Diari Seorang Isteri

Salam semua pembaca IIUM Confession.

Sebelum ni banyak kali rasa nak post dekat sini tapi malas nak menaip sampai la terbaca luahan hati seorang suami melalu confession “diari seorang suami” (https://iiumc.com/diari-seorang-suami/).

Rasa nak tulis juga sebab saya pun dah lama pendam benda yang sama.

By the way, saya bukanlah isteri kepada “diari seorang suami”. Tapi saya mengalami masalah yang sama cumanya saya sebagai seorang isteri. Kalau ikutkan saya pun malu nak cerita tapi dah rasa stress sangat.

Saya baru 2 tahun berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. Kalau ikutkan sebelum ada cahaya mata, hubungan saya dengan suami sangatlah mesra.

Tidur berpelukan semua tulah. Tapi start saya mula mengandung sampai la ke hari ini. Suami saya macam dah “tak ada selera” dengan saya.

Takde lagi nak manja macam awal berkahwin. Nak kata saya dah gemuk tak juga. Saya takde pulak berpenampilan seperti mayat hidup ke.

Kadang saya rasa saya dah pakai cukup seksi nak tarik perhatian suami. Kadang saya cuba goda dia tiada respon yang memberangsangkan.

Kadang dia tanya saya balik “dah kenapa ni?”. Sampai saya pulak naik malu. Saya pelik dengan perubahan suami.

Bayangkan sepanjang saya pregnant, boleh dikira dengan jari berapa kali sahaja suami mahu bersama. Rasa ada la dalam 2 kali sahaja. Itu pun saya yang pujuk sebab orang kata kalau nak beranak mudah kena banyakkan bersama.

Proses bersalin saya agak berliku ya sebab laluan saya susah nak buka mungkin antara sebabnya tiada hubungan intim dengan suami. Nak buka laluan sahaja hampir 2 hari menahan sakit.

Sedih sangat waktu tu tapi sekarang lagi sedih bila suami hanya bersama sebulan sekali sahaja. Normalkah sebulan sekali tu wahai sahabat iium sekalian? Nak kata saya tak pernah minta saya dah minta.

Saya pernah cakap direct saya nak bersama seminggu sekali. Tapi dia jawap tengoklah kalau tak penat. Masalahnya dia bukan kerja contractor ke apa nak penat. Kerja dia di perkhidmatan awam memang sangat relax.

Sedih sampai kadang saya depress rasa apa kurangnya saya. Kadang bila syaitan menghasut ada terlintas nak curang tapi dengan siapa pun taktau. Harap akal waras saya nauzubillah janganlah sampai ke tahap tu.

Saya juga pernah syak dia “makan luar” sebab tu dah tak selera dengan saya. Tapi puas saya selidik takde yang mencurigakan lagi pula password hp fb dia semua saya tahu.

Oh lupa nak cerita yang suami saya ada masalah mudah klimaks ketika bersama.

Tapi berbagai cara saya dah cuba sama-sama selesaikan dengannya. Bermakna saya tak kisah berkenaan masalah tu sebab ada cara yang boleh mengatasinya.

Dia pun ada beberapa kali juga berurut dan sebagainya. Adakah dia low self esteem. Saya tak rasa begitu.

Kadang ada juga fikiran jahat saya pikir dia bermuaskan nafsunya sendiri sampai saya directly bertanya kepada dia.

Tapi dia siap bersumpah dengan saya yang dia tiada buat benda seperti itu. Saya bingung. Hampir tiap malam saya menangis.

Sampai 1 tahap saya ambil keputusan untuk membeli alat untuk kepuasan saya sendiri. Tapi masih sedih dah tak pernah melakukannya.

Saya rasa perkahwinan kami tak sihat dan banyak kali saya terlintas untuk bercerai sebab nafkah batin yang tak dipenuhi. Saya baru menjangkau 30an, punya rupa, badan masih sihat dan segalanya masih tengang.

Haruskah saya sia-siakan usia muda saya begini saja? Tapi mengenangkan anak saya kuatkan hati saya.

Apa yang saya nak cakap dekat sini, saya juga manusia biasa punya nafsu. Atleast kalau dia tak nak bersama. Belai la saya ni peluk ke cuddle ke. Ni apa pun takde.

Bila saya mula pendam isu yang sama macam “diari seorang suami”, benda kecil akan jadi gaduh besar.

Kami pernah bergaduh dan saya pernah meminta cerai kerana nafkah batin ni berkali-kali. Jawap suami kalau saya nak cerai saya sendiri kena pergi ke mahkamah. Saya buntu. Takkan baru 2 tahun suami dah bosan dengan saya.

Terbaru ni anniversary kami tapi suami saya lupa. Sedih bukan kepalang. Bila tengok rakan-rakan lain celebrate anniversary dengan bermacam hadiah dan penginapan. Saya tak kisah semua tu asalkan suami ingat pun deh memadai. Ni ingat pun tidak.

Saya harap rakan IIUM Confession boleh beri nasihat sewajarnya apa yang perlu saya lakukan.

Terima kasih..

– YT (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Assalamualaikum kepada penulis, diharapkan pihak puan telah menemui jawapan dalam pertanyaan tersebut. Pertanyaan ini sudah 2 tahun dan semua puan bahagia dengan keputusan yang telah diambil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *