Dibenci Tanpa Sebab

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Seperti yang tajuk diatas, itu yang dialami saya dari zaman sekolah, masuk Universiti dan kini masa berkerja.

Baru-baru ni saya agak terkesan dengan satu thread di Twitter berkaitan saya oleh seseorang yang langsung tidak mengenali saya (pasangan officemate) dimana fitnah mengatakan saya sentiasa menunjukkan kekayaan dan menghina mereka sekeluarga walhal tidak ada satu perkataan yang saya gelarkan mereka sengkek.

Saya bekerja secara profesional di negara seberang. Dan ulang alik. Jadi penat tu seperti biasa. Tapi kebanyakan pasangan rakan sekerja sentiasa mengata belakang hanya disebabkan saya suami isteri bekerja bersama.

Konon kami senang, kay , tunjuk kaya, ada kereta banyak, beli beg mahal (padahal Charles n keith time offer), beli pandora yang da lama kumpul duit. Kami belum dikurniakan anak.

Mungkin Allah s.w.t belum izinkan disebabkan gaya hidup kami sekarang. Keluar bekerja jam 5 pagi pulang pulak lebih pukul 8 malam, atas moto je 2 jam sampai tulang belakang sakit, letih, sampai ofc hidung berdarah.

Itu semua orang tak nampak pengorbanan saya. Hujan panas atas moto. Tak boleh nak masak untuk suami seperti isteri2 yang lain. Kenapa orang lain tunjuk anak setiap masa boleh tapi bila saya. Saya seperti pendosa?

Kami diperli sebab tak ada anak, Apa je usaha yang kami tak lakukan. Pergi klinik kesuburan, ada cuti book hotel untuk berehat, berurut. Rawatan kesuburan alami pendarahan masa check telur pun saya gigihkan bekerja naik moto. Orang lain setiap minit upload gambar anak, cerita pasal progress anak. Ingat sebagai seorang wanita saya tak ada rasa sedih?

Bila akak ipar adik ipar silih berganti bersalin. Tapi saya TAK PERNAH salahkan takdir. Saya percaya Allah s.w.t. kurniakan kami dalam bentuk lain dulu, Saya dapat tunaikan impian belikan ayah saya kereta dan moto. Saya boleh bagi apa je adik-adik saya nak. Maknanya Allah s.w.t. tu adil. Kami dikurniakan rezeki dari segi harta dulu,

Bila saya bersedih saya gunakan sedikit duit OT saya untuk reward diri sendiri. tapi dikatakan shopping tak ingat dunia. Kaki menunjuk. Make up cakap perasan cantik. Beli makeup dikata perempuan dajjal dunia. Salah ke saya happy kan diri sayan hasil titik peluh saya sendiri?

Orang kawan yang saya percaya pulak, fitnah saya cakap itu ini. Padahal dia hanya forward tapi screenshot sebab takut orang tahu apaa yang dia cakap. Dekat A kutuk B & C, dekat B , kutuk A dan C camtu lah sebaliknya. Dan ada pulak orang percaya. Maka saya dihina, dimalukan dan difitnah. (pak cik bawang zaman sekarang lagi bahaya, ingat kawan dengan lelaki selamat tapi sebaliknya).

Tak boleh ke kita semua ni hormat atas rezeki masing-masing. Bersyukur dengan rezeki masing-masing. Sebab kita tak tahu kepayahan seseorang tu mencari rezeki dan dapatkan apa yang dia ada? Susah ke kita tak dengki dengan rezeki orang dan jadikan itu sebagai pemangkin untuk kita sama-sama berjaya?

Percayalah sebagai seorang isteri dan anak, tak ada apa lagi bahagia dari kita ada masa uruskan rumahtangga, masakkan untuk suami setiap hari, dapat pulang setiap minggu ke rumah ibu bapa. Bukan duit yang penting tapi masa bersama tersayang lebih berharga dan membahagiakan.

Dan doa saya cuma satu, bukan menjadi kaya raya. Semoga saya dapat menjadi seorang ibu walaupun untuk seorang cahaya mata. Itu je harapan saya. Doakan saya dan suami ye.

– Mangsa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *