Dibibir vs Dihati

Assalamualaikum semua. Aku Aina Naura. Sebelum ni aku pernah hantar luahan hidup aku, (https://iiumc.com/bapa-tak-guna/). Kalau ada sesiapa yang masih ingat, tahniah! Kalini aku rasa gatal lagi tangan nak menulis tentang sesuatu yang bagi aku, dengan harapan yang besar dapat dijadikan iktibar dan pedoman bagi kalian semua.

Aku nak bercerita tentang doa di hati vs di bibir. Aku dapat ilham untuk menceritakan kisah ini setelah aku meneliti perjalanan hidup aku, cabaran dan dugaan dengan permintaan yang pernah aku buat.

Untuk dimulakan cerita, aku ni seorang sahaja anak perempuan dalam adik beradik. Sejak kecil aku dimanjakan ayah. Dan sering dimarahi ibu atas sebab2 yang aku tak jelas. Kdang2 bila bergaduh dengan adik beradik, akulah yang akan kena dulu. Tapi bila ada ayah, aku selalu dimanja. Walaupun bukan dengan harta benda, aku mewah dengan kasih sayang seorang ayah. Alhamdulillah.

Disebabkan itu, seringkali di waktu kecil aku sering berkata di dalam hati “bestnya kalau aku tiada adik beradik lain. Hanya aku seorang bersama ibu ayah sahaja”. Sering kali permintaan itu sering bermain di fikiranku. Yelah. Bila sering berkata di hati, benda tu menjadi doa tanpa aku sedar. Sehingga akhirnya, berlaku pertengkaran adik beradikku dengan ayahku disebabkan perangai ayahku.

Waktu itu aku berumur 13 tahun. Abang sulung ku berusia 18 lari dari rumah akibat pertengkaran. Sesudah itu, abang kedua ku, kemudian adik2 ku … semuanya menjauhkan diri daripada ayahku dan tinggal sendiri di sangat usia muda.

Ibuku tidak mampu berbuat apa2 kerana dia sendiri buntu dan walaupun adik beradikku meninggalkan rumah, tapi hubungan dengan ibu masih keep in touch kecuali abang sulungku yang menghilangkan diri tanpa kesan. Sejak itu, ibu dan ayah sering bertengkar pakej maki hamun sesama sendiri. Apalah daya kudrat ibuku untuk melawan lebih2.

Bila berlaku perkara tersebut di depan mata, aku dalam diam kerap berkata dalam hati, “kalau macam ni gayanya, elok ibu dan ayah berpisah sahaja. Aku tidak sanggup hidup dalam keadaan macam ni. Aku nak adik beradik aku semula!” dan aku rasa benda tu menjadi doa tanpa sedar apabila sering diminta, maka Allah kabulkan. Semua adik beradik aku berjaya dikumpulkan semula, namun ibu dan ayah sudah berpisah dan tidak bertegur sapa lagi.

Perkara sama berlaku lagi bila aku sering berdoa semoga aku dapat kerja di kampung halamanku supaya aku tidak perlu berjauhan dengan ibu ayah sebab aku nak berkhidmat untuk mereka. Kerana ukhwah adik beradik yang lain dengan ayah tidak boleh diperbaiki lagi. Masing2 sudah tawar hati memandangkan ayah tidak menjalankan tanggungjawab sedari dulu.

“Ya Allah, kau permudahkan urusan aku untuk berkhidmat dengan ibu ayah walaupun mereka sudah berpisah” Tup tup, aku dapat kerja di kampung halaman. Bila aku terpaksa berbelanja lebih untuk menyara kedua ibu ayah dengan gaji yang tidak setaraf denganku, aku berdoa atas sejadah semoga urusanku dipermudahkan. Tup tup, aku dinaikkan pangkat dengan kenaikan gaji yang tidak aku jangka.

Sesungguhnya aku tidak sedar akan apa yang aku ucapkan. Apa yang aku minta. Apa yang terdetik di hati aku. Tapi semuanya menjadi kenyataan. Semenjak aku sedar tentang hal ini, aku mula untuk berubah. Berubah untuk sentiasa berkata baik2. Ucapkan perkara yang baik dan sering kali mendoakan orang lain waimah aku jumpa peminta sedekah di tepi jalan.

Betul, tuan2. Setiap kata2 kita itu doa. Allah akan makbulkan permintaan setiap hambanya tanpa kita sedar. Lambat atau cepat. Sebab perkara berupa nikmat ni jarang2 kita perasan sebab perasaan syukur itu selalu datang bila kita dah mulai rasa kehilangan.

Justeru, aku nak menyeru semua pembaca untuk melatih anak2 cara berfikir dan bercakap perkara yang baik2. Jangan jadi seperti aku yang gagal. Mendoakan kehancuran keluarga sendiri tanpa sedar. Aku menyesal.

Kalau aku tahu dari kecil apa yang aku perkatakan di dalam hati akan dimakbulkan, tidak sesekali aku berkata perkara buruk untuk keluarga aku. Aku akan mendoakan kebahagiaan untuk semua. Namun nasi dah menjadi bubur. Apa yang aku ada sekaranglah yang perlu aku syukuri.

Namun, apa yang aku masih belum dapat adalah seorang ayah yang kembali kejalan Allah dan mengamalkan syariat islam dengan sebaiknya. Dari kecik aku minta. Tapi sampai sekarang Allah tak kabulkan lagi. Tapi aku yakin hidayah itu milik Allah.

Jika ayahku insan terpilih, mohon doa semua pembaca untuk mempermudahkan urusan dan terangkan ayahku untuk berubah. Sesungguhnya aku takut jika ayahku tidak sempat berubah sebelum bertemu ajalnya.

Sekian sahaja luahan hati kali ini. Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindunganNya. Aamiin.

– Aina Naura (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *