Diari Seorang Isteri II

Untuk part I, (https://iiumc.com/diari-seorang-isteri/).

Assalamualaikum wbt sahabat IIUM Confession sekali. Alhamdulillah terima kasih admin kerana siarkan luahan hati saya sebelum ini.

Saya bersyukur ada platform seperti ini untuk saya meluahkan segala isi hati. Itu kali pertama saya menulis untuk bacaan public. Saya baca setiap komen. Sambil baca sambil menitis air mata saya.

Terima kasih banyak yang memahami saya. Ramai yang memahami tidak kurang juga yang mengecam. Maaf andai confession pertama saya perenggan habis berterabur pakej typo sekali. Harap semua faham apa yang cuba saya sampaikan.

Bila baca balik, cerita saya macam kelam kelibut pulak. Sini saya nak ceritakan lebih details pula.

Ingin saya jelaskan di sini berhubungan intim sebulan sekali tu adalah selepas saya bersalin. Dan suami hanya mesra atau mahu bermanja dengan saya sebelum saya mengandung sahaja.

Kiranya lepas saya berkahwin, dalam 2 bulan lebih macam tu Alhamdulillah, saya telah dapat tahu saya mengandung.

Jadi jangka masa memang sangat pendek untuk saya bermesra dengan suami. Sebab sepanjang mengandung suami mula “tiada selera” dengan saya.

Bayangkan boleh dikatakan hampir 2 tahun usia perkahwinan kami memang hambar hanya 2 bulan yang pertama tu sahaja mesra.

Anak saya pun sudah menjangkau usia setahun lebih. Perlukah saya teruskan perkahwinan ini sebab 2 tahun saya menanggung rasa tu pun dah rasa sangat lama.

Saya pernah baca confession si isteri menanggung hampir 7 tahun tanpa nafkah batin. Jadi wajarkah saya nak tahan rasa bertahun-tahun membazirkan waktu muda saya dengan menangis sepanjang hari?

Saya ada baca komen akak-akak yang anggap macam saya ni kemaruk nak bersama ketika mengandung. Bersama ketika mengandung banyak manfaatnya. Hmm takpelah saya abaikan komen yang negatif macamtu. Tapi apa yang saya nak tegaskan dekat sini.

Kepuasan itu penting tapi bukanlah segala-galanya bagi saya. Sesungguhnya ada sebab disisi Islam nafkah batin perlu dilunaskan sebab taknak timbul perkara-perkara yang negatif yang lain.

Benda tu yang mengeratkan kemesraan sepasang suami isteri. Entahlah susah nak saya terangkan tapi para isteri mesti faham apa yang saya cuba sampaikan.

Pada mulanya saya pun tak faham, entah apa yang penting dengan batin ni sebenarnya, tapi bila saya mengalaminya sendiri saya mula faham. Saya perlukan belaian seorang lelaki yang bernama suami. Dengan belaian tu mampu buat saya patuh arahan dan hormat suami saya.

Betul saya tak tipu benda ni. Bila suami saya tak menjalankan tanggungjawapnya saya mula hilang hormat dan saya mula asyik nak bergaduh dan meninggi suara dengannya. Benda macamni yang saya nak sangat elakkan.

Saya ni bukanlah alim dan warak. Tapi saya tau agama. Saya berkerja dikelilingi lelaki. Mostly sudah berkahwin.

Selalunya mereka ni suka bercakap berkenaan hal dalam kelambu secara slumber badak depan saya. Kadang cuba-cuba untuk mengorek hal dalam kelambu saya.

Sampai saya naik meluat sebab saya pun bukannya dapat macam apa yang lelaki selalunya inginkan. Saya jaga aib suami saya tak pernah luahkan kepada sesiapa berkenaan nafkah batin saya. Malah keluarga mahupun sahabat terdekat pun saya takkan buka mulut.

Hanya di sini sebab pembaca tak tahu siapa saya. Saya juga sangat jaga asset saya dengan melabuhkan tudung dan pakaian sebab saya tahu nafsu lelaki tu bagaimana.

Tapi malang suami sendiri tak menghargai apa saya lakukan. Jujur saya katakan andai kata syaitan tu menguasai diri saya boleh terjerumus ke kancah maksiat kalau batin saya terseksa sebegini.

Saya yakin suami bukanlah bernafsu songsang. Orang kata isteri ni bagai ada sixth sense. Untuk yang kata mungkin suami ada pasang lain.

Saya ni bukanlah sejenis yang suka sangat bersangka baik. Dah habis berjaga-jaga memang takde unsur-unsur suami curang. Andai kata segala precaution suami masih curang wallahualam tapi buat masa ni sedikit tanda curang masih belum nampak.

Jadi saya tak tahu apa masalah sebenar dia. Pernah dahulu saya membawa keluarga saya pergi berubat. Ustaz ni sejenis yang boleh “scan” mungkin. Tiba-tiba dia macam tahu pulak yang saya macam ada masalah rumahtangga.

Tiba-tiba dia hadiahkan suami saya “kopi songkok”. Walhal yang pergi berubat orang lain tapi suami saya dapat kopi songkok tu.

Saya rasa macam nak tergelak time tu. Kopi songkok pun kami dah cuba. Bermacam cara lain pun kami dah cuba. Tapi macam tulah juga suami saya.

Saya juga pernah cuba untuk bercuti. Mungkin dia mahukan suasana yang lain. Semasa anniversary kami yang pertama saya ada menyatakan hasrat saya mahu check in di hotel 5 stars di tengah ibukota.

Suami pun melayankan hasrat saya lalu check in lah kami di hotel berharga seribu lebih semalam.

Tapi sedih yang amat apa pun saya tak dapat pada malam tu suami tidur awal siap pakej berdengkur ya. Malam tu saya menangis semahunya.

Hotel mahal pun dah cuba malah pernah kami bercuti di tempat yang sejuk. Kononnya tempat sejuk mampu menaikkan nafsu.

Sama juga perakhirannya saya menangis dan cuba memuaskan nafsu saya sendiri tapi saya pun tak reti last sekali menangis sampai tertidur.

Ada juga saya baca komen untuk saya berdoa kepadaNya. Saya juga telah lakukan ikhtiar itu sehingga harini. Andai saya sedih saya nangis semahunya dalam sujud saya dan nyatakan apa yang terbuku di hati saya. Namun masih belum ada sinar mahupun petunjuk untuk saya.

Jujur dari hati saya sayangkan suami walau dia buat saya begini. Tapi andai kata jodoh kami tak panjang saya redha. Tapi masalahnya sekarang kalau bercerai pun bukan ada calon untuk berkahwin lain.

Saya pun bukan jenis ada selera tengok lelaki lain sejak dari dulu saya memang setia orangnya. Nak cari jodoh zaman now ni aduhai susah benar. Lagi nak jumpa jodoh yang sesuai.

Betul saya memang dah tak tahan hidup begini dan boleh saja failkan penceraian tapi banyak benda lain yang saya fikirkan.

Malahkan kata kawan saya untuk fasakh juga proses yang panjang dan memerlukan kewangan yang keras. Huhu. Banyak pro and cons yang saya pertimbangkan.

Kadang depressed dan stress saya memikirkan hal dalaman rumahtangga ni sampai saya tergerak hati nak tamatkan riwayat saya dengan mengantung selimut di kipas dan mengantung diri supaya saya dapat tengok apa riaksi suami saya bila saya tiada.

Maafkan saya andai kalian rasa saya keterlaluan. Saya betul-betul rasa tersepit. Saya pernah nyatakan saya menyesal berkahwin andai saya tahu perkara ini akan berlaku dalam rumahtangga saya.

Saya sayangkan anak saya. Saya sayangkan suami saya. Tapi saya pun sayangkan diri saya juga. Sekian wassalam.

– YT (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *