Diari Hati Depresi

Apa perasaan kau bila kau rasa tak disayangi oleh semua orang yang ada disekeliling kau. Apa perasaan kau bila tiba-tiba orang yang kau sayang dan selalu ceria setiap hari bersama kau tiba-tiba bertukar menjadi kaku seperti patung apabila bersama kau.

Apa perasaannya bila seringkali hati disakiti dengan watak-watak manusia disekeliling. Apa perasaan kau bila kau rasa tak dihargai oleh orang sekeliling kau. Apa perasaan kau bila minta pertolongan tiada satu pun yang datang membantu.

Ye, watak-watak itu adalah terbitan daripada keluarga kau sendiri, dari teman sekerja sendiri dan dari sahabat-sahabat yang kita sayangi sendiri.

Sakit, hanya itu yang aku rasa. Ruang gelap adalah penemanku, duniaku gelap tiada lagi sinar keceriaan kepadaku. Jika aku ketawa itu adalah ketawa dan senyuman palsu. Itu sahaja sisa yang mampu aku luahkan walaupun palsu dan tidak ikhlas.

Bilik yang luas terlihat sempit tanpa pencahayaan. Ini membuatkan aku tenang kembali tanpa cahaya dan tanpa melihat air muka kebencian orang sekeliling. Setiap hari inilah yang aku lalui. Saban hari aku rasakan begini, seolah tiada sudah nilai diri ini kepada sesiapa. Aku sunyi.

Itulah apa yang aku lalui setiap hari dari pagi sehingga malam. Setiap hari!

Adakalanya aku akan rasa ‘down’ yang teramat sangat. Setiap hari aku akan bertanya kepada hatiku, apa yang aku nak dalam hidup? Kenapa orang sekeliling selalu merendah-rendahkan diri ini?

Aku juga manusia yang dahagakan kasih sayang dari seorang mama, kakak, abang adik, dan kawan-kawan. Kenapa mereka layan aku seolah seperti sampah yang berbau.

Mati! Adakah itu jalan penyelesaian terakhir? Istighfar aku di atas katil mengenangkan dosa. Bersyahadah kembali menguatkan iman yang kian ringan seringan air.

Al-quran? Aku akan meletakkan Al-quran disebelahku sekiranya perasaan ingin mati itu kembali aku akan jadikan alquran peneman.

Aku penat, aku penat, aku penat. Hanya katil yang menjadi sahabatku.

Aku dipanggil untuk menghadiri sesi kaunseling yang disediakan oleh tempat kerjaku dan aku menceritakan sedikit masalah aku walaupun aku malu. Pesanannya sedikit sebanyak membantu aku untuk terus kuat.

Kata-kata yang paling aku ingat ialah “love yourself first”. Ya mungkin benar katanya, aku terlampau menjaga hati orang sehingga hati dan diri aku sendiri tidak terjaga dan tiada sesiapa yang menjaga.

Aku disahkan mempunyai moderate depresi. Pada tahap ini aku masih boleh mengawal lagi tingkah laku aku. Katanyalah. Walaupun dinding dan almari buku seringkali menjadi tempat untuk aku melepaskan tekanan aku. Sakit? Sakit lagi hatiku apabila disakiti. Sakit ditangan boleh dilihat, sakit dihati hanya aku yang tahu.

Allah, semoga kau kuatkan diri aku walaupun aku tak kuat. Kau bantulah aku keluar dari masalah ini. Sentiasalah meletakkan ku di dalam lindunganMu. Jauhkan aku dari perkara keji yang kau benci. Kuatkan imanku dari sangka buruk kepadaMu. Kuatkan imanku untuk menjadi seorang yang baik dimataMu.

Cabutlah nyawaku dalam iman dan jauhkanlah dari keiniginanku untuk mencabut nyawaku sendiri. Terima kasih En.F kerana sudi memberi sesi kaunseling yang membantu diri saya untuk saya lebih sayangkan diri saya. Terima kasih.

– Adaw (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *