Assalammualaikum semua, saya seorang ibu berusia 35 tahun, bekerja, masih mempunyai suami dan beranak empat. Tiga yang teratas adalah lelaki dan keempatnya perempuan.
Kali ini aku tergerak nak confess dekat sini sebab perasaan aku bercampur baur.
Kali ini aku nak ceritakan tentang anak pertamaku yang baru berusia 13 tahun (baru nak melangkah ke Tingkatan 1, Mac nanti). Aku bagi nama samaran dia Mat.
Mat ini ketika baru lahir nasib tak begitu baik terhadap dia.. dia mengalami penyakit kulit yang sangat teruk. Dari seminggu selepas lahir dia kena penyakit tu dan alhamdulillah kini penyakit dia 90% pulih.
Ye, memang tak dinafikan ketika dia sakit, memang kesian. Air nanah yang membusuk berbau hanyir sentiasa bersamanya, sehingga ada suatu ketika dia tidak mahu pergi ke sekolah sebab kawan-kawannya tidak mahu berkawan.
Pelajaran tak tahu nak cakaplah, memang ke laut. Aku dan suami pasrah dan redha jika dia tidak pandai sebab penyakitnya dulu (tak boleh nak fokus dalam pelajaran sebab merenyam-renyam yang teramat)
Aku akur, tapi kadang-kadang aku ‘hot’ juga sebab masalah matematik mudah untuk asas kehidupan pun dia tak boleh nak kira.
Sebelum ini, dah banyak kali aku bantai dia sebab kesalahan-kesalahan yang aku tak tahu macam mana nak nasihat dan bagi pengajaran pada dia.
Contoh, mencuri duit aku dan suami, melayari website lucah (sewaktu umur 11 tahun), pandai isap & beli vape. Korang ingat tak penat ke naik angin dan nak jerit-jerit?
Sampai la tiga hari lepas aku nak marah sebab aku intai dia solat subuh 1 rakaat je. Aku cuba untuk sabar dan aku tukarkan kemarahan itu sebagai warning.
Aku beritahu dia, kalau lepas ni dia buat hal lagi, aku tak akan ambil tahu pasal dia, makan, pakai dan jangan kata yang aku tak sayang dan tak pedulikan dia kerana dia sendiri dah tak hormat aku sebagai ibu dia.
Sebulan lepas rasanya, aku ceri beri. Sebab ini akan mengundang dua tiga kali ke tandas (tandas ada 1 je) aku hanya pakai tuala pada bahagian bawah dan bahagian atas masih pakai tshirt.
Aku pun terlelap di sofa sambil menunggu the next job ceri beri tu.. Dalam terlelap tu, aku rasa tuala aku diselak oleh seseorang. Aku bukak mata tengok Mat yang selak..
Aku dalam keadaan terpinga-tinga tanya dia nak buat apa ni? Dia jawab dia nak cari handphone aku sebab nak tengok wasap jadual sekolah.
Aku pun marah-marah sikit je la sebab takut aku yang salah sebab kita tengah tidur kan.. Tapi aku rasa pergerakan orang selak tu, kalau tak macam mana aku boleh terjaga kan?
Tetapi kemuncak cerita ini malam tadi, suami aku takde kat rumah sebab buat part time. Aku tidur menggunakan seluar panjang baju tshirt.
Dalam pukul satu pagi, aku terasa pergerakan lagi di tempat yang sama. Aku bukak mata, aku tengok Mat yang buat macam tu. Alasan nak cari handphone aku sebab adik naik tengok Tiktok.
Apa kejadahnya handphone dalam seluar aku. Diorang semua tahu yang sebelum ini aku letak handphone bawah bantal. Apa lagi, memang kena hanger la dia masa tu.
Bertapa hancur hati aku, kecewa dan jijik betul dengan anak aku sendiri. Sudahlah masa kecil pernah kena cabul dengan pakcik sendiri, dah tua kena pulak dengan anak bujang sendiri. Baru 13 tahun pulak tu.
Aku cakap dengan dia “kau tunggu papa kau balik! kau jawab sendiri dengan papa”. Pagi ini, suami aku balik, dia takde dekat rumah, dah lari sebab takut la tu..
Tapi jujur, kalau begini la aku pun dah tak nak jaga, aku tak nak anak perempuan aku yang baru berusia 4 tahun pulak kena. Aku ni yang garang macam singa pun dia boleh cabul.
Mat ni, memang tak de melawan cakap kalau kita marah dia. Tetapi di balas dengan perbuatan yang kita boleh expect dia akan buat.
Apa salah kami sebagai ibu bapa yang dah mendidik, bagai makan pakai secukupnya, tapi ini yang dibalas. Memang tak pernah terlintas dia akan cabul ibu dia sendiri.
Sekarang ini, kalau laki aku nak bersama pun aku rasa jijik sebab muka diorang sama.. Rasa jijik sebab disentuh anak sendiri. Ini semua terjadi sejak penyakit Mat hilang dan dia bergaul dengan rakan sebaya..
Kadang-kadang aku pelik macam mana dia boleh terfikir nak buat benda jijik sebegitu.
Kalau korang ada komen yang membina untuk aku setelkan masalah ini, silalah komen.
– IBU YANG KECEWA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit