assalamualaikum dan salam sejahtera . Semoga admin dapat siarkan kisah saya ini. Saya berada dalam keadaan buntu dengan permasalahan saya.
Saya mulakan kisah saya .
Saya merupakan seorang kakak kepada seorang adik lelaki . Adik lelaki yang hanya beza umur tidak lebih dari 5 tahun dengan usia saya . Saya tidak tahu dimana silapnya saya , saya dibenci adik kandung sendiri sejak saya berusia 12 tahun . Tidak pernah sekalipun mengaku saya sebagai kakak sehingga hari ini . Tidak pernah bertegur sapa sehingga ke hari ini .
Membenci saya sejak kecil sehingga kini . Tidak mahu saya bergaul mesra dengan adik beradik lain . Tidak suka saya membuat aktiviti bersama keluarga sehingga saya merasa saya orang asing didalam keluarga sendiri. Saya tidak dibenarkan makan bersama keluarga. Atas arahan seorang adik lelaki yang pada ketika itu hanya berusia tidak lebih 12 tahun. Kenapa ikut arahan dia ? sebab kalau tak ikut , dia akan mengamuk , akan memukul saya jika melawan dia . Memukul dengan penyapu , menendang saya dengan kudrat dia seorang lelaki , menarik rambut saya sehingga tercabut , mencakar muka saya sehingga berdarah, menendang saya di perut, menumbuk muka dan perut saya hanya kerana saya makan bersama keluarga , hanya kerana saya bercakap dengan adik-adik saya . Saya juga , sejak kecil , tidak dibenarkan oleh adik lelaki saya untuk menonton televisyen ketika dia berada dirumah . Saya hanya boleh berada didalam bilik saya jika dia ada dirumah. Saya tidak bebas bergerak dirumah sendiri . Umpama berada di neraka dunia. Saya dipukul ditendang sehingga saya berusia 20 tahun , dipukul ditendang oleh seorang remaja yang kudratnya tersangat kuat dan ganas. Saya sakit . Namun tiada siapa ambil tahu, tiada siapa ambil kisah , tiada siapa yang bertanya sakit saya .
Saya tidak mahu salahkan ibubapa saya . Ibubapa saya tak bersalah dalam hal ini. Mereka membesarkan saya . Mencari wang untuk besarkan kami adik-beradik. Mereka telah lalui kesusahan sebelum melalui fasa kesenangan seperti sekarang. Mereka lebih perit derita dari saya. Saya yang bersalah kerana dilahirkan dalam keluarga ini. Bukan menidakkan takdir , namun saya manusia biasa, saya tiada tempat untuk meluah lebih2 lagi bila nenek kesayangan saya meninggal dunia diusia saya masih mentah. Padahal, nenek saya menjadi peneman makan saya , pendengar setia saya walaupun hanya mendengar, yang memujuk saya ketika saya sakit dipukul.
Mungkin akan ada yang berkata , kau sebagai kakak kenapa tidak mengalah untuk beramah mesra ? . Saya sudah kehabisan cara untuk cuba berbaik beramah mesra dengan adik lelaki saya. Satu-satunya adik lelaki saya . Kadang- kadang bila saya cuba untuk bercakap dengan dia , dia akan menyumpah maki saya dengan kata-kata yang jijik . Saya sebagai seorang perempuan , tersangatlah mudah terhiris dengan kata-kata sesat apalagi dari darah daging kita.
Pernah saya bawa balik kawan dari asrama kerumah, kawan – kawan saya dihalau . Semua yang berkaitan dengan saya dibenci oleh adik lelaki saya. Dulu , saya tiada tempat untuk mengadu sehinggakan saya menjadi seorang anak yang terlalu memberontak . Saya keseorangan . Saya dipersalahkan hanya kerana saya anak yang lebih tua dari adik lelaki saya . Namun , tiada seorang pun mencuba untuk membaiki hubungan kami adik beradik . Diluah kepada ibubapa saudara , mereka hanya bertepuk tangan melihat keretakan hubungan keluarga kami bukan membantu memulihkan . Sampai ke hari ini , saya tidak pernah jumpa seseorang yang boleh bantu saya selesaikan masalah saya dengan adik lelaki saya.
Dan kini , saya sudah berkahwin . Allah Maha Agong, Dia uji saya dengan ujian darah daging yang membenci saya kemudian Dia hadirkan saya dengan seorang lelaki yang teramat baik teramat bertanggungjawab . Melayan saya bagaikan puteri . Saya berkahwin di usia muda . Selepas tamat belajar, saya terus kahwin. Memang saya ingin kahwin awal sebab saya nak lari dari adik saya, Lari dari siksaan dirumah saya .Masa saya berada disekolah menengah, saya pernah berazam, kalau saya kahwin saya takkan balik dah kerumah family saya tapi azam tinggal azam. Mana mungkin kita tak rindu pada ibubapa dan adik2 lain. Macam mana penerimaan adik lelaki lepas kawin? Tetap sama . Cuma mungkin dia malu dengan suami saya , dia yang akan kurungkan diri dalam bilik , keluar berjumpa kawan sehinggalah kami balik . Dan, jika saya berada contohnya didapur yang mana dia ingin ke tandas, dia akan menyuruh ibu saya untuk bagitahu saya keluar dari dapur . Dia seakan jijik tengok muka dan kelibat saya. Kadang2, bila dia tengok saya ada bila dia nak keluar, dia akan hempas pintu sampai nak tecabut.
Dibulan puasa ni, saya jadi teringat . Kenangan berpuasa di rumah keluarga ketika saya bersekolah menengah, berbuka puasa didalam bilik sebab adik lelaki saya tak mahu saya join mereka sekeluarga.
Saya terfikir , sampai bila kami nak macam ni? Ibu bapa saya bukan selamanya bernyawa. Apa akan jadi pada kami bilamana ibubapa saya tiada? Darah daging sendiri , hina lah sebanyak mana pun, pasti ada sekelumit rasa sayang . Saya hanya ingin meminta pendapat pembaca, macam mana saya nak buat untuk berbaik dengan adik saya yg membenci saya sejak 15 tahun lepas?
– rynas
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit