Assalamualaikum semua. Terima kasih admin andai confession ini disiarkan. Hopefully dengan luahan aku dekat sini, aku boleh terima pandangan and pendapat dari pembaca semua.
Macam tajuk aku, aku seorang isteri and ibu kepada 2 orang anak. Suami aku seorang yang bertanggungjawab terhadap aku and anak-anak.
Tapi adat manusia, tak semua manusia sempurna. Aku sering kali dicurangi. Tak tau mana salah and silap aku. Pertama kali dicurang, saat aku melahirkan anak yang pertama which is 9 tahun lepas.
Aku dapat tangkap, tapi Nasib hubungan tu baru nak menular, belum tahap tangkap cintan. Kali kedua pun sama macam situasi yang pertama Cuma bukan dalam keadaan aku melahirkan anak.
Yang ketiga adalah yang perit, yang mana suami aku ketika itu ditugaskan ke luar kawasan. Negeri di pantai timur. Waktu tu aku tengah pregnant anak yang kedua. Tinggal lah aku berdua di KL bersama Anak aku yang pertama berumur 7 ketika itu.
Pregnant without husband beside me is really difficult sebab emosi selalu tak stabil. Sering kali bergaduh walaupun on the phone.
Let’s make it short, setibanya husband aku di KL setelah berbulan-bulan di negeri pantai timur itu, ketika beliau sedang tidur, entah macam mana tergerak hati aku nak check phone Dia. Aku sangat terkejut masa tu Bila nampak satu mesej “berpapa mama”!
Sungguh remuk hati aku! Menangis sorang-sorang dalam bilik. Aku nekad untuk call perempuan tu and aku buat loudspeaker, suami terus terbangun Sebab dengar ringtone girlfriend Dia.
Aku terus tanya siapa perempuan tu semua and biasalah lelaki, mana pernah mengaku. Sampai satu saat aku mintak untuk diceraikan, baru suami aku mengaku semua benda and paling merobek hati aku yang mana hubungan
Mereka dah seperti husband and wife. Sungguh tak kuat aku masa tu sambil tengah pregnant and tunggu masa untuk bersalin.
Allah sahaja yang mengetahui and aku merahsiakan segala aib suami aku dari parents aku. Aku terima diri nya kembali walaupun hati aku perit.
And now after 2 years, benda yang paling aku takut, jadi lagi. Kali ini, dengan perempuan Indonesia. Berkenalan di wechat, yang mana apps wechat pun aku tak tahu suami aku ada.
Remuk sangat hati aku! Kantoi Sebab Aku nampak satu Whatsapp text dari perempuan tu “bangun sholat pah” and “good night love”
Hati aku remuk seremuknya. Aku macam biasa kumpul semua bukti, screenshot di handphone aku untuk aku email sebagai bahan bukti.
Benda ni kantoi Bila betul-betul first of perintah berkurung dari gov untuk kes Covid-19. Fikiran aku blank. Aku keluar rumah tinggal anak-anak and pergi budget hotel dekat dengan Kawasan rumah aku untuk aku tenangkan fikiran.
Aku texted perempuan tu. tapi petang baru reply. Bila perempuan tu reply, aku hati aku membuak2 nak jumpa suami aku and confront. Ternyata, suami aku menipu lagi, Bila aku kata aku tau semua benda baru Dia berterus terang.
Masa ni Aku rasa Dunia mcm tak adik untuk aku. Kenapa aku yang selalu diuji macam ni. And perempuan Indon tu sangat biadap Sebab seolah-plan berbangga dapat suami aku. Aku minta dilepaskan lagi kali ni. Tapi suami tak nak.
Sayang akan hubungan ni. aku depressed sepanjang tempoh kawalan ni. Aku confront dengan suami, apa salah aku sampai aku dibuat macam ni,
Alasan suami sebab aku selalu bertindak kasar dengan beliau which is aku stress dekat tempat kerja aku membawak ke rumah.
Bagi aku tu bukan Alasan untuk Dia cari lain. Dia ckp Dia cari lain just untuk hilang bosan Dia. Aku hilang arah. Aku frustrated and stress melampau. Siang malam aku nangis.
Sungguh aku tak kuat Sebab hubungan aku and suami Lebih Sepuluh tahun. Aku ikhlas sayang kan dia.
Walaupun Dia buat aku berkali-kali tapi entah kenapa aku tak sampai hati untuk tinggalkan Dia. Aku akui, bab wang ringgit and tanggungjawab Dia tak pernah Culas.
Ada ketika time tu Dia menang lucky draw Kat tempat kerja Dia RM6800, Dia Bagi aku and anak-anak seorang seribu.
Ada rezeki Lebih, Dia akan relocate Lebih untuk aku. Aku mula salahkan diri aku sendiri. Suami aku minta untuk sama-sama berubah. Aku maafkan suami aku tapi hati aku Amat sakit. Teringat pasal perempuan tu.
Dear readers, please help me Bagi pandangan. Aku sayang akan suami aku. Aku sayang akan family aku. Anak-anak aku rapat dengan beliau.
Bila Dia ada dekat rumah, nampak anak-anak sangat suka and gembira. Jauh sudut hati aku, aku sangat sakit. Please bantu aku. Jangan kecam aku Sebab aku pilih untuk stay dengan husband aku.
Ambil lah teladan dari kisah hidup aku. Aku doakan kalian yang be rumahtangga agar hidup Saling berkasih-sayang antara satu sama lain.
– Maria (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit