Didik Tanpa Kekerasan

Salam sejahtera keatas semua pembaca setia iium confession. Seperti tajuk di atas, ingin saya berceritakan tentang pengalaman hidup saya. Maaf andai cerita tidak menarik dan berterabur.

Sedikit perkenalan diri, nama di beri Siti, berumur 30 an, seorang ibu kepada seorang anak perempuan.. Doa kan saya ada rezeki baby 2020 ye.. Hehe.

Berbalik pada tajuk, sepanjang hidup saya bersama mak bapak saya, cara bapak saya mendidik sangat kurang mengguna kan kekerasan.

Bak kata orang yang lahir zaman 80an mesti kerapkali mengatakan dah rasa rotan, tali pinggang, hanger, batang paip dan sebagainya, sebab tu bila besar jadi orang.

Tapi bagi saya yang tidak di besarkan dengan cara sebegitu, saya berfikiran bahawa mestikah mendidik anak perlu dengan kekerasan?

Seingat saya, saya pernah sekali je di rotan kat punggung sebab tak balik rumah time nak maghrib, sibuk bermain getah lompat (darjah 5 ke 6 macam tu).. Yang lain2 (mak saya) hanya sekadar cubitan dan tanparan di peha yang tidak berbekas dan tidak selalu.

Cuma bezanya, bapak saya kalau cakap memang menusuk hati.. Bukan perli2. Tapi lebih kepada nasihat yang lembut tapi tersentuh sangat.. dan bukan jenis yang suka menjerit2.

Pada saya, walau tanpa kekerasan masih juga boleh jadi orang.. InsyaaAllah.. Sebab memang ada jiran2 puji, kata kami adik beradik jenis anak mendengar kata.. Tak selalu kuar rumah.

Bila dah berkahwin, suami agak tegas dgn anak.. Kadang anak baru je nangis, dia suruh berhenti.. Alasan dia tak nak anak jadi lembik jiwanya.. Sedangkan anak kami perempuan.

Jadi, para pembaca ada ke yang berpengalaman di besarkan seperti saya? Dan buat anak perempuan saya, saya keliru juga nak didik bagaimana.. Saya cara lembut, suami cara dia tegas.. Bagaimana kesan perkembangan sahsiah dia nanti ye?

Mohon pandangan dan pendapat pembaca.

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *