Diari Seorang Suami

Assalamualaikum semua. Saya pengikut setia page ni dari dulu lagi. Dan saya seorang lelaki.

Dalam hidup saya ni, bakat tertinggi saya ada adalah mengarang kot. Selain tu, saya tak ada apa2 kebolehan pun.

Sebab tu satu masa dulu saat fb sedang meletup, saya punyai ramai kenalaan perempuan.

Sebab saya suka mengayat sampai saya berjaya menikahi seorang doktor.

Pada awalnya saya tak tahu dia kerja apa. Dan saya jenis tak putus asa mungkin. Dia reply atau tak, saya akan chat ja semua perempuan yang jadi friend saya.

Antaranya isteri saya tu la. Masa tu dia sangat jarang reply mesej saya. Kalau reply pun hanya sepatah.

Tapi setiap hari saya akan mesej dia apa2 la. Kadang dia reply selepas berhari2. Masa tu kan saya tak tahu dia kerja apa.

Bila saya tanya lamanya baru reply,dia akan jawab sepatah ja kerja. Bila saya tanya kerja apa, dia terus diam.

Esoknya saya akan mesej lagi. Assalamualaikum selamat pagi. Tak de jawapan.

Sebenarnya kalau baca mesej2 lama kami, semuanya benda berulang ja.

Apabila dia muncul, saya akan tanya awak pergi mana lama hilang.. Dia akan jawab kerja. Bila saya tanya kerja apa, dia akan diam..

Kerana sikap dia macam tu, saya pun tak de la berharap sangat pada dia. Apatah lagi saya pun sekdar seronok2 macam tu ja.

Dan saya jugak punyai ramai kawan2 chat yang lain. So saya tak boring. Saya bukan playboy, tapi saya suka berkawan, saya suka bercakap.

Dan saya punyai banyak masa sebab saya kerja tak menentu. Senang kata kerja main2 ja saya ni.

Suka kerja, tak suka berhenti. Tak de matlamat hidup. Sebab masa tu saya agak muda jugak. Tak faham hidup ni apa.

Oh ya, isteri saya tua 5 tahun dari saya. So maybe dia agak matang berbanding saya.

Bertahun jugak la di fb kami chatting macam chips more tu.

Satu hari dia bagi number fon dia sebab katanya dia jarang on fb. Tapi saya tak de contact dia pun. Saya kan ramai lagi kawan yang boleh sembang2 dengan saya.

Lagipun chat dengan dia tak best. Satu soalan tanya, tahun depan pun tak de jawapan.

Sampai saya dah tak chat dah dia di fb. Fb dia pun macam tak aktif. Sampai satu hari saya dapat ucapan hari lahir dari dia. Kan fb akan remind. So dia komen kat situ la.

Masa tu macam teringat la kat dia. Saya ada mesej di fb.. Dia tak seen pun.

Kemudian berhari2 tak seen. Saya terfikir dia ada sakit ke. Tiba2 rasa care pulak kat dia.

Satu hari saya call. Dia tak jawab. Lepas tu dia call balik. Dia tanya sapa. Saya kenalkan diri. Dia kata oo mamat fb ke.

Lepas tu dia kata nanti la sembang dia sibuk. Kemudian terus senyap macam tu ja la.

Saya pun tak ambik serius sangat la. Tapi tu la orang kata jodoh kot kan. Hati ada jugak teringat2 kat dia.

Masa tu saya kerja kat dhl bahgian stor. So ada masa nak pegang fon. Sesekali saya akan mesej dia. Sesekali jugak dia akan reply sepatah.

Lama2 saya macam fedup la. Saya pun dah ada pacar masa tu. Berbulan lama senyap. Tiba2 dia mesej saya cakap hai.

First time dia mesej saya. Saya pun balas sepatah ja hai jugak. Lepas tu dia tanya sihat? Saya jawab sihat.

Masa tu saya faham paten dia. Dia tak suka cakap berjela2 kot. Tapi lepas tu dia pun senyap dah. Senyap sangat lama sebelum kami berkawan semula.

Kenapa saya tulis semua tu. Sebab saya nak ingatkan diri saya bahawa saya sangat cintakan dia.

Saya nak ingatkan diri saya struggle macam mana kami nak kahwin dulu. Saya nak ingatkan diri saya tentang janji2 saya pada dia.

Sebab bukan setahun dua journey kami. Rumahtangga kami dah 17 tahun. Tapi 17 tahun ni, saya tak pasti apa perasaan saya, mahupun perasaan dia.

Family dia orang hebat2, adik dia sorang tu doktor jugak. Tapi doktor gigi. Yang lain pun kerja bagus2. Kahwin pun dengan yang setaraf.

Dia sorang ja kahwin dengan penganggur macam saya. Sebenarnya masa tu dia ada konflik keluarga jugak.

Dia cuma nak keluar dari rumah tu ja dia cakap. Ayah dia agak2 islamic sikit. Banyak pantang larang macam ajaran sesat tu.

Dia stress di tempat kerja, balik rumah stress dengan family. Mungkin saya adalah exit plan dia kot. Sebab apabila anak perempuan dah ada suami, ayah dia tak akan kawal apa2 lagi dah.

Bayangkan masa saya kahwin, saya tak de kerja. Hantaran kahwin pun guna duit dia. Sebab dia kata cakap ja dekat family dia saya nak bagi 20k masa tu. Padahal tu duit dia.

Mas kahwin ja saya bayar guna duit sendiri.

Dia ada rumah, ada kereta, ada pelajaran, ada pekerjaan. Tapi saya satu pun tak de.

Sebenarnya sampai sekarang saya tak tahu pun dia sayang saya ke tak. Menyesal ke tak kahwin dengan saya.

Sampai sekarang pun hanya sepatah ja dia akan cakap. Biar selori pun saya ajak bersembang.

Saya faham tugas dia sangat letih. Dia balik dalam keadaan sangat malas. Malas nak dengar apa2 dari saya.. Dia hanya nak tidur.

Kadang2 tido sampai spek pun tak buka. Saya kesian kat dia. Kadang2 makan pun dia tak nak walaupun saya nak suap. Betapa letihnya dia.

Saya masih ingat. Satu ketika dulu saya tanya, memang cita2 awak nak jadi doktor ke. Dia cakap cita2 ayah dia. Lepas tu senyap.

Saya tanya lagi. Awak menyesal tak jadi doktor. Dia kata menyesal pun dah tak guna.

Saya tanya lagi, habis cita2 awak apa sebenarnya. Dia balas entah.

Saya ada cakap, kalau macam tu berhenti ja la. Mungkin pendapatan saya tak kan tinggi macam dia. Tapi at least dia boleh buat apa yang dia suka walaupun hidup kita sederhana ja.

Dia cakap ini la yang dia suka. Dia tak akan berhenti separuh jalan. Dia dah dalam bidang ni pun, so dia akan teruskan ja sampai bila2.

Sebab dia sendiri dah lupa apa yang dia suka dalam hidup. Akhirnya rawat orang ja benda dia suka, dan tengok orang tu dah sihat, tu buat dia bertambah suka.

Sebab dia kata, dalam suka duka dia dalam bidang ni, ada manis yang tersembunyi. Dan akhirnya dia mula menyukai kemanisan tu.

Saya tak tahu apa yang dia alami. So saya jarang tanya apa2 pasal tu dah.. Saya takut dia ada trauma apa2, so saya tak tanya. Takut pertanyaan tu buat dia lagi stress.

Walhal hakikatnya, nak ajak dia bersembang sangatlah payah.. Macam yang saya tulis tu, tu la cara dia jawab..Hanya sepatah. Kadang2 ja lebih sikit tu pun sebab saya desak2 dia banyak kali.

Dulu2 awal2 kahwin, bila dia balik kerja, saya selalu jugak tanya. Kerja macam mana?

Kadang2 dia akan jawab ok.. Kadang2 dia jawab macam biasa. Lama2 dia kata, boleh tak jangan tanya pasal kerja lagi.

Lepas tu saya tak tanya dah. Sebenarnya saya nak ajak dia borak. Sebab perempuan kan suka share dengan suami.

Saya nak dia luah apa yang dia rasa. Saya tak nak dia simpan sorang2. Apa gunanya saya sebagai suami.. Tapi semua soalan saya serba tak kena.

Mungkin dia lebih selesa memendam dari berkongsi. Saya kan banyak pengalaman dengan perempuan. Tapi dia agak berbeza dari perempuan2 yang saya pernah kenal sebelum ni.

Akhirnya setiap hari soalan yang sama saya tanya. Dah makan ke. Dia akan jawab ye, ataupun dia akan jawab, hari ni tak nak makan. Nak tidur. Lepas tu dia naik bilik.

Mungkin jugak dia terlalu letih menjadi doktor di sebuah hospital di negeri penyu. Pesakitnya tak berhenti2.

Bab kerja, dia pernah cakap sekali ja…

– Pami (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *