Dicabul Di Klinik

Pernah kan baca post viral sorang lelaki cerita dia kesian tengok sorang perempuan nangis dalam bas sebab kena cabul dengan bangla? Penulis tu kata tak boleh bayangkan kalau terjadi dekat adik sendiri.

Let me tell you a surprising reality. Mungkin adik atau anak awak dah pernah kena pun. Cuma dia tak bagitahu siapa-siapa sebab mentaliti masyarakat kita suka victim blaming. Yang dicemuh will always be females sedangkan lelaki dihalalkan buat apa pun dalam dunia ni. Ya, realiti yang hodoh, realiti yang dinafikan ramai orang. Mereka rasa kalau mereka nafikan maka benda tu tak wujud. Saya ceritakan pengalaman saya sendiri yg saya belum pernah cerita pada siapa-siapa.

Beberapa tahun lepas buat medical checkup dekat klinik panel swasta untuk masuk universiti. Antara prosedur dia kena check heartbeat, x-ray, ukur tinggi dan berat, ujian penglihatan, check perut, urine test. Doktor tu doktor lelaki tua berbangsa cina. Dia suruh saya baring atas katil patient untuk check perut. Saya tak pasti untuk apa tapi rasanya untuk check sama ada mengandung atau tak. Involve tepuk2 perut dan doktor tu periksa bunyi yang terhasil. Baju saya diselak di bahagian perut dan rasanya seluar diminta diturunkan sikit. Saya rasa agak kekok tapi anggap mungkin ni prosedur biasa medical checkup. Lagipun ada je pembantu klinik perempuan melayu yang sekali sekala masuk bilik doktor tu walaupun saya tak perasan masa kejadian tu berlaku sama ada bilik tu dalam keadaan sengaja ditutup atau masih accessible pada nurse tu untuk keluar masuk.

Part seterusnya maaf kalau agak lucah. Segeli anda membaca, lagi benci saya yang alami. Lepas tu, doktor tu check heartbeat saya dalam keadaan saya baring tadi dengan terus masukkan tangan dalam baju dan lepas tu selak kebawah coli saya dari arah perut. Tangan dia tengah-tengah dada saya. Memang takde meraba tapi bukan ke kelakuan macam tu dah cukup pervert? His stupid hand was already on my breasts. Saya tak terfikir untuk melawan sebab anggap itu prosedur medical checkup.

Mak dan ayah saya ada tunggu di luar bilik klinik. Takde siapa yg kisah nak pastikan doktor tu doktor lelaki atau perempuan. Takde siapa juga kisah untuk temankan saya jumpa doktor. Dah besar boleh berdikari kononnya. Apatah lagi saya budak belasan tahun yang tak tahu apa-apa baru keluar menghadap dunia luar. Saya jarang pergi klinik atau hospital selama ni, how could I know.

Hanya beberapa tahun lepas tu baru saya rasa teraniaya dan sakit hati. Itu pun sebab lepas beberapa kali pergi klinik, tak pernah lagi ada doktor yang masukkan tangan bawah baju saya untuk check heartbeat. Dan selalunya doktor check dekat dada belakang bukan depan walaupun doktor perempuan. Saya mula rasa meluap-luap dengan kemarahan. Pernah juga terfikir nak datang klinik tu dan tumbuk doktor tu kalau wujud lagi. This is why I think sex education is important. Tahu tak berapa banyak kanak-kanak terlibat dengan seks tanpa tahu itu adalah seks?? Yes, I’m talking about kanak-kanak seawal beberapa bulan sampai la 15 tahun. The fact that I watched porn and knew about sex but still thought the act was maybe acceptable since he was a doctor is what’s wrong.

Akan ada beberapa mulut puaka, yang pastinya lelaki, kata penulis tak tolak mesti dia suka. Penulis sendiri kata dia pernah tengok porn kan. This is what is wrong with our males. Now do you see why molest and rape happens? Because people with this dysfunctioning logic. They think every female on earth enjoy being turned on so they are entitled to catcall, pursue, molest or rape. Sick mentality. Not everyone has a lust of a baboon like you.

Second experience. Masa saya naik bas nak balik kampung dari universiti, beratur masa naik bas. Naik bas biasa je sebab rumah cuma sejam dua perjalanan. Belakang saya ada sekumpulan orang Mnyanmar. Saya rasa macam belakang badan saya terkena orang. Mungkin sebab sesak, saya fikir. Kali kedua saya pasti salah sorang Mnyanmar tu pegang punggung saya. Saya jadi marah tapi apa boleh saya buat. Buat kecoh pun belum tentu lelaki-lelaki Malaysia yang anggun dekat tepi-tepi tu nak tolong. Apatah lagi orang Mnyanmar ni bukan boleh buat main-main. Tengok kes depa gaduh sikit kelar leher.

Suasana dekat stesen bas dah macam negara asing. Setiap sabtu ahad daerah tu banjir dengan pekerja asing. Daerah ni di Johor, daerah kecil je bukan ibu negeri pun. Yang bangla akan berlari serbu ada sejenis bas kontot ni naik beramai-ramai sampai sesak dan berdiri di tangga macam dalam filem dia. Dalam bas lain, rakyat Indonesia penuh bukan benda biasa. Beg sentiasa kena jaga takut pickpocket. Jangan kata orang asing je yang scary, orang kita pun tengok muka entah apa-apa ganas pakai semacam. Sambung cerita, saya naik bas sebab mereka dah tolak-tolak. Mula-mula nak duduk seat belakang tapi saya nampak sekumpulan Mnyanmar ni tadi macam nak kepung duduk sama-sama. Saya cepat-cepat bangun cari seat depan.

Gangguan seksual benda real yang perempuan alami hari-hari bukan main cerita suka-suka macam dalam karangan. Cuma mangsa cerita dengan tak je. Memandangkan gay makin meningkat, tak mustahil satu hari lelaki pun kena gangguan seksual sekerap perempuan kena. Kita beriya cerita dekat perempuan tanggungjawab lelaki tu berat. Tapi tahu tak kalau mak, adik, akak awak pergi kedai, tanggungjawab awak untuk temankan dia? Tak pernah terfikir pun kan? Sekian.

– K

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit