Dibuang Keluarga

Assalamualaikum.. Maaf kalau confession ni buat orang rasa marah @ buang masa. Tak tahu nak luah dekat mana. Dekat page KRT nanti dibagi cadangan bukan2, dekat family tapi family sorang pun taknak berhubung dgn aku, dekat kawan2 tapi aku suri rumah.

Aku seorang ibu yang mempunyai seorang anak baru berusia 6 bulan.Sebelum ni aku kerja tapi masa anak aku 4 bulan aku berhenti jadi surirumah sepenuh masa sebab tempat kerja aku tu memang paksa aku untuk OT sampai pukul 9@10 malam untuk siapkan drawing order.Aku rasa stres sangat taktahu nak cakap macam mana.Anak yang melekap taknak lepas,rumah bersepah,suami pegi kerja balik kerja,family takde,mak mertua asyik sindir2 aku bila datang sini,adik ipar yang sentiasa minta duit dari aku,kawan2 memang takde sebab laki aku tak suka aku baik sangat dengan orang.Dia cakap nanti orang ambil kesempatan sebab aku bukan jenis melawan.

Family aku buang aku sebab aku memilih untuk berkahwin dengan duda.Alasannya orang kalau baik mesti tak kan bercerai berai.Tapi aku degil.Aku nak juga dengan duda ni.Alhamdulillah kami kahwin tapi family aku takda.Kami nikah pun dekat pejabat agama.Ayah aku je datang untuk jadi wali.Sedih juga tapi yela aku degil nak kan duda.Mak mertua aku pula sentiasa cari salah bila datang sini.Kenapa periuk beli yang ni,mama suka periuk yang tu,kenapa langsir colour ni,beli colour lain,mama x suka wallpaper awak corak ni,tukar la corak ni.Bagi la adik guna kipas,blender,katil ni.Kenapa nak ada katil kipas banyak2 dalam rumah.Sedangkan aku yang beli.Paling sedih sekali,anak aku lahir masuk nicu.Dikatanya sebab aku layan dia buruk sebab tu aku dapat kifarah anak masuk nicu.Sedangkan aku melawan pun tak.Mungkin gara2 dia minta duit dari aku masa awal kahwin,tapi aku x bagi kerana tiap2 bulan memang kami bagi duit.Dihantarnya mesej suruh aku dan suami cari syurga sendiri sebab kedekut dgn mertua.

Suami aku baik bertanggungjawap tapi aku penat sangat hidup dengan dia walaupun baru 4 tahun pekahwinan.Anak menangis kejut aku,anak nak mandi tunggu aku.Dari bersalin sampai sekarang tak pernah mandikan anak,tidurkan anak.Semua tunggu aku buat.Masak,jemur baju,kemas rumah,lipat baju semua tunggu aku.Suami aku pergi kerja balik kerja.Barang habis bagitahu nanti dia beli.Jangan suruh aku communicate slow talk sbb aku dah buat dari awal sampai sekarang.Macam cakap depan cermin.Dia diam je malas nak layan aku.Aku kerja pun berganda penat,aku tak kerja pun berganda penat.Bila aku mengadu penat disuruhnya aku buat mana yang mampu.Bila aku x basuh baju dia tanya kenapa bakul baju penuh.Bila aku masak x kena selera,complain tak fikir perasaan aku dengan penat urus anak urus rumah.

Harini aku meluahkan lagi rasa penat dekat suami aku.Aku sakit hati baca pasal suami bantu isteri,isteri bahagia rumahtangga ceria,blablabla.Tengok tv ceramah bantu membantu dalam rumah tangga,semua yang indah2.Tapi suami aku cuma balas kalau dunia realiti bukan ada orang buat pun.Kadang aku tak paham,lepas kahwin maksudnya tugas perempuan tu bertambah ke.Anak aku menangis tadi.Aku sakit hati.Aku tepuk kan peha dia kuat2 dengan tangan aku banyak kali.Lagi dia menangis lagi kuat aku tepuk sampai aku puas hati.Aku cakap kau ni dgn bapak kau menyakitkan hati aku je tak pernah menyenangkan aku la.Kadang2 aku berangan masih lagi dalam suasana kerja.Aku berangan family aku datang rumah.Aku berangan aku lawa2 macam aku tengok dalam tv.Aku penat sangat2 serius penat melampau.Aku ajak pergi bercuti dikatanya bazir duit.Aku tak minta pergi jauh2.

Bercuti dekat melaka johor kl pun da ok.Balik hari pun takpe janji keluar dari negeri aku duduk ni.4 tahun kahwin tak pernah keluar dari sini.Berbulan madu pun aku tak minta.Ni lagi beberapa hari mak mertua aku nak datang.Aku baru lepas susun atur dapur aku.Confirm ada benda tak kena lagi dekat mata dia.Nak suruh aku bersabar lagi,aku boleh sabar cuma dah tak kuat.Suruh aku melawan,aku tak pandai.Suruh aku solat mengaji,semua aku buat.Mungkin betul kot mertua aku cakap ni kifarah untuk aku.Mungkin sebab aku degil nak sangat duda sampai aku hidup tertekan camni.Aku taip ni pun sambil anak ada mengempeng dengan aku.Air mata dia pun tak kering lagi.Kadang aku fikir anak aku ni lahir sebab nak bagi aku bertambah penat ke ek.Tak cukup ke dengan apa aku hadap sekarang ni.

Maaf kalau rasa confession aku ni membazir masa korang 10 minit tapi aku takda tempat nak luah.Tak kan aku nak cerita pasal laki aku dekat orang bekas tempat kerja aku.Nak cerita dalam fb,kang friend fb tahu la life aku macam mana.Apa aku nak buat untuk hilangkan semua rasa negatif dalam diri aku ni.Aku kesian bila anak aku kena debik dengan aku.Tapi aku tak boleh tahan da..

– Mama

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *