Dibanding-bandingkan

Daripada dulu aku tinggal sebumbung dengan nenek aku memandangkan sekolah dekat, kedai dan lain perkhidmatan dekat. Family aku jauh sikit and selalu dtg melawat lah.still in kl. Rumah sedara pon dkt. Nk di jadikan cerita, dulu kiteorng mmg happy family. Tiap2 minggu ada je pergi berkelah sama-sama. Tak lekat lah duduk rumah. Then ada satu kejadian ni buat kiteorng renggang. Masalah tu besar jugak. Disebabkan mulut nenek aku yg main lepas tercetus lah pergaduhan di antara ayah dan nenek aku ni berlarutan sehingga tiga atau lima tahun.

Nenek aku ni pulak daripada dulu dia memang suka bandingkan cucu-cucu dia. Dia cemburu melihat ank dan cucu org lain dapat straight A dan masuk asrama. Dia nk kiteorang jadi macam ank dan cucu org lain. Sanggup dia keluarkan duit hantar pergi tuisyen. Okay tu tak pe. Benda baik. The point is bila dpt result yg besar upsr ke pmr ke spm ke dia bukan puji cucu dia even result ada 1A or kira lulus lah. Dia boleh down kan lagi dan bandingkan dgn ank and cucu-cucu jiran. Dia ingat dgn result mcm tu kteorng tak boleh ke menara gading and dapat kerja yg baik2.cousin lelaki aku biasa lah suka main bola. Tu pon dia halang sbb x study. Asyik dgn bola je. Mak dia tak pernah nk tegur lah apa lah. Aku tgk pelajaran dia not bad, biasa lah lelaki. Dia nk cucu dia 24 jam hadap buku je.

Bila ada cucu dia yg cemerlang dpt pergi oversea, dia bandingkan pulak kiteroang yg tak sampai ke tahap tu. Dia memilih. Bila dulu org tu low dalam pelajaran dia rendah-rendahkan. Bila dh berjaya dia sanjung tinggi tetapi yg low tu masih lagi dia pertikaikan dan pandang rendah macam my cousin tu tak boleh berjaya. Kesian aku tgk, dia sedih. Dia datang rumah nenek aku tunjuk result tp apa yg dia dapat kalau asyik nk di bandingkan dgn orang lain je. Puji sikit pon takde.

Then bila dh besar, bila cousin aku yg td dh dpt kerja dan aku belum lg. Dia mula lah ckp tgk tu, si A tu dh kerja. Gaji boleh tahan. Kau bila lg? Aku bukan memilih. Tapi ada sbb kenapa aku kena teliti cari pekerjaan. Sakit yg aku hadapi tak semua company boleh terima dan tengok kesesuian kerja tu sendiri. Nk kerja yg berdiri lama aku tak boleh. Kaki lemah dan cpt kebas. Tak sampai 5min aku nk rebah. Biasa lah bila org jenis tak faham. Biar aku tanggung sendiri.

Bila dia cerita dkt mak cik aku dan cousin aku.rasa nk marah sbb diorang pulak yg sibuk apehal aku tak kerja dan cousin -cousin aku yg lain tak rajin nk belajar sedangkan masa dia tak kerja ke apa sikit pon kiteorang tak amik port. Dia pulak yg melebih sedangkan mak ayh aku ok je. Sedangkan dulu ank-ank dia sama je. Nk je aku melawan dan ckp. Tp aku bukan jenis mcm tu. Konsep aku kau buat lah apa kau nk buat, ckp lah apa kau nk ckp. Even aku tersangat mampu balas tp aku diam je. Aku serahkan pada Allah. Aku akan buktikan aku akn berjaya.. Silent but the same time you success. Prove it.

Then bila masuk bab ayah aku, dia selalu lebihkan akk aku sbb dia berjaya sampai menara gading. Kteorng yg tak seberapa ni bila mintak itu ini dia tak bg. Bila masuk pasal akk aku, huishh. Laju benor tunaikan permintaan. Ckp je mesti dapat. Bukan nk jealous. Tp agak lah, kiteorng ni pon ank dia jugak. Jgn disebabkan pelajaran tak sampai ke oversea dia nk jd mcm tu. Yg akak aku ni pulak bila kteorng mtk apa2 shj daripada ayah or mak kteorng.. Ohh dia marah. Dia bg tazkirah. Kau rasa? Bila sampai dkt dia boleh, kiteroang tak ckp apapun. Then yes dia backup ayah dia dlm apa situasi sekalipun. Sampai satu tahap aku akn bersuara sbb dh tak tahan. Dia byk dpt sponsor drpd ayah aku. Tp mcm aku ckp tadi. Aku bukan jenis mcm tu yg mendahulukan nafsu daripada akal. Aku pon kena fikir dia dh byk tolong aku daripada dulu, so hadam lg. Aku mampu doa moga Allah sentiasa kuatkan aku hadapi cabaran dan perihal kehidupan begini.

Take a deep breath. Itu yg selalu aku buat. Bila rasa nk meletup tu, aku cepat-cepat istighfar. Aku halau pemikiran yg negetif agar jd tenang dan positif. Aku pon dh nk kerja. Minggu ni mungkin .doakn aku.. Aku akn buktikan aku akn berjaya dgn usaha sendiri. Apa pun akn guna duit sendiri.tak kisah lah lesen kereta ke, kahwin ke apa. Biar aku susah cari duit tp dalam masa yg sama aku mewahkan keluarga aku dgn kebahagiaan. Yaa aku bukan org senang. Bg aku biar duit habis utk family takpe. Ni masa aku balas jasa diorng even aku tahu tak kan terbalas. Mereka tak pernah makan di restoran mewah-mewah. Dpt surprise yg wow and aku jenis nk surprisekn ni mmg power sikit lah. Yg penting aku nk diorang bangga dan happy je. Aku nk rapatkan ukhuwah family aku. Lebih kenangan dgn diorang .nk berbakti pada diorng. Doakan aku dan mudahan dipermudahkan

– Sha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit