
“hmmm Budak-budak tuh kata kau ni sebenarnya perempuan gedik yang terhegeh-hegeh nak masuk kelas pandai, kau tak layak pun nak kawan dengan mereka sebab dorg tuh anak orang kaya”
Hati aku masa tuh hancur sekejap, what? Nonsense! Hati aku marah tapi aku sedar takde siapa yang betul-betul ikhlas nak kawan dengan aku dalam kelas “budak pandai sangat” tuh. Aku terkilan. Jujur aku kata, sejak aku tahu yang mereka kutuk belakang aku, aku dah mula tanamkan rasa hati-hati untuk percayakan orang. Mereka sekelas pulaukan aku, tak bertegur aku dan aku hanya makan di kantin seorang diri. Adalah dua orang kawan cina aku yang selalu tolong aku fahamkan subjek belajar dan kadang berborak dengan aku dalam kelas. Pernah juga seorang daripada mereka tanya aku “kau boleh ke buat benda alah ni, kan susah kau mana pandai!”, dalam hati aku menyahut kalau tak pandai takdenya aku sekelas dengan engkorang, mangkuk betul.
Satu persatu kata sindiran mereka aku telan, buli psikologi aku belum tamat rupanya. Aku sangka aku bebas buli bila dah masuk sekolah menengah, tapi lagi teruk aku dicemuh. Walaupun ramai antara mereka yang tidak sama sekolah menengah dengan aku tapi beberapa “orang seperti mereka” ditempatkan di sekolah menegah yang sama. Aku ingat aku dapat tunaikan harapan aku hidup bebas buli tuh, tapi bila aku nampak mereka mood aku terus spoil macam susu basi tuh. Lagi igauan aku bermula bila mereka tuh sekelas dengan aku. MATILAH NAK!
Sekolah menengah aku ni majoriti cina, kawasan perumahan aku pun majoriti cina jadi tak hairanlah kami hidup dalam persekitaran majoriti cina. Jadi, bila dalam kelas tuh aku duduk sebelah budak-budak cina sebab nak mengelak daripada kena buli lagi. Tapi, jangkaan aku meleset jauh ke laut. hmmm hampeh. Budak-budak tuh mungkin dah merancang sesuatu bila mereka sengaja ambil tempat duduk sebaris di belakang aku. ‘hmmm pesta nak mula dah..’
“Hoi, kau hidup lagi eh? Kau tak layak duh masuk kelas Rancangan Khas ni, hello see yourself in the mirror!”
aku diam. Seorang lagi menyahut, “Eh betina gedik, kau tuh bodoh, miskin lah kot, dah kenapa semak kt kelas ni?”
eh minah-minah ingat aku ni sengkek sangat ke apa? tak kisahlah nak kata aku bodoh pun bukannya masuk sekolah guna duit mak ayah engkorang pun, bengang aku layan budak-budak mental ni. Then esoknya aku terpanar sekejap bila nampak banyak bekas tapak-tapak kasut yang bermacam-macam saiz atas kerusi aku. hmmm. Bila aku lihat bawah meja banyak sampah dan paling menggelikan plastik makanan yang dah berkulat pun ada. Aku nak marah pun tak guna, aku diamkan je. “hey betina pandang belakang”, aku pusing ke belakang. Tersentak aku bila sampah tuh dibaling dan melekap terus kt muka aku. “nah kau lapar kan? sila makan sampah tuh”. Aku nak nangis tapi aku tahan. Akhirnya aku kalah dan terpaksa berlari keluar pergi tandas, yalah budak Form 1 memang nak melalak je.
Sekolah aku ni dua sesi tapi kelas aku hanya digunakan untuk kami sahaja tiada perkongsian. Untuk form 1 kami akan bersekolah sesi petang. Setiap kali aku nak pergi surau untuk solat asar aku terpaksa biarkan mereka pergi dahulu sebab mereka akan baling sampah kt muka aku waktu pergi dan balik. Sampah tuh bukan kertas tapi plastik makanan yang bersos dan berkicap. so, bila kena baling tuh memang kerja aku ke tandas jelah cuci tudung. Nak pergi surau pun kena baling sampah, tuh belum kena lontar kata mencarut menghina. Dan kes buli aku tak pernah pun aku bersuara kt kedua-dua ibubapa aku mahupun pihak sekolah sebab bagi aku, aku cuma taknak perbesarkan perkara.
Walaupun bagi aku tanggapan buli tuh ialah dari segi fizikal, tapi buli ni dalam banyak keadaan, psikologi, mental dan siber. Pengalaman ni bagi aku bukanlah kenangan yang menyakitkan sampai aku susah nak move on, tapi apa yang aku belajar ialah supaya kita ni dapat pertahankan diri, kuatkan semangat dan jangan give up. zaman buli sedarkan aku untuk pandai pilih kawan dan belajar berdikari tanpa bergantung dengan orang lain, takutlah kalau terlalu berharap dan orang tikam belakang rasanya tuh perit juga.
– Nirwana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit