Aku menulis ni cuma nak keluarkan apa yang terbuku di kepala, disamping melontarkan pertanyaan yang bertubi-tubi. Dengan harapan dapatlah pembaca memberi sedikit pencerahan.
Nama aku Kiah. Umur 40-an, isteri orang dan anak 4 orang.
Cerita bermula bila aku diberhentikan kerja baru-baru ni (atas faktor dalaman syarikat, bukan sebab aku ada salahlaku ye). Sekarang aku duduk dirumah je, sambil memikirkan halatuju masa depan.
Ada 3 option yang aku tengah consider sekarang, iaitu :
1. Kerja semula
Ini pilihan utama. Tapi kekangan utama adalah faktor umur.
Aku tinggal di daerah kecil sahaja, peluang pekerjaan tak banyak. Kalau ada pun kerja kosong, banyaknya untuk lepasan spm, dalam iklan dah beritahu siap-siap untuk umur 20-35 tahun huhu..
Aku ada degree dan aku memang jaga prestasi kerja aku. Aku boleh jadi kerani yang efficient, tapi tu lah, majikan masih memilih umur sebagai faktor utama..
Dengan rupa pun memang dah acik-acik, rasa peluang nak bekerja semula tu sangat tipis…
2. Work from home
Ini juga pilihan utama. Pernah dengar di media sosial tentang kerja remote, tapi tak berapa jelas infonya. Nak info, kena keluarkan duit untuk kelas pulak.
Aku pun sebenarnya tak pasti skill aku kat mana. IT memang bukan bidang aku. Digital marketing, copy writing, canva editing pun tak pandai juga..
Walaupun excel aku tahap biasa-biasa je, mungkin bidang data entry & admin sajalah yang boleh jadi sandaran..
Persoalannya :
– Di mana nak cari info tentang peluang kerja remote/wfh?
– Macamana nak cari kerja kosong remote yang legit dan pastikan syarikat tu bukan scam?
– Boleh tak dapat pendapatan RM4k dengan kerja remote sahaja?
– Ada tak komuniti online yang aku boleh cari info berkaitan kerja remote?
– Aku ada degree account, pengalaman sekadar kerani akaun & admin. Ada tak kerja remote/wfh bidang ni?
– Boleh share pro & cons kerja remote?
3. Surirumah
Sejujurnya aku tak kisah pun jadi surirumah. Anak paling kecik pun dah tadika, jenis mudah di urus. Kerja memasak pun hari-hari aku buat walaupun bekerja.
Suami kerja kerani biasa juga, pendapatan tidaklah mewah, tapi takdelah tak cukup makan juga..
Kami memang berjimat-cermat. Melancong memang tak pernah masuk dalam senarai aktiviti tahunan, apatah lagi jadi alasan nak healing..
Itu cerita masa aku kerja. Bila dah tak kerja ni, akan adalah lagi perbelanjaan lain yang akan dipotong.
Bila difikir lagi, rasanya surirumah bukan pilihan terbaik untuk aku juga. Aku ada komitmen bulanan yang perlu dijelaskan. Dalam 300 sahaja, tapi masih memerlukan duit juga..
Dan yang paling menyentap perasaan bila aku terfikir, macamana kalau suami di ambil Tuhan?
Sungguh aku tak mampu bayangkan. Dengan aku tiada pendapatan, menyara anak-anak, persekolahan lagi..
Selama ni yang ada dalam mindset aku adalah :- perempuan kena ada pendapatan sendiri. Bila dah tak ada pendapatan ni, aku lost.
Harap tak adalah yang mencadangkan aku buka bisnes. Atas faktor-faktor diri sendiri, kesimpulan yang aku boleh buat adalah – Busines is not for me.
Jadi cikgu / tutor juga adalah pekerjaan yang paling last aku akan buat. Kesabaran tak berapa tebal, aku lagi rela bekerja dengan kertas daripada manusia-manusia kecil..
Aku dengan rendah diri nak mohon kepada pembaca yang ada pengalaman / info berkaitan kerja remote, boleh share dengan aku tak?
Atau mungkin ada di kalangan tuan/puan adalah business owner dan perlukan pekerja yang boleh wfh, mohon share kekosongan jawatan.
Atas jasa baik tuan puan berkongsi info, semoga Allah jua yang membalasnya.
Terima kasih sangat-sangat.
– Kiah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit