Dicerai Kerana Orang Kedua

Poligami… atau siap tinggalkan??

Aku tidak menyalahkan lelaki untuk berpoligami jika dia mampu dan bersikap adil.. tapi kebanyakkannya lelaki hanya manis dalam berkata-kata menjanjikan bulan dan bintang.

Isteri dan anak yang sedia ada pun tidak mampu untuk memberikan kehidupan yang lebih baik dan masih tidak berkecukupan tapi bercakap soal beristeri dua.

Aku juga seorang isteri, seorang ibu..

Apa perasaanya jika tiba-tiba suami yang dulunya baik, penyayang, bertanggungjawab pada keluarga mulai alpa dan mengabaikan tanggungjawab pada anak isteri balik rumah, muka kami pun tak mahu dipandangnya.

Aku musykil dan pelik kenapa dia boleh berubah secepat itu, macam ada sesuatu yang tak kena.

Sebelumnya kami juga tak bergaduh, jarang sangatlah..kalau gaduh pun masing-masing diam tapi lepas tu okeylah balik tak lama pun.

Tapi langit tak sentiasa cerah.. aku ketahuan dia berselingkuh dengan seorang janda dibelakangku dan ada desas desus dia ingin memperisterikannya no.2..

Remuk luluh hati membayangkan.. perkahwinan yang berbelas tahun dibina tiba-tiba musnah angkara kecurangan.

Aku dengan berat hati, menayakannya dengan baik dan lembut tapi dia tetap berkeras dan menafikan tiada hubungan apapun sekadar kawan biasa.

Aku percaya, tapi hatiku mula berkata lain dengan kebohongannya, perangai ketidakjawaban pada kami yang semakin jelas kelihatan.

Aku membenarkan dia berpoligami jika betul niatnya untuk beristeri dua, aku sendiri akan menyuntingnya..

Tapi semuanya telah terlewat, sungguh aku terkedu, bagaimana mereka telah melewati batas dibelakangku.. dan kemarahanku adalah ketika dia tidak berani berkata jujur dan tidak mengakui kesalahnya..

Mulai itu, dia jarang pulang, dan keluar dari rumah dengan sendirinya.

Berbulan ditinggalkan tanpa nafkah pada anak isteri dan dia juga tak pernah lagi menanyakan khabar anak dan aku.

Aku telah berulangkali memujuknya untuk kembali, tapi dia hanya meninggalkan “bluetick” di whatsapp dan nomborku pernah berulangkali diblok..

Tapi suatu malam, aku dapat mesej untuk dilepaskan tiba-tiba dunia terasa gelap kelam. Dia telah membuat pilihannya.

Hari ini, aku bergelar ibu tunggal yang harus memulai mencari sebuah pekerjaan untuk kelangsungan hidup.. selepas segala pengorbanan kesetiaanku tak dihargai.

Semoga kelancaran hariku lebih baik dan bahagia.Nak kahwin dua tapi tak mampu isteri pertama dengan anak jadi mangsa.

Doaku semoga berbahagia buatmu, dan halalkan kekasih gelapmu cepat..jangan yang dikendong tak dapat yang dikejar berciciran..

Untuk sekuat apapun kita yang telah mempertahankan hubungan jika telah tertulis dia bukan hak milik kita selamanya, maka lepaskan dengan ikhlas dan redha.

Allah mungkin menjanjikan yang lebih baik buat kita selepas ini. Bangkitlah.

– Atie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *