Assalamualaikum semua. Sebelum tu, rasanya tak terlambat lagi untuk ucap “Selamat Tahun Baru. “Aku sebagai “Miss”. Hari ini aku akan bawa korang satu-satu untuk menyelami satu persatu bila keluarga/ kawan/ orang sekeliling diuji, apa yang patut dibuat dan dihindari.
Aku tahu mungkin ada diantara korang yang tak berniat pun. Tak perasan pun dengan tindakan korang. Macam ni, bila dia diuji, kau cakap dekat dia “kau kena kuat”. Sesetengah orang yang diuji akan rasa “lemah sangat ke aku ni?”. Disebabkan kata2 kau qadarullah dia jadi makin down overthingking. Jadi instead of berkata “Kau kena kuat”, cakaplah “Kau kuat sebab tu kau diuji” “Kau mampu sebab tu kau diuji”. At least dia takdelah makin down. Biar dia rasa diri dia kuat, barulah dia ada kekuatan untuk lalui ujian tu.
Ni tak disebabkan silap mulut kita, lagi memburukkan keadaan hakikatnya. Walau bila kau cakap macam tu, dia still kata “aku tak kuat”. Kalau betul kau kawan dia, kau sayangkan dia, yakinkan dia yang dia mampu lalui ujian tu. Jangan cepat berputus asa. Nilah salah satu yang dapat ajar kau untuk jadi seorang yang penyabar. #takmarahcakapje
Lagi satu, jangan jadi penghukum. Kau tak tahu the whole story. Kau tak tahu apa pun yang dia lalui. Kau just tahu separuh atau just tahu dari mulut orang tapi bercakap macam kau tahu semuanya, macam kau rasa apa yang dia rasa. Kadang orang yang kena ujian ni, apa yang dia rasa boleh melarat lagi teruk sebab mulut manusia. Mulut manusia ni boleh jadi asbab seseorang depression.
Bayanglah nak tahan sakit lagi, pastu dengan mulut manusia lagi yang menilai tapi tak betul pun, menilai ikut suka hati, tapi tak reti pulak tanya tuan badan, siapa tak stress? TOLONGLAH JAGA MULUT TU. KALAU TAK TAHU APA SEBENARNYA YANG TERJADI TOLONG DIAM, BUKAN SEMUA KISAH ORANG SAMA. TAK KIRALAH KAU PANGKAT SULTAN KE, PM KE.
Jangan mentang2 kau tu berilmu ada PhD, ijazah, jangan disebabkan orang sekeliling kau alami benda sama macam ni. Kau terus rasa tanggapan kau terhadap dia tu betul. 100 % betul. Kalau tak pasti/tak tahu, tak perlulah menilai atau berkata2. Doakan yang baik2 sahaja. Ni tak “saya rasa dia stress” blablabla. Tanyalah depan2, yang pergi bercakap dekat orang lain buat apa. Pastu, makcik bawang pun sebar cerita yang salah.
Yang diuji tu dengar, macam mana dia tak rasa down kalau apa yang dicakapkan tu tak betul. Dan, Kau kena ingat, tak semua orang berpura-pura. Jangan disebabkan orang yang berpura-pura, yang tak berpura-pura jadi mangsanya. Lagi satu, yang jenis berpura2 ni, bertaubatlah sebelum terlambat.
Okay itu sahaja yang ingin aku sampaikan. Pekalah dengan orang sekeliling. Didik diri menjadi insan yang memahami.
Akhir sekali berkatalah yang baik atau diam. Okeylah, sekian sahaja dari saya. Maaf andai terkasar bahasa. Assalamualaikum.
– Miss
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit