Assalamualaikum sahabat syurga sekalian. Terima kasih admin kerana membenarkan confession saya berlegar² di ruang minda pembaca setia iium confession.
Saya berusia awal 20an dan telah berkahwin Pengalaman berkahwin diusia memang menguji ketahanan mental dan fizikil . Saya tak pernah ada abang. Lelaki yang saya ada dalam hidup cuma ayah dan adik lelaki. Walaupun mereka ahli keluarga saya. Saya tetap kekok berhadapan . N then, saya dah kawin ni. Seriously, saya selalu berfikir mcm mana nak berhadapan dengan suami.
Bermula lah episod suami isteri. Suami saya masih belajar. Dan saya baru je habis belajar. Saya tinggal berasingan dengan keluarga. Suami ada bisnes sikit. Saya selalu keseorangan dirumah sb suami keluar atas urusan belajar dan kerja. Sunyi, pilu, luka lara dan lain². Perasaan negetif selalu bermain² dalam fikiran saya. Saya rasa suami saya abaikan saya. Tak sayang pun saya dan macam² lagi. Saya pernah mengandung dan keguguran. Mungkin sebab selalu bersedih hati. Yela, mood orang mengandung ni lain macam sikit kan. Takpe la tu. Allah tau apa yg terbaik.
Melalui hari² sedih. Lama² Allah jentik hati saya untuk berfikir mcm mna nak hilangkan semua perasaan negetif ni. Saya takut saya hilang rasa hormat dengan suami. Saya dapat satu petua (dari kuliyah @ dari page fb saya dh tak igt) lepas solat baca surah al sharh hembus dkt tapak tangan dan sapu kemuka niat agar suami sentiasa ingat dan rindu pada kita. Alhamdulillah. Feedback positif saya dapat(benda ni ikhtiar, kita serah pada Allah apa² pun) . Suami dah jarang keluar. Kalau keluar hari² pun tak la lama sgt.
Actually ,Saya seorang yang kurang berkomunikasi . Jadi saya jarang nak bercakap dengan suami. Kalau suami cakap baru saya ckp. Kalau ada hal penting je saya ckp. Rutin saya siapkan kerja rumah dan sediakan apa yang patut untuk suami. Saya muhasabah diri. Saya ubah untuk perbanyakkan perbualan antara kami. Hari² saya akan tanya dkt suami dah mkan ke belum. Sebelum tidur saya cuba cetuskan perbualan antara kami. Sebelum dia nak solat kadang² saya acah nak sentuh dia. Buat la something pape pun. Ustaz ckp jadi bodoh utk kelihatan romantik. Tp jangan la bodoh sgt. Kang ada yg mkan meja kang.
Dari segi kerja rumah. Suami saya kurang pandai atau terlupa dia pandai buat itu saya tak pasti lah. Dulu saya buat semua. Cuci pinggan yg dia mkan ke apa ke. Tp slow² kalau mkan tu saya tnggal kan bekas makanan yg tak hbis utk dia simpan atau buat² letak pinggan atas pinggan suami (time suami dh hbis mkan la). Lpastu minta la tlong sruh basuhkan. Orang lelaki bukan semua kerja rumah tiba² dia nak buat. Kadang² isteri kena ajar suami untuk buat. Sekali skala je. InshaaAllah. Nanti kita tak suruh, dia datang sendiri tolong kita. Sebab dia dah tau penatnya buat kerja rumah ni. Slow² didik suami. Jangan letak yang “aku nak kawin dengan lelaki yg boleh bimbing aku” *sampai bila² la kau tunggu kau dibimbing, tetapi letak ” kalau suami aku kurang membimbing aku, aku sebagai seorang yg terbimbing kena bimbing suami aku” (mcm tu la lebih kurang, kalau korang nak buat ayat lg sedap boleh je .huhu)
Last skli bab kecik hati ni memang la kerap berlaku dikalangan isteri. (Kalau merajuk jangan teruk² sgt ye isteri². Nangis je habis kuat k. Kuat mana pun xkisah. Haha) Apa yg patut kita buat. Ajak suami solat berjemaah. Seminggu sekali pun boleh la dari takde langsung. Saya pernah rasa marah berhari² dengan suami. Saya pendam je sb saya tak tau apa benda la yang saya marah kan sangat ni. Saya terbaca artikel kenapa isteri selalu beremosi dan sebagainya. Sebenarnya itu semua hasutan syaitonirajim(syaiton betoiii) . Saya istighfar banyak². Keesokan hari. Suami ajak berjemaah (kebetulan berkesempatan) . (See.. Tiba² je kan. Murahnya kasih sayang Allah. Pape kita kena ingat Allah. Sekejap je Allah dekatkan hati² antara suami isteri. Inshaallah.) Perasaan marah yg berhari² tu lenyap, lesap gi mana tak tau. Gi masuk dalam game jumanji kot. Lega dia tu berminggu-minggu. Alhamdulillah.
Pesan saya pada isteri² diluar sana, banyak kan bersabar. Jangan letak sebarang had pun untuk kesabaran kita. Banyak kan bermuhasabah diri. Yaa.. Women is always right but nobody perfect. right? Jangan diikutkan hati. Buat anak² gadis. Jaga kehormatan diri. Sayangi diri sendiri jangan bagi sorang pun touch awak. Kalau awak bagi. Nanti dah kawin. Awak jangan menyesal kalau satu demi satu nikmat kasih sayang dan cinta antara suami isteri ditarik. Nauzubillahiminzalik. Buat suami diluar sana sayangi isteri anda walau macam mana pun dia. Yg tak salah di betulkan, yg tak elok dibaiki bukan dimaki. “Laki² yg baik utk perempuan yg baik begitu sebaliknya”. Mungkin sekarang dia belum jd baik sb tu Allah hantarkan seorang suami yg baik utk sama² jadikan isteri itu isteri yg baik. Kurangkan ego tu naa. Yg bujang² jangan berani mcm² dgn kaum hawa. Jaga kehormatan anda sbgai seorang lelaki. Sirru ‘ala barakatillah. Kerna syurga bukan percuma. Maaf jika ada mengusik hati kalian.
– Mrs. Habibati
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit