Didera Pengasuh

Assalamualaikum, terima kasih kepada admin jika confession ini disiarkan. Pertama sekali, saya seorang perempuan berumur awal 20-an. Saya merupakan anak sulung dan berasal dari keluarga sederhana sahaja alhamdulillah cukup makan pakai.

Confession ini lebih kepada nak meluah jela sebenarnya supaya saya rasa sedikit lega dengan beban yang dah terpendam lama.

Saya cuba untuk cerita dengan lebih jelas dan straight to the point sebab saya takut juga meleret sebab saya jenis kalau bercerita satgi haa meleret pula kemana2 hahahha harap maaf la kalau tiba2 tersimpang dari tujuan asal.

Okay mulakan cerita. Saya diletakkan di rumah pengasuh sedari kecil kerana kedua2 ibu bapa bekerja. Pengasuh saya ini pangkat makcik2 bawang gitu, anak2 dah kerja, kahwin dan dia dah ada cucu.

Rumahnya dalam kawasan perumahan yang sama dengan rumah ibubapa saya tapi tidak terlalu dekat dengan rumah.

Dari umur 5 tahun saya dihantar kerumahnya. Apa yang boleh saya katakan neraka yang saya terpaksa bawa sehingga ke hari ini. Pengasuh saya amat bencikan saya, saya tak pasti kenapa, mungkin kerana saya sangat bendul dan hodoh ketika saya kecil.

Saya akui saya teramatlah bendul ketika kecil sampai orang boleh main2 kan saya. Tapi bendul tidak membawa erti saya bodoh, maka itu saya memendam rasa sehingga ke hari ini. Apa yang dia lakukan terhadap saya?

Dia tidak melakukan penderaan fizikal terhadap saya sepertimana majoriti berlaku di luar sana. Biasa pengasuh akan pukul dera sampai cacat dan mati. Tapi saya tak.

Adakah itu bermakna saya okay? Lagi teruk sebenarnya dari penderaan fizikal tuan-tuan puan-puan. Seperti saya katakan, dia amat bencikan saya.

Anak2 asuhan lain ada dalam 4-5 orang tidak termasuk saya, semuanya dia layan okay saja, tapi saya dia layan teruk. Semua yang saya buat semua tak kena.

Saya diletakkan di dalam bilik stor sepanjang saya berada dan jejak rumahnya. Tidak dibenarkan untuk keluar ke ruang tamu atau kemana2 tanpa tujuan. Keluar hanya untuk makan dan ke bilik air.

Kalau time sekolah okayla pergi sekolah tapi time cuti? Itulah tempat saya, didalam bilik stor yang sempit penuh barang, cahaya hanya ada dari tingkap atas bumbung samar2 tu, jangan sentuh suis lampu, membazir elektrik katanya.

Bayangkan tuan-tuan puan-puan, berapa banyak cuti sekolah sepanjang tahun kita ada? Paling seksa time cuti hujung tahun yang sebulan lebih tu. Sebulan lebih la saya dikurung dalam tu.

Oh ya, anak asuhan lain tidak seperti saya yang mmng tetap harian datang ke rumah pengasuh. Mereka kadang2 saja ada.

Time mereka ada jela saya boleh bermain (di dalam bilik itu juga). Time mereka takda? Termenung la saya sepanjang hari berseorangan di dalam bilik sempit dan gelap itu.

Disini la timbul masalah yang menghantui hidup saya sehingga saat ini. Ya saya rasa saya ada mental illness hasil saya dikurung berapa lamanya ketika saya kecil.

Saya bukan sahaja dikurung, saya dimaki ditengking, saya sentiasa berasa takut sepanjang berada di rumahnya. Anak2nya pun sama membenci dan mengherdik saya.

Sepanjang saya dikurung, saya rasa saya develop mental illness, yela mana taknya kesunyian dalam surrounding menyeramkan begitu di saat saya membesar ingin membentuk diri saya. Saya tak gila, takda dengar2 suara2 ke apa.

Saya lebih kepada over dalam fantasi sendiri, kuat berangan yang tak normal macam orang lain. Orang lain angan2 yang indah2 dan baik2 saja. Saya angan2 mostly supaya saya sakit dan cepat mati. Saya suka berangan macamtu. Saya tertekan kenapa diperlakukan begitu.

Pada pemikiran saya sehingga ke saat ini yang saya dah berumur awal 20an ini, kenapa saya kena hidup kalau hidup saya macamni?

Saya rasa lebih baik pengasuh saya itu bunuh saya terus daripada bunuh mental saya dan saya harus hidup seperti bangkai bernyawa sehingga ke hari ini.

Sekurang2nya kalau saya mati waktu kecil saya dah dekat syurga dah sekarang. Hidup macamni dah tak bermakna tuan-tuan puan-puan.

Saya sentiasa dihantui memori hitam itu, saya trauma, dah sebati dalam hidup saya, susah untuk saya keluar dari kegelapan itu. Saya seolah2 membawa awan hitam besar dibelakang saya setiap masa. Saya hidup dalam ketakutan dan trauma.

Saya ada cuba banyak kali cerita kepada ibu bapa saya. Mereka tidak percaya. Katanya Makcik T****h itu baik orangnya.

Bila saya cerita ibu bapa saya tak pernah backup saya, tak percaya pengasuh saya itu buat begitu kata mereka biasalah garang2 macamtu, orang tua… haihh..

Baru2 ni saya nangis lagi cerita betapa susah nak keluar dari kegelapan hidup saya, ibu saya minta maaf dia tak prihatin dulu. Tapi semuanya dah terlambat. Kegelapan itu dah sebati dengan saya. Susah. Susah nak sembuh dan saya pun dah putus asa dengan hidup saya.

Saya tidak pernah lagi rujuk doktor pakar mental. Tapi dari simptom2 yang saya ada selalunya depression, saya sentiasa memikirkan suicide, nak commit suicide bila tiba waktu yang sesuai,

Saya ada cita2 nak mati macam yang dekat jepun tu, dkat hutan aokigahara atau tak pun nak kodokushi. Orang normal ada cita2 hidup yang normal la kan nak kerja kahwin anak ada rumah kereta, tapi saya tak. Saya nak mati. Saya tak boleh pikir lain selain mati.

Saya rasa saya tak boleh survive pun, baik saya mati sekarang daripada menghabiskan beras jeee hahahahha. Ada banyak lagi orang yang layak hidup daripada saya.

Pesan saya kepada tuan-tuan puan-puan diluar sana yang menghantar anak anda kepada pengasuh, rajin2 la borak dengan anak ke, risik2 rumah pengasuh ke supaya tak jadi macam saya.

Jangan ingat anak tak lebam tak berdarah okay saja anak tu. Mental dia berdarah tak? Kena pikir juga, kalau tak jadi macam saya mental ni bukan setakat berdarah tapi dah BARAH ni hahahha.

Percayalah hidup dengan barah mental ni lagi teruk daripada kena bunuh waktu kecik. Sebab itu saya harap mati saja waktu kecik. Selesai masalah.

Bila baca banyak kes mati di tangan pengasuh, perasaan saya bercampur baur, saya rasa nak saja gantikan tempat mangsa2 tu semua sekurangnya2 mati waktu masih suci dari dosa, masuk syurga.

Pembaca janganla pula salahkan mak ayah saya ya. Berdosa saya nanti buat mak ayah saya kena kecam walaupun tanpa anda kenal mereka dan mereka kenal anda, hahahha.

Actually banyak lagi la perangai abnormal saya tapi saya boleh kawal dan behave professional apabila berhadapan orang luar. Saya pro bab2 memendam ni tau haaa *kenyit mata* hahahhaha.

Tapi saya tak larat la nak cerita semua, nanti la saya buat sambungan kalau larat dan kalau la confession ni dipublish, hahaha.

Tak larat sebab semangat dan energy saya cepat habis even buat benda kecik ni ha type saja pun tapi dah habis semangat dah hahahhha. Itu jela saya nak cerita. Akhir kata, terima kasih kerana membaca! Bye!

– Pingbonggg (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *