Didik dan Tunjuk Ajar Suami Dari Awal

Assalamualaikum semua. Tergerak hati nak post selepas terbaca confession, (https://iiumc.com/jangan-biar-suami-selesa-sangat/).

Kisah yang aku nak ceritakan pun tak jauh beza dengan confession dekat atas cuma ada 1 benda yang nak ditambah and aku almost buat kesalahan ni.

Aku ceritakan sedikit background family. Working mom, anak 2. My late mother passed away last year and i’m the only daughter in the family. Aku ada 2 adik lelaki. Arwah ayah meninggal 2017.

Masa kecik dulu aku notice mak aku layan ayah aku tip top. Kecuali masak. Sebab mak aku tak masak. Dia ada masalah mata dan dikategorikan OKU.

Ok to summarizekan macam mana mak aku layan ayah aku dulu, ayah aku bukak mata, towel dah ada sebelah dia, baju seluar dah siap2 gantung luar almari (tak payah susah2 bukak almari)

And dekat kerusi yang ayah aku duduk di meja makan, after dia dah siap breakfast, dah ada stokin baru (again, tak payah nak amik stokin sendiri).

Kerja dia amik makanan masuk mulut. Basuh tangan pun mak aku bawakkan 1 mangkuk untuk dia cuci tangan di meja tanpa perlu ke sinki. So that’s how it was back then. Even adik aku pun sama jugak. Sampai form 5 mak aku gosokkan baju sekolah.

Now , when the times come bile aku kahwin, aku PJJ dengan suami for the first 2 years. Sama macam confessor sebelum ni, aku jenis independent, semua aku boleh buat sendiri.

Dibesarkan dengan 2 adik lelaki, dah biasa angkat benda berat n dah biasa buat semua sendiri. Cuma 1 ayat mak aku yang masih aku ingat sampai sekarang,

“Ibu cuma nak nasihatkan, ajar lah suami buat kerja rumah sekali. Sekuat mana pun kau rasa kau sekarang, badan kau tak kan sama tenaga selama lamanya. Bile ada anak, lagi stress dan penat.

Walaupun kau boleh buat semua, anggaplah ada sesetengah perkara kau tak boleh buat dan didik suami buat sama2. Dengarlah nasihat ibu. Jangan menyesal kemudian hari”.

To be honest, at first aku tak agree. Sebab logically benda aku boleh buat kenapa nak susahkan orang lain. Orang yang aku susahkan tu suami aku sendiri pulak. Lagi2 suami aku ada asthma, jadi dia kurang sikit kerja2 fizikal.

Tapi again ayat mak aku macam terngiang2 dalam kepala. Macam cara dia cakap ada 1 sort of regret pun ada. Maybe mak aku menyesal dengan cara dia dulu. I don’t know but i decided to listen to her advise at last.

So what i did was aku start dengan small2 things. First thing first, communication is they key. Before aku mintak or suruh2 suami aku buat kerja, first week of marriage aku dah have 1 to 1 session with my husband.

Aku bagitahu yang aku harap dia sama2 involve dalam kerja rumah sebab aku tak kan larat buat sorang2. Aku kerja pun untuk bantu financial family sama2.

So duit gaji aku untuk family, tak kan tenaga 100% kerah dari aku sorang. Fair tak? Dia faham dan alhamdulillah dia willingly nak uruskan sama2.

Start off, aku mintak tolong benda simple. Basuh pinggan dia sendiri, masukkan baju dalam washing machine n putarkan.

After aku dah bersalin anak pertama, aku slow2 belajar masak. Sebab mak aku tak masak, jadi aku ni nak masak nasi pun tak pandai. Google n facebook group la cikgu2 aku.

From MIL pun aku mintak ajarkan. Tapi time aku pantang, nak jaga anak, tak sempat nak masak. 2nd year kahwin, aku tak mampu nak amik confinement lady.

So berpantang sendiri. Aku mintak laki aku masakkan untuk aku before pergi kerja. Sama jugka process macam sebelum2 ni.

Aku start dengan aku tolong preparekan bahan dan pagi lepas subuh dia tolong masak. Lama lama dia akan tahu sendiri macam mana nak potong bawang apa semua sebab dia pun tengok youtube dan google. Siap join group FB masakan semua.

Sekarang dia lagi terrer dari aku. Siap masakkan untuk jiran2 lagi. Hahaha.

Sekarang anak dah dua, kerja pun aku bahagikan 2. Aku amik kira kerja mana yang dia kurang suka buat, benda tu aku buat. Tolak ansur sikit la. Aku tak nak paksa benda dia kurang suka buat and nanti dia dah tak syok nak buat.

So basuh ayam ikan , aku buat. Masak dia buat. Sebab dia dah masak, then aku kemas la meja and cuci pinggan. Sama jugak pengurusan anak2.

Aku mandikan anak2 belah pagi, dia mandikan belah petang. Kalau tadi aku dah basuh berak anak, lepas dari tu turn dia pulak la. Hasilnya kalau aku nak keluar ada hal ke, tak kekok dia nak uruskan anak2. Semua dia dah tau buat.

Even anak anak aku pun aku ajar buat kerja rumah sikit2. Yang 3 tahun tu dah boleh letak pinggan sendiri dalam sinki lepas makan, letak baju kotor dalam laundry basket. Start off simple. Lama lama dah jadi habit, tak payah suruh2 tau la masing2 buat kerja sendiri.

Financial budget pun tak terkecuali. Duit dia duit aku. Duit aku duit aku. Tapi sejujurnya hakikatnya lah kita tak sampai hati pun nak buat macam tu. Kita tolong jugak.

Aku dah try and error macam2 method untuk manage account and cara ni aku rasa berkesan sikit. Aku memang bagi almost semua gaji aku pada suami.

Tapi apa yang aku nak, tak pernah lagi 6 tahun kawin ni dia cakap tak. Semua alhamdulillah dapat. Again, aku mintak within budget la. Aku ada google sheet yang link dia aku share in phone between us so setiap apa duit keluar , update by week.

Hari pertama gaji settle semua commitment, duit pada mak abah n duit yang tinggal dalam bank adalah duit groceries and belanja di office plus saving. Settle semua commitment dalam 1 hari. Senang.

Tapi sebenarnya tak la semua aku bagi. Aku selitkan 200 / 300 dalam account aku sendiri. Aku tetap buat saving aku sendiri selain dari saving bersama sebab preparation in case apa2 jadi.

Duit dari saving bersama aku dapat, duit saving aku sendiri ada. Aku tau in and out setiap sen yang keluar.

In case kalau dia lupa update, every week aku akan tanya balance ada berapa and aku cross check dalam file excel tu and if aku perasan ada yang missing, dia akan bagitahu oh lupa withdraw 100 haritu beli barang anak2.

So again, keep track both of your money. Tak kisah la guna apps ke , excel file ke, wajib amik tahu duit suami.

Kalau la aku dapat laki yang jenis tak nak bagitahu tentang duit dia tapi duit aku nak guna, haa memang mendapat la. Sebab concept aku senang. Tulus, and fair. Aku serahkan almost all my salary portion so aku ada hak untuk tahu duit dia jugak.

Sebenarnya aku sangat2 la bersyukur aku ambil nasihat ibu aku dulu. Kalau aku tak ikut cakap dia, mungkin sekarang suami aku pun hidup macam raja sebab semua aku siapkan sorang2.

Benda yang aku nak cakap ni a bit sensitive tapi awal2 kahwin aku dah bagitau husband aku terang2. Marriage is a lifetime commitment.

Need cooperation from both side. Aku kahwin bukan sebab nak ada extra tabung untuk aku dapat beli2 and aku harap dia kawin pun bukan dengan niat nak bibikan aku. It needs love and responsibility.

Kalau dia dah lost either one, dia dah tak sayang aku atau dah slowly culas dalam tanggungjawab dia, aku tak teragak2 mintak divorce. Awal2 aku cakap sebab aku nak dia tau aku bukan someone yang takut perkataan talak or divorce.

Bagi aku, kalau salah seorang dah lepas tangan / naik tangan, tak de lah kerja aku nak bela biawak hidup atau rela sebab sayang. I love myself first before i love others.

Mak n ayah aku pun divorce and mak aku yang OKU tu jaga aku and adik2. Ayah aku not a bad person. Just marriage diaorang tak work out. Aku tak da rasa left out pun sebab aku still boleh jumpa ayah aku bila2 aku nak.

The reason why i touch this issue is because lately banyak confession yang suami tak guna sebesar zarah tapi masih bertahan dalam perkahwinan. Alasan, anak2.

Aku sendiri anak dari family yang divorce lagi happy after parent aku divorce. Dulu scene gaduh2 tu biasa dah tengok. Aku sendiri naik stress.

Tapi after parent aku divorce, nak gaduh pun dah tak da benda, takde peluang pun nak gaduh yela dah tak duduk sama2. Jumpa pun in a good term. Jangan salah faham.

Aku bukan angkat sepanduk sambil jerit “cerai cerai cerai!” No. Maksud aku, if betul korang pikirkan anak2, pikir balik dalam2 emosi anak2 duduk setiap saat dalam broken family. Penat and emotionally exhausted.

Ok lah dah melalut pulak aku rasa. Anyway ni just cerita aku dan cara aku. Maybe tak boleh apply pada semua orang tapi do what’s best to suit your family.

Aku harap rumah tangga semua orang yang baca ni selalu dirahm4ti diberkati Allah S.W.T dan berkekalan hingga ke jannah.

– Mak Anak 2 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *