Assalamualaikum semua. Saya tak pandai sangat nak mengarang ayat dengan baik. Tapi InshaAllah apa yang saya cuba nak sampaikan ni boleh jadikan pengalaman buat ibu ibu kat luar sana. Maafkan saya kalau ayat saya berterabur.
Saya suri rumah tangga yang berumur 30 tahun. Mempunyai 2 orang anak perempuan berumur 5 tahun dan 3 tahun. Dan suami seorang yang sempurna dimata saya. Alhamdulillah lelaki pertama yang saya knl sepanjang hidup.
Pengalaman saya masa berumur 5 tahun dulu tak akan pernah saya lupa hingga saat ni. Marah, benci, jijik, takut semua bercampur. Rahsia ni saya masih simpan dari pengetahuan suami. Hanya keluarga saja yang tahu. Itupun masa umur saya 15 tahun baru saya berani nak cerita.
Tapi apa boleh buat? Benda dah lepas, nak buat report pun kite takda bukti. Tapi kesan dia sampai lah ke harini buat saya terlalu fobia, takut kalau berlaku pada anak anak perempuan saya. Mintak dijauhkan.
Ceritanya bermula apabila seorang lelaki yang berumur lingkungan 30-40 saya tak pasti waktu tu. Lelaki ni kenalan mak juga, suami isteri ni selalu datang rumah. Dah macam anak angkat pada nenek saya waktu tu. Selalu makan kat rumah memang kerap datang ke rumah saya.
Hingga pada satu hari tu, lelaki ni saya gelarkan dia pakcik. Dia nak bawak saya jalan jalan. Dia minta izin mak saya untuk bawak saya jalan jalan naik moto. Dengan mudahnya mak saya percayakan lelaki ni untuk biarkan saya pergi naik moto dengan dia.
Sampai sekarang saya tak dapat maafkan mak saya. Kenapa mak tak lindung saya. Seandainya mak tak biarkan saya naik moto, mesti benda ni tak akan terjadi dalam hidup saya. Umur 5 tahun apa yang saya boleh pikir? Tak terlintas langsung akan terjadi pada saya.
Waktu saya ikut dia naik moto, dia bawa saya ke rumah dia. Sampai di rumah, saya masuk ke dalam dan duduk di sofa. Pakcik ni terus tutup tingkap dan langsir rumah dia. Apa saya faham dengan usia 5 tahun waktu tu? Saya tak tau apa apa. Bodohnya saya.
Setiap apa dia buat pada saya, apa yang dia suruh buat, semua saya ingat sampai ke harini. Jijik! Benci! Marahnya hati ini bila usia semakin membesar baru tahu apa yang pakcik tu buat pada saya adalah perkara yang salah. Bencinya saya sampai ke saat ni saya tak akan maafkan pakcik tu.
Yang saya persoalkan hingga sekarang kenapa mak saya cuai? Saya sungguh sungguh terkilan. Berjam jam jantan tu bawak saya keluar. Mak saya sikit pun tak risau.
Dia bawa saya beberapa kali ke rumah dia. Dia selalu pesan, jangan bagitau orang lain. Sayang pakcik tak? Kalau sayang jangan beritahu siapa siapa ya? Ya Allah bencinya bila ingat semula.
Waktu saya berusia 7 tahun, saya pernah lukis gambar kem4luan lelaki dalam buku sekolah. Masa ni mak nampak lukisan tu. Tapi mak saya tak pernah tanya kenapa lukis gambar ni. Dari mana tengok benda ni?
Tapi mak terus marah dan pukul saya hingga dia gantung saya, ikat kaki guna tali. Katanya bagi pengajaran untuk saya sebab lukis benda yang tak senonoh. Tapi mak tak tau, apa yang pernah terjadi 2 tahun lalu dalam hidup saya.
Trauma ni buatkan saya benci lelaki. Sepanjang usia remaja saya, saya bencikan lelaki yang nak berkawan dgn saya. Saya tak pernah bercakap sepatah pun pada lelaki. Saya tak pernah bercinta sepanjang waktu persekolahan. Walaupun ramai budak lelaki yang nak knl dan bercinta.
Pada usia 17 tahun, saya tertarik pada perempuan yang berpewatakan lelaki. Pada saya, tomboi ni lebih selamat untuk saya damping berbanding lelaki.
Apa yang selalu saya fikirkan lelaki cuma nak ambil kesempatan, dia akan tinggalkan perempuan bila dia dah dapat apa yang dia nak. Semuanya negative pasal lelaki. Hati saya memang tertutup untuk lelaki.
Saya berkawan dengan tomboi hingga usia 23 tahun. Bertahun jalinkan hubungan hingga saya jumpa suami sekarang.
Alhamdulillah Allah buka pintu hati saya untuk terima lelaki dalam hidup saya. Dia tahu saya tak suka lelaki, dia yang banyak ubah saya, perlahan lahan saya terima dia. Sebab saya nampak efforts dia untuk ubah saya.
Hingga saat ni, saya jadi seorang yang paranoid. Saya tak akan pernah tinggal anak anak saya. Walaupun nenek dia nak bawak cucu cucu untuk tidur rumah dia, saya tak pernah setuju.
Saya selalu pesan akt anak anak, bahagian tubuh badan yang tak boleh disentuh orang lain. Saya takut saya benda ni berlaku pada anak anak saya. Saya jaga anak anak saya, jangan sampai perkara sama berulang. Moga Allah lindung anak anak saya.
Walaupun dengan sepupu lelaki dia pun saya selalu marah kalau dorang main dalam bilik. Sekarang banyak kes budak lelaki umur 5-6 tahun pun dah pandai menc4bul. Benda ni kadang buat anxiety saya lebih teruk.
Pada saya takpa saya bertegas, larang di masa sekarang. Demi kebaikkan anak anak saya.
Terima kasih kerana sudi baca pengalaman saya.
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit