Hai, terima kasih admin andai kisah aku ini di siarkan.. Aku Hana berusia awal 30-an. Telah berkahwin hampir 1 dekad dan ada sepasang anak.. maaf andai penulisan aku ni berterabur.
Dicurangi atau dibohongi? Mana yang lebih sakit? Trending kisah MO yang di tangkap curang oleh isteri nya. Sakit? Pasti terlalu sakit.. tapi kisah aku ni,bukan kisah di curangi tapi dibohongi..
Jadi ini kisah aku, awal ogos hari tu, suami aku kedapatan ambil ‘ice’ atau lebih popular di kalangan kita dengan sebutan ‘batu’. ( yang ni sebab aku baca whatsApp dia)
Selepas kedapatan tu, apa aku buat? Aku call fil aku dan suruh fil datang rumah aku untuk buat ujian air kencing.
Ya, fil aku datang. Tapi, haram.. suami aku tak mahu buat test (takut kedapatan kan) tapi ni sebab aku tak ada bukti, aku diam kan diri saja.
Sebulan kami tak bertegur, akhirnya aku whatsApp dan minta cerai. Dia tunggu aku pulang kerja katanya dan minta untuk bincang.
So setelah berbincang, (sebab masih sayang,kami pun pilih untuk berbaik) dan dia berjanji untuk tak ulang perbuatan nya lagi. Yang ni kali pertama.
Kali ke dua kami gaduh pasal ni, sebab aku nak dia buat test air kencing untuk buktikan dia tak ambil barang tu lagi.
Tapi macam biasa, haram dia nak. Bila aku tanya dia sampai bila tak nak buat test, dia kata sampai mati.
Dan dia siap kata, “kalau nak sangat cerai, saya ambilkan awak borang cerai”. Bila aku di bagi tahu macam ni, rasa jantung ni nak gugur.
Sejak tu kami dah jarang bercakap. Tapi tiap kali solat, aku selalu doa minta Allah bagi aku petunjuk.
Suatu petang, waktu aku baru bangun tidur, dia kat dalam bilik stor. Sambil memangku 1 box yang dalam nya aku tak pasti apa.
Sempat juga ku tanya, “apa dalam tu?” Dengan selamba dia kata “barang kereta.” So ok la barang kereta tapi dalam hati aku, tak pa,esok aku chek.
Malam tu, aku baca yassin dengan niat supaya Allah tunjukan apa yang selama ni aku cari.
Keesokan hari nya, sewaktu dia dah pergi kerja, aku cepat-cepat chek box yang dia pangku semalam tu. Dan ternyata apa yang aku cari selama ni aku jumpa.
Segala peralatan untuk hisap benda tu aku jumpa. Aku ambil gambar untuk bukti. Kemudian aku whatsApp dia tapi blue thick saja. Langsung tak di balas.
Selepas aku ke tempat kerja, aku telefon fil aku dan bagi tahu, aku dah jumpa bukti dia ambil benda tu. Dia kata petang dia datang. Sewaktu fil aku dah sampai,dia tanya suami aku masih ambil ka tu barang.
Tapi suami aku diam saja. Dan aku apa lagi, aku cakap semua yang aku pendam selama ni dan paling aku puas hati bila aku dapat cakap, “depan ayah awak ni,ceraikan saya” tapi dia diam juga. Tak ada jawapan.
Tapi kali ni aku dah nekad, aku perlu minta cerai. Tak sanggup rasa nya hidup macam ni. Selepas fil aku balik, aku suruh dia lepaskan aku lagi, tapi dia diam juga. Entah lah..
Dah hampir 2 minggu dah kami macam ni, tak ada kata maaf pun dari dia. Tapi aku tak kisah, sebab aku dah nekad. Sekali pun dia tak ceraikan aku,hati aku dah terlalu terluka.
Memang aku berhak bahagia tapi biar la begini,andai suatu hati aku tak tahan pasti aku akan bertindak juga. Banyak yang kata susah hidup menjanda. Tapi aku jawab simple je, “tak mati pun jadi janda”
Sekian….
– Hana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit