Hai. Assalamualaikum kepada semua pembaca budiman. Maaf la jika kisah hitam aku ni sedikit panjang untuk diceritakan. Sekarang tengah hangat topik abang B bukan?
Dan aku ada terbaca cerita dalam page ni jugak dari Jemah (sampai mati aku tak kan maafkan) (https://iiumc.com/sampai-mati-aku-takkan-maafkan/)
Kita senasib. Dicabul abang sendiri. Ye dan semestinya sampai mati aku tak kan maafkan. Sebab dia la penghancur zaman kanak-kanak aku.
Aku Ropeah. Kisah ni berlaku kalau tak silap semasa aku berumur antara 5-7 tahun. Aku dah lupa dah. Ayah aku polis, mak aku meniaga depan rumah. Warung sarapan pagi.
Aku anak bongsu satu2nya perempuan dari 3 adik beradik. Ada 2 abang. Arwah nenek aku tinggal sekali dengan kami. Arwah amik upah jaga budak-budak. Masa tu, arwah nenek jaga 2 budak perempuan. 1 kecik lagi umur bawah aku. 1 lagi si kakak, tua setahun dari aku.
Kat rumah masa tu ada 3 toilet, 1 depan sikit (mandi kat toilet ni la), 1 lagi toilet tu tak digunakan , tu kat dapur. 1 lagi jamban kat luar rumah.
Ada satu hari tu aku main kejar2 ngan adik si kakak berlari sampai ke dapur. Kat dapur tu depan mata aku, ditoilet kat dapur tu la, dengan pintu tak bertutup. Aku dan adik si kakak menyaksikan perbuatan sial abang no 2 aku, lahanat aku gelarkan lah ye.
Dia memeluk dari belakang sikakak meraba dari dada sampai kemaluan si kakak. Si kakak puas meronta, menangis mintak dilepaskan.
Masa tu memang jelas muka lahanat ni iaitu abang aku masa tu betul2 macam perogol bersiri, macam syaitan. Tersengih2 bangga menyentuh meraba tubuh anak dara orang lain. Padahal umur lahanat ni masa tu masih budak, bersekolah rendah. Aku agak maybe dalam umur 11-12 tahun macam tu.
Aku dan adik si kakak yang tak tahu dan tak faham apa2 ni dah nak nampak, terus sambung lari kejar2 la.. Lepas tu, besoknya, si ibu pada si kakak dah stop dah tak hantar lagi pada arwah nenek untuk dijaga. Arwah nenek pon tak tahu kenapa ibu si kakak dah tak hantar lagi.
Ok, tu pasal si kakak tu kena cabul. Ni kisah aku plak. Ada satu petang tu, lahanat ni panggil aku masuk dalam bilik. Dia suruh tutup pintu. Dia suruh aku baring sebelah dia. Dia suruh aku jilat leher dia, dia jilat leher aku. Masa tu aku buat je la, dah nya tak tau apa2. Lepas tu aku tak ingat dah.
Cuma apa yang pasti aku sangat tak selesa, tak nak rapat, aku tak suka si lahanat ni walaupun dia abang aku sendiri. Tapi beza dengan abang sulung, aku rapat ngan dia. Dia abang yang baik. Dia tak tau pon benda ni terjadi kat aku dan orang lain.
Pernah tau aku terjumpa seluar dalam aku yang belum bercuci tu kat almari lahanat tu. Pelik kan masih budak tapi dah bernafsu kat perempuan?
Bukan tu je, abang sulung aku pernah tunjuk kat aku, gambar lucah kat bawah tilam si lahanat ni. Gambar kemaluan terkangkang la, macam2 la. Memang jelas gambar tu tunjuk gambar kemaluan perempuan. Tak tau natang ni dapat dari mana.
Pada masa umur aku 14 tahun, lahanat ni sengaja buat aku kejar dia, masa tu aku kejar la. Dah kejar tu, tiba2 dia stop, balik kan badan dia sambil dua2 tangan dia kedepan konon2 tolak tapi menyentuh dengan sengaja payudara aku. Aku tergamam. Dia tersengih tunjuk muka syaitan dia.
Aku pon maki cakap dia babi. Kejadian tu aku tak ceritakan kat sesiapa pon. Nak cerita kat siapa? Ayah aku polis, selalu takde masa kat rumah. Arwah mak plak sakit kne sihir orang, dia berperangai macam budak2.
Dari aku bersekolah rendah tu la aku uruskan arwah mak aku. Macam aku ni mak, mak aku tu anak. Tugas arwah nenek masak je la. Aku tak tau nak cerita kat siapa, aku takut takde yang percaya. Last2 aku pendam sampai sekarang.
Sejak tu aku hadapi masalah percaya diri. Aku tak nak ada payudara. Aku takut aku akan kena cabul lagi, lagi teruk kena rogol. Alhamdulillah, aku tak kena lagi. Cuma tu la aku berdendam, benci semua ada. Aku tak yakin pada diri sendiri.
Kat sekolah pon, masa remaja tu tak pernah pon aku berbicara dengan pelajar lelaki, sebab aku takut. Sebab tu aku cakap, abang no 2 aku si lahanat tu perosak hidup aku. Sepatutnya dia abang, dia jaga aku, lindungi maruah aku. Tapi dia mencabul maruah aku.
Sekarang ni dia dah kerja badan beruniform, memang la boleh kalau kita nak buat report polis pon. Tapi aku pikir ayah aku, kang sakit jantung pulak kang.
Mesti dia tak sangka, dulu dia polis tapi salah sorang anak dia berperangai macam setan. Lagi satu anak2 dia. Cukuplah, aku tak maafkan perbuatan dia dunia akhirat. Tu saja. Kifarah tu ada. Dia pon ada anak perempuan.
Aku tengok hidup lahanat ni tak aman. Sama la perangai. Laki bini gila seks. Dua2 subur. Banyak anak. Ada sebab kenapa aku cakap laki bini macam tu. Tak payah la ye jelaskan, ni pon dah panjang aku cerita. Sekarang laki bini ni dah bercerai, punca bininya nak bebas.
Dalam masa jadi bini lagi, si bini dah ada lelaki lain. Siap hantar gambar kemaluan sendiri kat lelaki lain lagi. Anak perempuan dia pon tak suka mak dia. Anak2 lahanat ni pon jenis-jenis degil, agak biadap pon ada.
Aku punya dendam kan.. Ada hari tu, aku tercakap kat abang sulung, perbuatan masa kecik lahanat pada si kakak. Aku siap cakap kat abang sulung.
Ni lahanat dah lama tak dapat, kan dah bercerai kan? Hak penjagaan semua anak2 lahanat yang dapat. Jangan dicabul, dirogol anak sendiri plak.. Misal la kalau lah betul ianya terjadi. Pegi lantak lah. Tu dia nak hancurkan masa depan anak2 dia sendiri ke apa pegi lantak.. Yang hancur pon keturunan dia sendiri.
Punya dendam aku cakap macam tu tau tak? Nak kata aku kejam? Terpulang, sebab aku yang terseksa. Dan sampai sekarang aku tak lupa ye kejadian hitam ni. Kadang-kadang tu aku termimpi lahanat ni nak cabul aku lagi.
Nanti kalau aku ada anak, tak kan aku biar kan dia rapat dengan lahanat ni. Akan aku ajar bahagian mana orang tak boleh sentuh, bagitau anak kalau ada orang buat tak elok bagitau mak cepat2. Hantar kelas ilmu pertahanan diri. Apa yang berlaku kat aku, aku tak nak anak2 aku lalui benda yang sama.
Oleh itu, aku harap pembaca, ambil iktibar, pantau ketat anak2, family. Jangan percaya bulat-bulat. Kita tak tau dalam hati masing2 tu macam mana.
Contoh aku. Dicabul abang kandung sendiri. Betapa jeles nya aku tengok adik beradik orang lain, yang caring melindungi adik2 perempuan diorang… Maaf la ye kalau penceritaan aku ni berterabur..
Sekian…
– Ropeah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Terima kasih berkongsi cerita, banyak iktibar. Terutama kpd ibu spt saya, yg mempunyai anak lelaki & perempuan yg seumuran dgn kisah yg diceritakan penulis, saya akui saya agak terleka krn menganggap mereka masih kanak-kanak, terima kasih banyak2 krn memberi ingatan kpd kami, semoga segala urusan penulis dipermudahkan & penulis dpt meneruskan hidup dgn melupakan trauma yg telah mengganggu kehidupan penulis sejak kecil 😥