Dibenci ‘Syurga’

Assalamualaikum WBT. Kepada admin, saya ucapkan terima kasih kerana sudi menyiarkan artikel ini. Dalam hati ini amat perlukan nasihat kerana saya hidup berseorangan. Seorang introvert yang tidak ramai kawan.

Begini, pada kecil lagi saya dah merasakan yang saya tidak disukai oleh seluruh keluarga. Tapi saya anggap perkara itu normal mungkin saya sendiri banyak buat salah. Dibenci oleh ibu sendiri itu amat pedih sebenarnya. Tapi saya lalui hidup dengan tabah.

Apabila saya sudah dewasa, rezeki saya melebihi adik beradik yang lain. Mulalah mereka menunjukkan kebaikan kepada saya. Rapat dan selalu keluar bersama. Sampai lah saya berkahwin, saya dapat rasakan sedikit kebahagiaan apabila menjadi keutamaan keluarga.

Apabila dugaan melanda, saya diceraikan dan hilang punca pendapatan serentak. Waktu itu mulalah saya nampak keluarga semakin menjauhkan diri tetapi masih memaniskan wajah masing2 dihadapan saya.

Apabila saya bekerja jauh, rupanya ada sesuatu cerita yang saya tidak tahu. Rupanya mereka berdendam dengan saya dan mengungkit segala kesilapan saya sejak dari kecil. Itupun sahabat baik saya sendiri yang beritahu kerana dia ada bermesej dengan ibu saya. Segala keburukan saya yang saya rasakan adalah fitnah keluar dari mulut ‘pintu syurga’ saya itu.

Emak ibarat menghasut sahabat saya itu agar mempercayai yang saya ini anak yang tidak baik. Saya selalu memburukkan keluarga kepada orang lain, selalu memalukan kakak saya dan macam2 fitnah lagi yang diceritakan. Sedangkan kawan kakak sendiri pun saya tak kenal.

Sewaktu kakak saya sambung study, sayalah yang tebal muka mencari sponsorship untuk dia belajar. Sayalah yang membeli handphone, printer, bil2 telefon juga dibayar oleh saya. Saya jugalah anak yang selalu membawa mereka berjalan jauh kerana saya seorang saja yg mampu ketika itu.

Bukannya saya mengungkit, tapi terkilan dan rasa perit dihati kerana begitu sekali bencinya mereka kepada saya sehingga segala pertolongan saya selama ini tidak dipandang.

Saya bangkit sendiri kehidupan saya sehingga berjaya seperti sekarang. Tiada langsung perasaan bangga kepada mereka dengan kejayaan saya malah semakin kuat mulut mereka memfitnah saya.

Demi Allah, saya tidak melakukan kejahatan seperti yang dicakapkan. Saya tidak tahu apa kesalahan saya sehingga tergamak ibu sendiri mengatakan yang saya ini membuatkan keluarga berpecah belah sejak dari tahun 90an.

Pada tahun 90an saya masih umur 6 tahun. Apakah kesalahan besar bagi budak2 kecil yang masih belum matang? Sampaikan terpecah pinggan pun dikatakan jahat. Sedih dan rasa keseorangan.

Saya hampir membunuh diri disebabkan depresi yang teruk, tapi Allah menyelamatkan saya setiap kali saya terfikir untuk menamatkan riwayat dengan sendiri.

Pada ketika penulisan ini, sudah banyak air mata saya jatuh. Kenapa saya dibenci oleh syurga saya sendiri? Adakah saya akan masuk keneraka kerana ibu sendiri membenci saya? Kadang saya rasa tak guna bersolat berpuasa, sedangkan saya hilang kunci syurga saya. Apa perlu saya buat?

– Wanie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *